Pejam celik pejam celik waktu berlalu sedar tak sedar anak-anak pun kian meningkat dewasa. Melalui fasa demi fasa kehidupan dan dengan izinNya kelak, anak sulung kak ana, Kak Long bakal melangkah ke satu lagi prasa hidupnya menuju ke alam rumah tangga. 

Melunaskan tanggung jawab sebagai ibu bapa, kami sedia untuk melepaskannya untuk meneruskan fitrah sebagai seorang isteri pula. Pasti akan ada rasa sedih dan dalam masa yang sama bersyukur kerana telahpun menjalankan tanggung jawab kami sebaiknya. 


review katil dan tilam ZINUS Malaysia


Pelbagai persiapan sedang kak ana dan suami serta Kak Long sendiri lakukan dalam melaksanakan majlis akad nikah dan resepsinya kelak. syukur juga kak ana telahpun mendapatkan khidmat wedding planner untuk majlis resepsi jadi tak lah banyak perkara yang perlu di uruskan. 

Persiapan lain antaranya kelengkapan Kak Long untuk melangkah ke rumah baharunya lah. Sebagai ibu dan ayah, kak ana ingin menghadiahkannya set katil dan tilam sebagai permulaan melayari bahtera rumah tangga. Jom ikuti kisah kak ana mendapatkan set katil dan tilam untuk pengantin di ZINUS Malaysia yang mana kak ana sangat berpuas hati dengan servis dan produk mereka. Benda baik kenalah kongsikan ye dak.. 


Set katil dan tilam untuk bakal pengantin di ZINUS Malaysia


Macam selalu lah, kak ana suka survey terlebih dahulu apa sahaja produk yang ingin kak ana beli di laman-laman internet. Mudah untuk lihat-lihat dahulu design dan harga sebelum membuat pembelian. Dalam borak-borak dengan rakan-rakan blogger, depa perkenalkan kak ana pada laman web www.zinus.com.my , yang sememangnya fokus pada jualan katil dan tilam ( bed frame & matress ) . 

Sambil melayari laman web ZINUS dah ada dah yang berkenan di hati kak ana dan tunjukkan pada Kak Long. Dia pun suka dengan pilihan design katil yang aesthetic serta tilam gebu geban dengan ciri keselesaan ketika tidur. 

tilam dan katil ZINUS Malaysia


Kak ana ni suka kalau dapat lihat depan mata sebelum membuat tempahan bukan apa, baru lah puas hati, kan. Jadi kak ana dapatkan nombor telefon khidmat pelanggan ZINUS dan ajak tunang Kak Long, Aiman terus ke ruang pameran atau pun show room ZINUS yang terletak di Puchong, bersebelahan sahaja dengan IOI Mall, tak jauh dari tempat kerja Aiman. 


Ruang pameran ( Showroom ) ZINUS Malaysia , Puchong



tilam tebal selesa ZINUS Malaysia


Berpandukan waze, kak ana sampai lah ke showroom ZINUS Malaysia yang terletak bersebelahan IOI Mall. Showroom ni berada di aras 1 di alamat No 1-1, Jalan Merbah 1, Jalan Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. Dibuka Isnin-Jumaat 10am-8pm , Sabtu/Ahad/Cuti Umum : 12pm-8pm. Sebelum pii boleh sahaja korang hubungi terlebih dahulu Customer Service : 011 3129 9882

Masuk sahaja di dalam showroom ni teruja sungguh kami melihat pelbagai design bed frame dan katil yang di pamerkan. Banyak pilihan rekabentuk, saiz sama ada single, queen, king atau day bed , double bed semua pun ada. Menggunakan kemasan metal dan kayu yang sangat aesthetic sesuai untuk tema modern dan kontemporari ruang kamar tidur idaman Kak Long. Mudah di suai padan dengan tema dekorasi yang korang minat kerana ia sangat simple dan minimalis designnya.

Itu baharu bab katil atau bed frame, belum lagi pilihan tilam-tilam yang ada disini. Dari saiz single hingga lah king dengan ketebalan mengikut citarasa masing-masing sama ada spring atau foam buat lah pilihan yang korang nak. Memang puas hati membuat pilihan disini kerana layanan staff sangatlah ramah dan baik menerangkan setiap satu keistimewaan ciri-ciri produk ZINUS.


showroom ZINUS Malaysia


Lagi satu, ia amat memudahkan kita membuat pilihan kerana yang ada di sini semuanya katil dan tilam tidak ada perabot lain. Dah memang niat nak beli katil dan tilam , kan itulah target kita, datang rasai sendiri dan buat pilihan. Tak lah mata merewang ke perabot lain pula yang tak ada dalam badget, kan. 

Kak ana di maklumkan bahawa ZINUS adalah " Worlds's #1 Online Mattress Furniture Brand " . Wow sangat!! Walaupun di jual secara online namun korang boleh juga melihat dengan mata sendiri di showroom kemudian buat tempahan secara online. 


designed bed frame moden ZINUS Malaysia


Kak ana sangat berkenan dengan sistem jualan dan penghantaran ZINUS Malaysia ni kerana kesemua tilam yang tebal-tebal tu dan juga katil akan di hantar secara pos khidmat courier sampai ke depan pintu dalam kotak yang kompak. Lagi best kerana ianya FREE DELIVERY seluruh Semanjung Malaysia. 


zinus malaysia


Jadi korang tak perlu risau dah bab penghantaran dan ia datang dalam kotak yang saiz sederhana di mana tilam-tilam setebal 12" sekali pun ia datang dalam kotak yang sederhana saiznya. Muat lah dalam lif sekiranya tinggal di unit apartment atau kondo. Ini kerana ia akan di vacuum packed dengan "compressed technology" kan tilam-tilamnya, sampai rumah baharulah korang buka dan ia kembali ke saiz asal.




katil design terkini


Tilam-tilam pilihan di ZINUS Malaysia mempunyai waranti selama 10 tahun. Memang berbaloi lah kan. Dan korang juga boleh mencuba untuk tempoh percubaan selama 100 hari *tertakluk terma dan syarat . Range harga pula mengikut saiz katil dan tilam dari serendah RM299 . Kesemua harga dan jenis korang boleh layari ke www.zinus.com.my di terangkan ciri-ciri keistimewaan setiap produk. 




Usah risau tentang kualiti produk ZINUS kerana dari carian di internet di nyatakan ZINUS diterajui oleh Mr Lee Yun-Jae pemegang Yonsei Political Science & Diplomacy berasal dari negara Korea malahan ZINUS syarikat tersenarai di Korea Stock Exchange ( KRX ) malahan mempunyai hak paten lebih dari 20 inovasi produk dan trademark tersendiri. 




ZINUS MALAYSIA


ZINUS jenama yang di yakini dan dipercayai dengan lebih 1 juta review dari pengguna seluruh dunia dan mendapat pengiktirafan peringkat global dengan 4.5 star . ZINUS juga di kenali sebagai World #1 Online Mattress & Furniture Brand serta World Largest Mattress-In-A-Box Manufacturer. Sebenarnya Indonesia dan Singapura telah lama mengenali jenama ZINUS ni dan baru-baru ini sahaja ia memasuki pasaran Malaysia. Dan korang juga boleh dapatkannya melalui platform e-dagang Shopee dan LAZADA. 


design katil dua tingkat moden


Panjang bebel kan... Mesti korang nak tahu yang mana satu katil dan tilam pilihan kak ana untuk Kak Long ? Selepas hampir sejam lebih berada di showroom ZINUS Malaysia ni, akhirnya kak ana dan Kak Long sama-sama seia sekata sehati sejiwa memilih design katil Westley Metal & Wood Platform Bed Frame dan tilam Green Tea Memory Foam Mattress.

Ia sesuai dengan konsep dekorasi bilik tidur kak long di rumah baharu mereka nanti kerana minimalis design kayu dan metal warna rustic memenuhi impian kamar idaman mereka. Tidak terlalu sarat dan design yang aesthetic dengan padanan tilam gebu sebagai soft touch setebal 10" bakal menyerikan ruang kamar mereka, In Syaa Allah.. 





Selepas selesai semua urusan butiran penghantaran, kak ana menerima whatsapp dan panggilan dari pihak kurier untuk proses penghantaran dalam tempoh 5-7 hari bekerja. Namun hari ke 4 kak ana dah dapat pesanan mesej dari kurier dan kak ana terpaksa membuat penjadualan semula penghantaran pada hari cuti kerana parcel akan di hantar terus ke rumah baharu Kak Long dan Aiman di Bangi. 

Pagi Sabtu , sekitar jam 10 pagi sampailah dua kotak berisi katil dan tilam melalui penghantaran courier Line Clear di apartment mereka. Mudah untuk di bawa naik dan segala peralatan untuk pemasangan secara Self DIY dibekalkan lengkap bersama cara pemasangan katil bernombor yang mudah di fahami.


 

Serba lengkap dan mudah untuk memasang katil Westley Metal & Wood Platform Bed Frame ni kerana dibekalkan lengkap sekali tools pemasangan dan di pek dengan begitu baik setiap satu komponen katil di dalam kotak. Macam tak percaya sahaja kotak sebesar itu mengandungi sebuah katil queen yang besar dan berkualiti premium metalnya.





pemasangan katil ZINUS


Setiap komponen di label dan seiring dengan buku panduan pemasangan yang memudahkan step by step proses memasang lengkap katil-katil keluaran ZINUS ni. Perlahan-lahan Aiman memasang mengikut step by step dan akhirnya siaplah sebuah katil yang selesa dan design yang aesthatic untuk ruang kamar mereka kelak. 



Kenapa kak ana dan Kak Long memilih Westley Metal & Wood Platform Bed Frame dari ZINUS ni adalah kerana ia adalah jenis design katil yang versatile , bermakna ia tidak bermusim dan sampai bila-bila pun ia sesuai untuk di guna pakai. 


Rumah kak ana sendiri amat suka pada perabut dengan elemen kayu dan besi ni kerana ia nampak kukuh dan nilai yang tinggi dari pilihan fabrik atau sebagainya. Simple dan elegan pada design kepala katilnya susunan kayu yang kukuh di bingkai dengan metal yang solid nampak anggun pada cirinya tersendiri. 



Alas kayu katil Westley ini juga diberikan non-slipped tape pada dasarnya dan bila di tanggalkan stiker ini, ia mempastikan tilam tidak bergerak di lekatkan pada base katil dengan sempurna. Canggih tak canggih katil-katil dari ZINUS ni kan, serba lengkap. 



Untuk tilam nya pula kak ana memilih Green Tea Memory Foam Mattress. Kenapa kak ana pilih Green Tea Memori Foam Mattress ini adalah kerana ia mempunyai 3 jenis ketebalan berbeza, dan kak ana pilih ketebalan 10" untuk padanan dengan ketinggian saiz katil Westley Metal & Wood Platform Bed Frame. 

Seperti yang kak ana ceritakan di awal tadi lah, tilam setebal 10" ni datang dalam kotak yang telah di vacuum packed kan. Bila di buka kotak segulung tilam akan di buka dan di biarkan paling kurang 2 jam sebelum ia kembali kepada bentuk asalnya. 




Kita memerlukan 48 jam untuk mendapatkan ketebalan maksimum sesebuah tilam selepas di buka dari gulungan vacuum packed. Ia mudah untuk penghantaran dan mudah untuk kita bawa ke dalam ruang bilik , menarik kan. 



Namun walaupun tebal gebu geban, Green Tea Memory Foam Mattress ini adalah agak ringan dan mudahlah untuk di alihkan ketika menukar cadar nanti. Tak lah berat kerana ia jenis foam bukan spring mattress tetapi mempunyai ciri keselesaan yang tersendiri antaranya memberikan keselesaan waktu tidur dengan kembali kepada poisi badan walaupun berlaku pergerakan. 


dekorasi bilik tidur


Jadi, inilah kisah kak ana dan Kak Long ketika kami memilih katil dan tilam untuk bakal hari bahagianya. Hadiah dari ibu dan ayah buat kak long semoga menjadikannya ruang dan peluang untuk anak-anak menempuhi hari-hari mendatang di dalam penuh keberkatanNya. 

Kalau korang sedang tercari-cari katil dan tilam untuk pindah rumah baru, untuk perkahwinan, atau untuk tujuan apa sekali pun jangan lupa singgah ke laman web www.zinus.com.my dan usya-usya lah dahulu design dan ciri-ciri keistimewaan setiap produk ZINUS. Kalau nak lihat sendiri dan rasai sendiri depan mata boleh juga ke showroom mereka di Puchong. 

Khas untuk pembaca blog kesayangan kak ana, gunakan Kod Diskaun AJ25 dan korang akan dapat potongan harga 25% dari harga pasaran dengan pembelian di www.zinus.com.my . Harga yang di pamerkan adalah sebelum diskaun. Mana nak dapat weii.. Jangan lupa penghantaran adalah PERCUMA seluruh Semenanjung menggunakan kurier . 




2 Comments

  1. Ya allah cantiknya design set katil ni...berkenan SA tengok Kak Ana

    ReplyDelete
  2. katil n tilam selesa buat baring n tidur tu

    ReplyDelete