Ini kali pertama abah tinggalkan rumah selepas mak kembali kepangkuan Yang Maha Penciptanya 6hb Julai 2022 yang lalu. Selepas selesai urusan pekebumian mak, memang kak ana ajak abah ikut kami balik ke sini, tapi abah tak nak, tak nak tinggalkan rumah awal sangat lagi katanya nak biarkan rumah kosong. Tak apa , kami akur kan sahaja , ikut lah abah nak macam mana, walaupun dah mula ada suara-suara berkata di belakang... manusia kan depa akan bercakap ikut pandangan depa jerr.. biarkan.
Minggu lepas, kebetulan adik ipar kak ana ada kursus di KL, adik dan adik ipar ajak abah ke rumah kak ana dan abah ikut. Depa maii ikut jalan Sabak Bernam saja-saja nak jalan-jalan tengok sawah padi. Abah beli kan 10 tongkol jagung manis untuk kami.
Sebak rasanya saat abah sampai, kalau dulu abah berdua dengan mak kini abah seorang sahaja. Bila tengok jagung abah bawa, teringat lagi pada arwah mak, kalau mak datang dulu macam-macam mak angkut dari kampung untuk anak cucu..Ya Allah ampunilah setiap dosa dan kesalahan arwah mak.. aamiin.
Jagung manis kak ana rebus petang tu hidang kan buat abah dan keluarga, rezeki jiran kak ana, Man, Ida dan Cacha pun merasa jagung manis. Ada lagi baki jagung rebus, esoknya kak ana buatkan cucur jagung untuk sarapan pagi. Memang sedap lemak manis cucur jagung kak ana walaupun rupa parasnya tak lah comel...
Resepi cucur jagung
Meh laa kak ana kongsikan dengan korang resepi cucur jagung lemak manis kak ana ni, mana lah tahu korang ada lebihan jagung rebus boleh lah try, kalau nak guna jagung masih mentah pun boleh juga atau jagung tin. Janji jagung barulah namanya cucur jagung, ye dak :)
Bahan-bahan cucur jagung
Isi jagung rebus
Tepung gandum
Air sejuk
Garam secukup rasa
Santan sedikit
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan ni tak ada sukatan ikut banyak mana jagung dan adunan yang di hasilkan supaya cukup lembut bancuhan cucurnya.
Cara buat cucur jagung
1. Is jagung di potong dari tongkolnya dengan pisau halus-halus.
2. Satukan dengan tepung gandum, kak ana guna dalam 5 sudu besar dan adjust nanti jika ia terlalu keras atau cair adunannya.
3. Masukkan santan pekat dalam setengah cawan , campurkan secubit garam untuk perisa lemak manis.
4. Adunkan adunan batter supaya cukup lembut dan tidak terlalu pekat atau cair. Adjust kuantiti tepung gandum dan air.
5. Panaskan minyak dan goreng lah cucur jagung satu persatu. Siram selalu dengan minyak dan balikkan.
6. Bila dah cukup garing, angkat dan toskan cucur jagung. Sedia untuk di makan panas-panas.
Kak ana suka makan cicah dengan gula merah atau sekarang ni guna gula perang atau brown sugar. Teringat waktu membesar di kampung dahulu, kalau lapar petang-petang arwah mak saudara akan buat kan cucur kelapa, sama kekdah dengan cucur jagung ni. Kami cicah dengan gula merah, waktu tu gula merah bukan cantik macam laaa nii.. kami cicah gula merah timbang kilo , berketul-ketul gula merahnya melekit-lekit, adoiyai..
Namun menu-menu begitulah yang membesarkan kami hingga ke saat ini, Alhamdulillah.. atas pinjaman usia dariMu jua.. Semoga perjalanan hidup kita semua di dalam keredhaanNya jua... Aamiin. Cuba naa resepi cucur jagung kak ana yang penuh emosi nii :)
5 Comments
takziah ana n fmili moga arwah dicucuri rahmat-Nya n diampuni segala dosanya
ReplyDeleteSalam takziah untuk family kak Ana, sedap cucur jagung tu Ekin xpernah buat cucur jagung, selalu rebus jagung jer makan gitu hihihi
ReplyDeleteSalam takziah Ana dan keluarga. Dah lama tak buat cucur jagung, nampak sedap tu.
ReplyDeletesedih bila baca ni kak, moga abah akak dan akak sekeluarga tabah dan sabar ya
ReplyDeleteSuka jagung juga tapi kadang dapat tak manis huhu. stay strong ye puan..
ReplyDelete