Balik dari IOI Puchong selepas pilih katil untuk Kak Long hari tu, tunang Kak Long, Aiman bawa kami makan tengahari di restoran Patin Place yang terletak di Puchong. Nak belanja ibu makan restoran cantik katanya.
Bila sampai restoran Patin Place ni memang cantik sangat dekorasi dalaman dan luar kerana bertema kan peralatan lama zaman dulu-dulu. Ada model kereta Proton Saga lagi di luar kedai. Di hiasi dengan kain langsir jarang berwarna pink fabrik dulu-dulu dan penuh sarat dengan barang-barang antik seperti seterika arang, gambar-gambar lama, peta negeri Pahang dan sebagainya.
Melangkah masuk sambil sambil order dan menanti hidangan, berkumandang lagu-lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza sepanjang kami berada dalam restoran ini. Erm.. memang bertema kan Melayu Pahang sungguh.
Hasil dari carian di internet restoran ini menyajikan menu masakan Halal dan pernah di kunjungi program-program tv seperti Jalan Jalan Cari Makan dan sebagainya. Korang boleh rujuk di FB depa naa..
Restoran Patin Place , Puchong
Tidak seperti kebanyakan restoran ikan patin yang pernah kak ana kunjungi, Patin Place bukan sahaja menyajikan menu ikan patin segar dari negeri Pahang tetapi juga menu-menu istimewa lain seperti nasi goreng, hidangan makanan laut segar dan sebagainya. Kiranya macam-macam ada lah kat sini. Mengenengahkan menu masakan Melayu Pahang menurut pemiliknya yang kak ana baca di FB Patin Place.
Tengahari tu, Aiman dan Kak Long makan nasi putih bersama ikan patin gulai masam dan kak ana dengan adik, kami makan nasi goreng kerabu serta nasi goreng kampung. Ke semua menu sedap-sedap dan kena dengan selera kami, Alhamdulillah.. Harga pun tidak lah mahal masih relevan dengan hidangan sajian yang agak banyak.
Dalam banyak-banyak limau kasturi asam boi yang pernah kak ana minum, hat ni lah yang paling sedap yang pernah kak ana rasa. Ia menggunakan asam boi jeruk . Memang sedap dan menyegarkan sungguh. Minuman ni dahulu pernah kak ana minum bila jiran kami Mrs Leong beri sebalang jeruk limau kasturi yang baik untuk hilangkan sakit tekak dan batuk waktu kami lepas kena covid tahun 2020 yang lalu. Jeruk limau kasturi bersama asam boi yang di rendam dalam gula tebu,itu sahaja bahan jeruknya.
Aiman turut order ayam masak halia, chinese style. Sedap juga berangin makan dengan nasi goreng, cuma ia menggunakan isi ayam pejal. Kalau ada bahagian tulang-tulang sikit lagi ngam kut sebab kak ana tak suka sangat makan isi ayam.. Apapun kuahnya cukup rasa halia masam-masam manis gituw..
Ini pula menu gulai masam tempoyak ikan patin di Patin Place. Harga kak ana tak ingat sangat tapi kita boleh pilih bahagian mana ikan yang kita nak. Tu pun kalau ada stok lah kan, kalau habis nasib la sebab waktu lunch restoran Patin Place ni memang ramai pengunjung yang datang makan di sini.
Untuk review gulai masam tempoyak ni pada kak ana kuahnya agak cair sedikit dan tidak ada rasa tempoyak. Mungkin kak ana silap , ini bukan gulai tempoyak patin tetapi gulai masam sahaja atau kak ana panggil gulai asam rebus, mungkin lahh.. Kak ana tak pasti sebab memang tak ingat sangat harga dan menu nya. Isi ikan patin masih segar dan tidak berbau langsung.
Menu nasi goreng kampung pilihan adik Ika , cukup rasa dan mewah dengan kangkung.. Banyak betul hirisan kangkung dalam nasi goreng adik. Di berikan bersama keropok dan telur mata. Makan dengan sambal belacan memang ngam terukkk.. Sesedap rasa.
Pilihan kak ana petang tu nasi goreng kerabu. Sedap dan banyak bahan kerabu di dalam nasi gorengnya. Ada hirisan bunga kantan, ulam kacang panjang, hirisan ulam-ulam lain dan di hidangkan bersama telur mata. Isian hidangan memang banyak , jenuh kak ana nak habiskannya kenyang lah sampai ke malam, Alhamdulillah..
Kalau korang berada di sekitar Puchong dan teringin nak makan dalam restoran yang cantik dekorasi hiasan antik zaman dulu-dulu sambil menikmati menu masakan Melayu khasnya negeri Pahang, boleh lah waze ke Restoran Patin Place, ni. Ada macam-macam menu lain juga di sajikan usya-usya dulu kat FB depa naa..
Korang boleh sahaja datang dengan kawan-kawan atau famili yang ramai kerana tempat duduk banyak sama ada di bahagian luar atau dalam restoran. Nak duk kat pondok pun ada kat bahagian luarnya, tapi kak ana tak dapat nak ambil gambar sebab ada orang sedang makan kat sana, tak baik kan ambil gambar tanpa kebenaran ni, ganggu privasi orang lain. Semoga bermanfaat..
0 Comments