Viral sungguh kunafa sejak kebelakangan ni, kan ? Hat yang viral nun di area Bukit Bintang sana, kan main beratur panjang orang ramai nak mencubanya. Adik dan adik ipar kak ana dari Manjung baru-baru ni kebetulan ada urusan kerja dan depa stay di area Bukit Bintang. Merasa lah depa beratur panjang dan try makan kunafa viral. 

Tanya adik ipar kak ana, Julia, sedap ke kunafa tu ? Manis katanya, tapi lembut lah bahagian dalam ada rasa cheese. Kak ana pun pernah merasa sepotong kunafa kak ana beli di sebuah hypermarket di Setia Alam. Ianya mungkin bukan fresh baked, jadi ia agak keras dan rasa pun tak begitu fresh, jadi masa tu bagi kak ana tak lah kena dengan selera kak ana. 


kunafa


Bila adik kak ana berada di Sunway Putra Mall, kak ana kirim kat dia sepotong kunafa untuk kami di rumah, kebetulan adik akan singgah rumah kami sebelum balik Manjung. Nak juga merasa sekali lagi kunafa. 


Sedap ke kunafa ? 


Adik kak ana, Lan, bawakan sepotong kunafa yang di beli di salah sebuah restoran Arab di Sunway Putra Mall. Kami makan dan pada kak ana hat ni lagi sedap dari yang kak ana beli sebelum ni. Kunafa nya lembut di bahagian bawah dengan rasa lemak susu dan cheese serta taburan topping atas nya rangup dan bersama taburan kacang pistacio.

Dari carian di internet kak ana dapati antara bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kunafa ni adalah kunafa pastri atau pun kataifeh, cream cheese, mozarella, air mawar , kacang pistacio,butter dan susu. Untuk resepi korang boleh cari di mana-mana blog yang pernah terbitkannya, naa.. 


kunafa sunway putra mall


Jadi kesimpulannya, pada selera kak ana kunafa ni sedap sebagai sajian pencuci mulut jika kita dapat yang fresh baked. Namun ia terlalu manis kerana kita perlu makan dengan sirap mawar tu. Sebab jika kunafa di makan tanpa siraman sirap mawar ia tidak memberi rasa yang sebenar. 

Untuk orang seusia kak ana ni, rasa manis leting ni yang agak mengganggu citarasa, dan cukup lah sekali makan untuk sama-sama meraikan kemeriah selera masa kini. Nak makan selalu tu tidak lah pada kak ana, kerana selain manis, harganya pun boleh tahan juga, kayangan...

Sepotong kunafa ni adik kak ana beli di Sunway Putra Mall berharga RM22, adalah saiz tapak tangan gitu. Sebab tu lah kak ana kata tak leh makan selalu.. huhu :) Apapun kita ni sekadar nak merasa dan berkongsi dengan pembaca, kalau korang suka, boleh lah repeat ye dak.. selera kita kan berbeza. Semoga bermanfaat , In Shaa Allah... 



6 Comments

  1. Salam kenal. Anak saya jenis memilih makan / takut cuba makanan baru, tapi dia rasa sekali terus jatuh cinta dgn kunafa ni hehe

    ReplyDelete
  2. mmg manis ye kak? dana tak pernah try lagi tak tau lah kalau jumpa tu nak cuba ke idok hehehhe

    ReplyDelete
  3. Pernah makan dulu memang manis.. kena makan masa panas-panas kalau ada cheese tu baru boleh tarik-tarik kak

    ReplyDelete
  4. Selalu tengok ada kawan share kata rindu nak makan kunafa. tapi setakat ni belum pernah terjumpa lagi. tengok macam sedap cheese tarik-tarik

    ReplyDelete
  5. Ramai yang suka Kunafa tapi saya tak pernah makan pun walaupun selalu makan kat restoren arab. hihi

    ReplyDelete
  6. laa, ingtkn mee siam tadi.,. ;p

    ReplyDelete