Petang tu kak ana , suami dan Adik Ika kami saja-saja ke KL East Mall , selepas jenjalan dan makan tengahari di Melawati Mall. Tak jauh mana pun jarak kedua-dua mall ni. Boleh di katakan selalu sangat ke salah satu mall ni sebab kami pernah tinggal di area Ukay Perdana sebelum pindah ke kediaman sekarang.
Adik laa, nak sangat makan aiskrim di Inside Scoop yang ada di KL East Mall. Ikutkan lah permintaan anak-anak kan. Lagi pun masa tu dia sorang je dengan kami. Kak Long tak join. Memang viral juga aneka aiskrim dan cake Inside Scoop ni, sekarang kan. Nak juga try sedap sangat ke ?
Sedap tak aiskrim Inside Scoop ?
Inside Scoop di KL East Mall ni merupakan sebuah kiosk di aras 1 kalau tak silap kak ana, korang carilah naa.. bukan ingat sangat pun. Sebuah kiosk di tengah-tengah KL East Mall berkonsepkan warna kuning, comel.
Inside Scoop merupakan dessert corner yang menyajikan pelbagai pilihan aiskrim premium, aiskrim kek dan juga aiskrim waffle. Korang boleh sahaja pilih pelbagai gabungan scoop aiskrim atau makan bersama waffle.
Waktu kak ana maii tu tak ramai sangat orang yang makan di kiosk ni. Dapatlah seat untuk kami bertiga kerana biasa lah kiosk tak banyak sediakan seat kerana ramai yang takeaway sahaja. Korang pii ke kaunter dan pilih aiskrim mana yang korang nak, dan boleh juga pilih untuk makan dengan signature waffle depa yang sangat-sangat sedap dan premuim.
Mahal ke harga aiskrim Inside Scoop ?
Ada pelbagai pilihan menu aiskrim yang ada kat Inside Scoop yang korang boleh pilih. Sama ada 3 scoop, 2 scoop dan sebagainya. Tapi usah risau sebab scoop depa saiz besar bukanlah saiz scoop aiskrim biasa kita makan tu.
Dan rasanya cukup premium aiskrim , kak ana dah makan beberapa flavour dengan Adik boleh katakan semua sedap-sedap. Harga tak lah mahal sangat, standard harga aiskrim premium di mana-mana mall.
Harga untuk Single Scoop Ice Cream cuma RM8.30 dan untuk Double Scoop pula RM14.60. Untuk Tripple Scoop pula RM19.90 . Sekiranya korang pilih flavour yang bertanda * harga kena add on RM1.90 kalau tak silap kak ana kerana ia adalah new flavour atau pun limited edition. *Harga adalah pada waktu entri di terbitkan, sebarang perubahan korang carilah di mana-mana laman sosial atau kiosk depa naa..
Kak ana dan Adik pilih untuk makan Signature Waffle dengan Single Scoop berharga RM17.80 dan satu lagi Signature Waffle dengan Double Scoop berharga RM21.70 . Suami pula makan Double Scoop pada harga RM14.60
Waflle dia memang sedap, di hidangkan panas-panas dan rangup di luar tetapi amat lembut di bahagian dalamnya. Cukup rasa premium coklat dan di makan pula dengan aiskrim pelbagai pilihan flavour. Kak ana tak ingat pula flavour apa yang kami makan petang tu sebab Adik yang order di kaunter.
Tak tau nak cerita dengan korang rasa aiskrim dia tapi memang sedap lah. Banyak kali duk ulang kan sedap ni sebab ia adalah aiskrim premium. Pekat, lemak , cukup rasa seperti mana flavour yang korang pilih dan tidak terlalu manis. Pii laa try sendiri naa.. ini bukan paid review tau, kami makan dan bayar 😄😄
Macam biasa sebelum kak ana pii makan dan terbitkan entri, kak ana akan cari dulu sama ada ianya menu Halal atau tidak . Alhamdulillah merujuk pada halaman https://insidescoop.com.my/pages/faqs Inside Scoop menggunakan bahan-bahan Halal Jakim dalam setiap menu sajian mereka. Jadi bolehlah makan tanpa was was .
Inside Scoop mempunyai beberapa cawangan outlet di seluruh negara. Korang boleh cari di carian internet hat mana yang paling hampir dengan lokasi untuk mencuba sendiri aiskrim premium dan juga kek aiskrim dan sedap di Inside Scoop.
4 Comments
huhu...sedapnya,..aiskrim premium memang sedap. tak sama kot bahan bahannya dengan bukan premium..hehe
ReplyDeleteSaya pernah makan perisa cempedak kak, power la. Inside scope jaga kualiti..
ReplyDeletewow menggiurkan selera
ReplyDeleteTerliur pulak tengah-tengah malam ni. Tak try lagi lah
ReplyDelete