7 Eleven Cafe Eco Grandeur , Puncak Alam
Kak ana dengan anak-anak memang rajin melepak dan makan-makan di Eco Grandeur Labs, Puncak Alam. Kalau siang kak ana akan singgah kat nursery tepi jalan dari jalan utama Bandar Tasik Puteri ke Bandar Seri Coalfield sana, syok beli pokok-pokok bunga.
Kalau malam selalunya kami lepak makan-makan Eco Grandeur Lab , kat sana memang macam-macam kiosk cafe ada, menu pun sedap-sedap. Sekarang ni kami explore pula seberang jalan Eco Grandeur Lab masih dalam kawasan Eco Grandeur yang terletak di laluan ke Puncak Alam.
Kat sini pun macam-macam outlet cafe dan kedai-kedai malahan sebelah malam pun happening dah. Kami pernah lepak mamak sini dan sederet dengan restoran mamak tu adanya 7Eleven Cafe. Sejak Khairul Aming review cafe 7Eleven, viral lah kan.
Cafe 7Eleven Puncak Alam
Rupanya tak yah nak pii 7Eleven Cafe jauh-jauh di Eco Grandeur, Puncak Alam ni pun ada. Kali pertama kami masuk beli juga lah minuman dan makanan tak lepak pun sebab meja penuh dalam tu. Tak banyak pun di sediakan meja, jadi ramai yang take away sahaja. Lagipun bukan ada menu berat kesemua menu ready to eat sahaja di sini tapi macam-macam laa.Lebih kurang Family Mart laa.
Dua minggu lepas, Adik yang sekarang ni sengsorang kat rumah selepas Kak Long nikah dan pindah Bangi. Dia ngadu kat ayahnya dia lapar nak repeat makan croffles 7E . Anak manja ayah, terus ayahnya ajak ke 7Eleven Cafe di Puncak Alam. Tak jauh pun dari kediaman kami dalam 20 minit In Syaa Allah sampai ikut laluan Tasik Puteri.
Kali ni kami lepak sekejap dalam cafe 7Eleven. Adik order Smokey BBQ Sausage Croffle dan satu lagi Salted Egg Sausage Croffle. Setiap satu nii berharga cuma RM6.90 tapi ada diskaun 25% kalau tak silap waktu tu kerana masih dalam promosi pembukaan.
Ayah nya minum hot latte coffee dan kak ana suka sangat minum limau kasturi dia. Ini kali kedua kak ana beli dan minum, memang sedap. Kami juga try Teh Beng dan Hazelnut Coffee dalam pek ready to drinks bottol. Sejujurnya Teh Beng tu memang rasa teh susu sahaja tapi Hazelnut Coffee tu padu, sedap.
Kelabu asap ler pulak foto kak ana nii, salah fokus ler tu yang belakang pula clear dari imej utama depan. Tapi tak pe nanti kalau korang pii cari je limau kasturi asam boi, sedap limau kasturi di jeruk sumbat asam boi dalamnya. Memang freshing sangat rasa dia, khas buat peminat asam macam kak ana huhu :)
6 Comments
belah dana ni kat mana la agaknya ada 7e gini ye, geram lak nengok segala makanan yang ada tu kak oi. Sangat la menggoda di mataku ini
ReplyDeletedr pagi skroll blogwalking kawan kawan...semua pakat tunjuk makanan... ya rabbi...tabahkanlah perut ku
ReplyDelete7-E dah lain kan skrg.. dah macam2 ado... ni nak setanding dengan CU dan lain2 dari luar ni :)
ReplyDeletebanyak fresh bake pastries sedap tu rangup
ReplyDeleteMenariknya Ana.. nanti nak pi sini jugak lah bebila..
ReplyDeletesemua pun menarik. kena ada geng datang cafe 7E ni. pastu borong banyak-banyak
ReplyDelete