Ayam tandoori dengan cheese nan lepak mamak sekali sekala
Kak ana percaya, ramai di antara kita nii, makan malam akan pilih menu yang ringan-ringan. Jarang dah kak ana jumpa yang akan makan nasi campur atau nasi lagi di waktu malam. Dan jadi rutin kan, kebanyakan dari kita memilih untuk sekali sehari sahaja akan makan nasi berlauk pauk ni.
Dah terbiasa jadi untuk menu makan malam mula lah memikirkan apa yang nak di makan. Kadang-kadang sebagai mak ni buntu juga lah nak sediakan hidangan. Alhamdulillah anak-anak kak ana dah besar keduanya, jadi depa pandai-pandailah fikir menu sendiri.
Ayam tandoori nan cheese
Ayam tandoori ni pun sedap. Perapan dia terasa sangat rempah ratusnya. Perah kan asam limau dan di sertakan ulam bawang merah dan kobis hiris.Satu gabungan rasa yang sedap sekali sekala makan nan cheese bersama ayam tandoori nii. Alhamdulillah...
Jadi sekali sekala lepak mamak pekena menu yang macam ni memang best lah kan, tak boleh selalu lah..Harga pun okay jer rasanya. Ayam tandoori ni kalau tak salah kak ana RM8 dan roti nan cheese tu kak ana tak pasti lak.
Tu jer kisah kak ana kali ni. apa yang menarik kak ana coretkan disini, manalah tahu korang tengah buntu fikir nak makan apa lepak mamak malam nii, try laa makan cheese nan bersama ayam tandoori, naa... Asalkan halal dan kenyang dah syukur dah kan..
4 Comments
Nampak sedaplah. Lama tak ke kedai mamak.
ReplyDeletelamanya tak layan, paling suka dia punya sos yg ada pudina tu...
ReplyDeleteSy kalau dah tak tahu makan mana, memang ke restoran mamak aje, la, Kak Ana. Mujur RM yg dekat dengan rumah ni, memang mamak Msia.
ReplyDeleteSedap ratah ayam tandoori!
ReplyDeleteBest kan lepak kedai mamak hhehehee.