Kak ana percaya, ramai di antara kita nii, makan malam akan pilih menu yang ringan-ringan. Jarang dah kak ana jumpa yang akan makan nasi campur atau nasi lagi di waktu malam. Dan jadi rutin kan, kebanyakan dari kita memilih untuk sekali sehari sahaja akan makan nasi berlauk pauk ni.

Dah terbiasa jadi untuk menu makan malam mula lah memikirkan apa yang nak di makan. Kadang-kadang sebagai mak ni buntu juga lah nak sediakan hidangan. Alhamdulillah anak-anak kak ana dah besar keduanya, jadi depa pandai-pandailah fikir menu sendiri.


ayam tandoori nan cheese sedap


Stok roti, biskut atau minuman bijirin memang sentiasa ada kat rumah kak ana. Paling mudah makan je lah untuk alas perut di waktu malam, tak pun kadang-kadang minta tolong abang Panda jer.. Nak keluar beli makanan tu kalau dah malam malas sungguh laa.. melainkan jika kami berada di luar, kadang-kadang carilah kedai singgah makan.

Ayam tandoori nan cheese 

Inilah kisah yang kak ana nak share dengan korang hari ni. Selepas beli barang dapur di Lotus, Rawang. Kami cadang nak lepak Ulek Mayang makan mee celup jer. Alkisah, tutup lah pula restoran Ulek Mayang, cuti sekolah minggu lepas depa balik kampung kuttt..

Kami pii singgah restoran Ali Maju sebelah je Ulek Mayang. Kak ana ni tak berapa sangat dengan menu mamak, kurang lah tapi boleh je makan. Anak-anak nak makan nan cheese dan ayah depa order sekali ayam tandoori.




Ayam tandoori nan cheese


Kak ana tak order pun minum teh tarik jer, depa tiga beranak yang makan. Lama sungguh tak makan ayam tandoori dan cheese nan ni. Ambil lah sikit hat suami dan anak-anak nak rasa-rasa jerr. Sedap pula, korangss....

Nan cheese dia kat dalam roti nan tu penuh lah cheese nya meriah sungguh. Tak dan nak ambil gambar lapar dan sedap punya pasal.. huhu..

Roti nan cheese makan panas-panas memang sedap cicah kuah dhal, cakni atau sambal. Memang sedap sekali sekala dan ia juga menu yang sihat lah kan sebab tak berminyak.Cepat juga dapat makan yang di order walaupun ramai pelanggan malam tu.


Ayam tandoori nan cheese

Ayam tandoori ni pun sedap. Perapan dia terasa sangat rempah ratusnya. Perah kan asam limau dan di sertakan ulam bawang merah dan kobis hiris.Satu gabungan rasa yang sedap sekali sekala makan nan cheese bersama ayam tandoori nii. Alhamdulillah...

Jadi sekali sekala lepak mamak pekena menu yang macam ni memang best lah kan, tak boleh selalu lah..Harga pun okay jer rasanya. Ayam tandoori ni kalau tak salah kak ana RM8 dan roti nan cheese tu kak ana tak pasti lak. 

Tu jer kisah kak ana kali ni. apa yang menarik kak ana coretkan disini, manalah tahu korang tengah buntu fikir nak makan apa lepak mamak malam nii, try laa makan cheese nan bersama ayam tandoori, naa... Asalkan halal dan kenyang dah syukur dah kan..

4 Comments

  1. Nampak sedaplah. Lama tak ke kedai mamak.

    ReplyDelete
  2. lamanya tak layan, paling suka dia punya sos yg ada pudina tu...

    ReplyDelete
  3. Sy kalau dah tak tahu makan mana, memang ke restoran mamak aje, la, Kak Ana. Mujur RM yg dekat dengan rumah ni, memang mamak Msia.

    ReplyDelete
  4. Sedap ratah ayam tandoori!
    Best kan lepak kedai mamak hhehehee.

    ReplyDelete