Semalam kak ana lihat posting dari  beberapa page di FB memaparkan kehadiran DYMM Raja Permaisuri Agong bersama beberapa permaisuri dan sultanah negeri-negeri dalam satu acara di Istana Negara. Kak ana minat sangat untuk melihat kecantikan dan keterampilan kerabat-kerabat di raja nii . Dan yang terkini pastilah tumpuan ramai kepada Sultanah Kelantan , Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.


Sultanah Kelantan


Cantik sungguh wajah Sultanah Nur Diana Petra Abdullah. Seiring sama cantik dengan Raja Permaisuri Perak kesayangan kami rakyat Perak, YM Tuanku Zara Salim. Kisah keluarga Diraja Perak , pernah kak ana terbitkan di SINI , Alhamdulillah semoga kesemua permaisuri dan sultanah kita di dalam keberkatan Nya jua.. Aamiin. 


Sultanah Kelantan


Sultanah Nur Diana Petra Abdullah - Sultanah Kelantan 


Dari carian di wikipedia dan internet, kak ana dapatkan serba sedikit biodata YM Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah untuk pengetahuan kita bersama. 

Sultanah Kelantan

Biodata Sultanah Kelantan 

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (nama asal Yana Yakubková; dilahirkan pada 26 Januari 1987 di Republik Czech) merupakan Sultanah Kelantan. Baginda merupakan permaisuri (isteri) kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah melangsungkan perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada 30 Oktober 2010.


wajah sultanah Kelantan


Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dimasyhurkan dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.

Gelaran DYMM Sultanah Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang tiada darah diraja atau berasal dari orang kebanyakan, manakala gelaran DYMM Raja Perempuan Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berketurunan raja. Gelaran ini kali terakhir digunapakai oleh DYMM Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III (10 Februari 1899 - 23 Disember 1920).




*Kredit foto-foto dari carian internet ( Google Image ) dan rujukan artikel wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultanah_Nur_Diana_Petra_Abdullah




1 Comments

  1. jap kak, diaorang dah nikah tahun 2010 lagi? habis yang sebelum ni tu macamne yek? tak paham pulak mikirnya

    ReplyDelete