Gerai Nasi Lemak Haji Din dah berpindah lokasi....
Lama rasanya kak ana dan suami tak singgah sarapan pagi di gerai nasi lemak Haji Din yang femes di Tanjung Malim. Sejak kesihatan arwah mak tak begitu baik, kalau balik kampung kami akan terus menggunakan lebuhraya PLUS sebab nak cepat dan sering kali balik emergency.
Minggu lepas, kami balik kampung nak ambil abah untuk majlis akad nikah Kak Long, kami gunakan laluan lama Tanjung Malim dan cadang nak singgah sarapan di Gerai Nasi Lemak Haji Din sebelah UPSI.
Memang sedap sambal nasi lemak Haji Din ni dan pernah dah kak ana terbitkan di SINI beberapa tahun lepas. Rasanya masih sama sahaja setiap kali kami singgah makan. Yang uniknya adalah pada rasa sambal bawang dan cuma di hidang dengan timun, kacang panjang dan telur mata. Trade mark dia lah tuu ..
Gerai Nasi Lemak Haji Din , Tanjung Malim
Sampai simpang UPSI kami belok kiri dan tiba di lokasi biasa kak ana nampak dah berpagar biru dah kawasan tu. Maknanya dalam proses pembinaan baru. Erm.. kecewa gak lah. Suami terus sahaja pandu ke arah jalan sebelah masjid dan bila lalu di hadapan stesen KTM Tanjung Malim sebelah kanan, kak ana nampak ada medan selera baharu.
Dari dalam kereta nampak kat dinding tertulis Gerai Nasi Lemak Haji Din warna biru yang sama dengan sebelum ni di food court asal. Alhamdulillah jumpa juga rezeki kami nak makan nasi lemak Haji Din pagi tu.
Di sini lah lokasi baharu Gerai Haji Din Nasi Lemak, Tanjung Malim.. berhadapan sahaja dengan stesen KTM Tanjung Malim deretan Medan Selera belah hujung pertama. Nampak Haji Din ambil dua unik gerai sebelah menyebelah untuk air dan menu makanan.
Menurut staff gerai, bila kak ana tanya katanya tempat lama tu nak buat mall.. jadi depa pindah ke lokasi baharu ni. Tak pasti sejak bila..
Masih ada nasi lemak Haji Din dan lebih menarik kali ni ada lauk-lauk pilihan dan juga menu yang lain seperti mee goreng, roti bakar dan sebagainya. Alhamdulillah..
5 Comments
Kita selalu kalau di Tanjung Malim tu, makan kat Sup Saudagaq. Lain kali bolehlah terai nasi lemak Hj Din pulak.
ReplyDeleteWah next time bole try ni kalau lalu tnjung malim lagi..
ReplyDeletemesti sedap tu kalau sampai teringat2 tu kak.... mujurlah jumpa jugak walau dah pindah tempat lain kan kak. Kalau tidak teringat2 jelah
ReplyDeletepernah juga cari2 makan area situ
ReplyDeleteOoo dah pindah ek.. lama tak ronda sana..
ReplyDelete