Hujan pagi 22hb September 2022 semalam, lebat juga lah tapi Alhamdulillah sempat juga kak ana hadir ke Hari Terbuka KVClean di Megan Avenue 2, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Meriah sangat dengan beberapa booth di bawah pengurusan Kopetro Ventures dan sekali gus pelancaran jenama baharu KOPETRO iaitu KVClean sebagai produk servis pembersihan. 

Hari ini kak ana nak berkongsi lah dengan korang semua serba sedikit mengenai produk perkhidmatan pembersihan KVClean ni.. Apakah servis yang di tawarkan serta latar belakang nya. Teruskan membaca naa.. mana tahu ada manfaatnya buat kita semua..

Hari terbuka KVClean 


Hari terbuka KVClean


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn. Bhd., telah menganjurkan sebuah majlis Hari Terbuka KVClean di ruang legar Megan Avenue II di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur , bagi melancarkan produk baharu jenama KVClean.

Dimeriahkan dengan jualan promosi pakej produk-produk KOPETRO, Hari Terbuka KVClean juga telah dihadiri wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta para jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. Turut sama hadir memberikan sokongan terhadap program ini ialah wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).


KVClean


KVClean - servis penjagaan dan pembersihan 

Mula beroperasi sejak April 2019, KVClean menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi. Kesemua perkhidmatan KVClean dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik.


KVClean


Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman memberitahu dalam ucapan pembukaannya bahawa Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat.


KVClean


“Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19” ujar Wan Ahmad Tarmizi.


KVClean


Bertemakan ‘Green & Clean’, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar.


KVClean


Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman.


KVClean


Istimewa sempena majlis pelancaran ini, KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ yang merupakan pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan, manakala bagi pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi. Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung.


Hari Terbuka KVClean


Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan bagi servis yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788. Anda juga boleh mendapat butiran lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan daripada KVClean dengan mengikuti akaun media sosial @KVClean di Facebook & Instagram.


KVClean


Kak ana kongsikan di sini kemeriahan pada Hari Terbuka KVClean , di Megan Avenue 22hb September yang lalu. Sangat meriah dan pelbagai produk dari pengurusan KOPETRO Ventures mengambil bahagian serta jualan di ada kan. 


KVClean


Hari Terbuka KVClean


KVClean


MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD (KOPETRO) 

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. 
KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 
2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. 
KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori 
SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.

Akaun Media Sosial 




0 Comments