Viral laa nii kan, buko pandan dan buko laici . Sampai beratur panjang orang nak beli dan menikmatinya. Dari perkongsian di internet, kak ana di fahamkan buko ni sejenis pemanis mulut atau dessert yang berasal dari Filipina. Namun ia amat terkenal di Indonesia. 

Awal-awal dulu pun kak ana tonton di tiktok, warga Indonesia yang share resepi dan cara buat buko ni. Sekarang baharulah ramai yang buat dan laris jualan nya di serata negeri. 


resepi dan cara buat buko pandan

Anak-anak kak ana pun cuba lah google dan dapatkan resepi dari youtuber terkenal limau nipis. Depa pun try laa buat sendiri di rumah. Mudah sangat resepi buko pandan ni, cuma perlu masakkan agar-agar dan sagu, hat lain masukkan sahaja bahan-bahan ke dalam mangkuk dan nikmati bersama ais. 

Kak ana share kan semula resepi buko pandan dengan kelapa muda yang anak-anak buat hari tu, cuma ada kesilapan sikit pada tekstur sagu yang berketul kerana tersimpan dalam peti sejuk. Sepatutnya tak perlu simpan dalam peti sejuk dan tekstur sagu ni akan berbiji-biji halus lerai dan tidak berketul. 


Resepi buko pandan

Langkah pertama kita sediakan agar-agar pandan, resepi kak ana gunakan air kelapa muda.

Agar-agar pandan :
- 600 ml air kelapa boleh juga guna air biasa
- 2 sudu teh serbuk agar agar , cari yang jernih plain tanpa perisa
- perasa atau esen pandan
- 2 helai daun pandan
- 10 titik pewarna hijau epal
- 1/2 cawan gula

Didihkan semua bahan dalam periuk hingga masak dan sejukkan, kemudian potong dadu kecil-kecil bila menghidang. 

Korang boleh tonton dalam video di bawah untuk resepi buko pandan.




Langkah seterusnya adalah penyediaan sagu. Tanpa basuh masukkan 200g atau setengah cawan biji sagu ke dalam periuk berisi 1 cawan air, masak dengan mengacau sentiasa hingga jernih dan bilas di bawah air mengalir. Simpan ke tepi untuk hidangan. 



resepi dan cara buat buko pandan

Bahan lain :

- isi buah kelapa hiris nipis

- 1 cawan susu segar

- 1/2 cawan whipping cream

- 1/3 cawan susu pekat manis

- ais batu

Untuk hidangan, masukkan potongan agar-agar pandan kelapa tadi , sagu, kelapa muda dan tuangkan bahan sos lemak manisnya iaitu susu segar atau susu cair, susu pekat manis dan whipping cream. Hidangkan sejuk dengan ketulan ais batu. Sedia untuk hidangan. 

Lepas nii macam nak try buat buko laici pula, pasti sedap juga kan, macam dah boleh agak rasa manis masam laici dengan sos buko yang lemak-lemak berkrim nii.

Cuba laa naa.. resepi limaunipis ni memang mudah dan sedap hasilnya dan hat anak-anak kak ana buat ni cukup lemak manisnya. Adjust lah ikut citarasa masing-masing. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah ,..


0 Comments