Tak plan sangat pun, hari Sabtu sebelumnya kak long tanya , ibu nak pii Muar tak jalan-jalan day-trip katanya. Kak ana tanya suami dan Adik Ika, depa kata boleh jer dan hari Ahad pagi tu terus lah kami gerak ke Bangi, singgah rumah kak long, sarapan dan kami ke Muar. 

Dari Bangi dah tak jauh sangat lah melalui lebuhraya PLUS dalam masa 2 jam setengah juga sampailah buat pertama kalinya kak ana mencecah bumi Johor Darul Takzim. Ya, betul dah setengah abad usia baru di izinkanNya sampai ke negeri Johor, teruja sangat dalam hati. Syukur.. 


asam pedas Muar


Kami sampai dalam tengahari juga dah, pusing-pusing dalam kereta dahulu keliling bandar Muar. Tak besar sangat bandar Muar dan trafik pun agak jemmed juga. Kami cari kedai makan asam pedas Muar kat tiktok dan sampailah ke Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai. 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai



Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Restoran ni terletak kat tepi jalan utama di bandar Muar. Waze sahaja dan parkir pun tepi jalan sekitar tu sahaja. Suami bertanya pada seorang yang lalu kat situ, katanya parkir percuma hari cuti . Kami jalan kaki sedikit dan masuk ke restoran Haji Olie . 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Aiman yang seronok nak belanja kami sekeluarga makan tengahari tu. Kak ana lihat banyak menu dan nampak sedap-sedap semuanya. Kak ana teman suami dan Aiman pilih menu sementara Adik Ika dan Kak long cari tempat bersama dak Chimi. Ruang makan pun agak selesa dan luas. 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Di ruang masuk ada pelbagai menu ikan bakar yang sedang di bakar segar . Kemudian deretan pilihan menu yang dah siap di masak di letakkan siap dalam bekas mangkuk dan piring bersama harga. Macam-macam pilihan lauk lemak salai, ikan bakar, makanan laut , ayam, kambing bakar dan sebagainya. Rambang mata. 


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Aiman pilih set asam picit ikan bakar dan ulam, ikan siakap bakar, asam pedas pari, sayur lemak kobis dan ayam goreng untuk dak Chimi. Letak dalam troli dan bawa ke kaunter untuk bayaran. Nyatakan bilangan nasi putih dan air. 

Air berkonsep free flow maknanya bayar harga segelas boleh refill air balang yang di sediakan. Ada 4-5 balang air boleh try semua, hat ni kak ana suka. Ada air asam boi lemon, air nanas , sirap laici dan lain-lain. Meriah lah kami duk minum air balang.


Restoran Haji Olie Bako-bako & Salai-salai


Menu makanan pun sedap-sedap semua, Alhamdulillah.. Asam pedas, ikan bakar sangat kena dengan selera kak ana. Kami makan berlima dengan nasi putih, air dan lauk-lauk cuma RM95 sahaja. Murah sangat pada kak ana. Terima kasih Aiman belanja kami semua dan bawa jalan-jalan Muar. 

Kedai Kopi 434 , Muar 


Dah kenyang, kami jalan-jalan di sekitar lorong-lorong bandar Muar ni. Kak ana cari juga kalau ada jualan ole-ole nak beli tapi tak ada yang menarik. Aiman bawa kami singgah ke Kedai Kopi 434 yang terkenal di bandar Muar . 

Kedai Kopi 434 , Muar


Kedai kopi ni milik bukan Islam tetapi produk serbuk kopinya mempunyai Halal Jakim. Dah lama bertapak dan lejen lah kedai kopi 434 di Muar ni. Kami singgah masuk tengok kedai dan jualan serbuk kopi. 


kopi 434 Muar


Kami duduk dan order kopi o dan kopi ais sahaja, minum nak merasa sendiri keunikan serbuk kopi 434. Memang padu sedap. Kak ana beli beberapa pek serbuk kopi uncang untuk bawa balik dan beri pada adik serta jiran. 

Tomisstan Cafe , Muar 


Tomisstan Cafe , Muar


Kak long nak bawa kami ke satu lokasi yang dia dan Aiman dah pernah pii sebelum ni selepas berkahwin di Tomisstan Cafe , Muar . Agak jauh juga dari bandar Muar dan berpandukan waze kami sampai sini. 



Tomisstan Cafe , Muar


Tempat ini berada di tepi muara Muar. Dari pencarian di internet " perkataan 'Muar' dipercayai berasal daripada Muara. Kalau tak silap kak ana, muara membawa maksud pertembungan aliran sungai ke laut. Terbentang luas laut di hadapan kawasan ini dan kak ana boleh nampak sayup-sayup beberapa buah kapal di tengah laut, 


Tomisstan Cafe, Muar

Lanskap di sini agak cantik dan merupakan sebuah cafe di kawasan kolam pancing. Cafe berstatus muslim friendly dan kami tak makan dan minum pun di sini. 

Singgah semata nak melihat keindahan alam sekitarnya yang terbentang luas dan ada landskap berkayu dan buaian untuk riadah. Menarik untuk yang suka photografi atau ootd. 


Tomisston Cafe, Muar


Dari sana kami gerak balik menuju ke Bangi. Singgah jamak di rnr Air Keroh dan makan-makan sementara menunggu Maghrib. Lepas jamak Maghrib - Isyak , kami gerak semula ke Bangi. Hantar kak long dan terus balik ke rumah.

Alhamdulillah satu pengalaman bermakna buat kak ana, day-trip ke Muar dan pertama kali masuk ke negeri Johor. Erm.. tinggal Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak sahaja lah negeri di Malaysia yang belum kak ana sampai. 

Mudah-mudahan di rezekikanNya menjejak kaki suatu hari nanti dan melihat sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Sempurna dan Bijaksana. 

18 Comments

  1. Wahhh.. first time sampai Johor ya, Kak Ana. Kedai Makan Kak Ana pergi tu baru lagi, sy pun tak pernah singgah sebab biasa makan asam pedas kat Pt Jawa. Kena lajak sikit ke arah kampung².

    ReplyDelete
  2. Saya pun x pernah sampai Johor..Sarawak dan Terengganu..

    ReplyDelete
  3. Nice..Nnt bleh ajak Hata pegi =D

    ReplyDelete
  4. Wah..boleh la ajak suami ke sini plak..x pernah makan lagi kat sini..tempat lain dah pernah pergi...seronok kak ana ye...

    ReplyDelete
  5. Walaupun daytrip tapi dapat pergi ke beberapa tempat. Puas hati tu kak ana.
    Lepas ni bolehlah lajak lagi ke daerah lain pulak di Johor.

    ReplyDelete
  6. pemandangan indah kat bawah tu sangat cantik dan menenangkan jiwa...

    ReplyDelete
  7. wah jalan jauh sampai muar ya ana

    ReplyDelete
  8. Sedapnya especially ikan bakar tu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah akhirnya jejak juga kaki ke Tanah Jauhar ye Kak Ana... Sedap² la nampak lauk pauk ulam semua tu. Rasa nak ajak husb day trip ke Muo jugalah one day

    ReplyDelete
  10. ooo kak ana baru 1st time yer sampai johor...there's always first time for everything!! MZ ni jenis kuat berjln la kot...dh sampai kat semua negeri di msia cuma perlis tu tak delah explore betul2 sbb masuk perlis tu utk naik feri pergi langkawi ;)

    ReplyDelete
  11. Lawa pemandangan. Tenang je tengok kat situ.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya asam picit dengan ikan bakar tu kecur liur tengok.

    ReplyDelete
  13. Patutnya nama kedai tu ada tambahan.... akhir sekali BAYO-BAYO... hehhee

    ReplyDelete
  14. waaahh meleleh air lior nengok Bako-Bako Salai-Salai tu! masuk dlm list dulu tmpt ni hehehe

    ReplyDelete
  15. Selamat datang ke negeri kelahiran saya kak Ana 😊
    Kampung saya paling hujung dalam peta - tak jauh dengan titik paling selatan benua Asia. Moga ada rezeki kak Ana ke negeri tempat saya menetap sekarang - Perlis.

    Tapi kan…saya sendiri pun belum sempat explore Muar. Lalu gitu je, singgah makan kejap.

    Menggoda sungguh rupa ikan bakar tu 😋

    ReplyDelete
  16. aiyoooo hari pertama puasa dah ternampak makanan sedap2

    kopi legen tu

    ReplyDelete
  17. Johor nih dah lamaa juga masuk bucket list saya kak. Bertahun2 bolak balik KL Penang, tp belum sampai lagi ke Johor. Masih banyak pun kota2 Malaysia yg saya blm datangi.

    Tp memang plan ke Johor nak THN depan insyaallah. Apalagi suami pun dah asik tanya kapan ke Johor 😄. Dia nak main ke Legoland. Suami saya memang pecinta Lego sangat.

    Menariiik tempat asam pedasnya. Pasti saya datangi kalo nanti ke muar 😍😍

    ReplyDelete
  18. Sedapnya asam pedas. Fav sangat tu

    ReplyDelete