Resepi nasi goreng tuna
Selalunya kalau ada tuna Ayam Brand di rumah, kak ana suka buat sandwish tak pun paratha wrap. Selalu gak tengok di tiktok orang masak nasi goreng sardin. Tak pernah lagi kak ana buat. Kalau sardin kak ana suka masakkan sambal atau kari.
Kali ni macam nak try la masak nasi goreng sardin, bezanya kak ana akan gunakan tuna gantikan sardin. Kebetulan ada stok tuna Ayam Brand kat rumah ni. Menggunakan Ayam Brand Tuna Saba cili , ianya ada rasa pedas-pedas sikit, sesuai kut nak jadikan bahan nasi goreng kak ana. Jom tengok resepinya..
Resepi nasi goreng tuna/sardin
Bahan-bahan nasi goreng tuna
1 tin tuna cili saba Ayam Brand ( boleh je gantikan dengan sardin )
1 mangkuk nasi yang di sejukkan pada suhu bilik
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah ( ikutlah kepedasan masing-masing )
beberapa ketul cendawan butang ( boleh ganti apa-apa sayuran )
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara masak nasi goreng tuna
1. Panas kan minyak tumis lah bawang merah, bawang putih, cili merah . Nak hiris boleh nak tumbuk atau blend pun boleh .
2. Masukkan cendawan butang yang di potong kecil.
3. Masukkan 1 tin isi tuna sahaja.
4. Goreng seketika hingga masak dan rasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan nasi yang dah di lerai-leraikan dan gaul sebati.
6.Siap lah untuk hidangan cepat , ringkas dan In Syaa Allah sedap.
Selamat mencuba naa... Semoga bermanfaat...
5 Comments
yang perisa pedas tu makan dengan roti dah sedap kalau campur dalam nasi goreng comfom sedap juga
ReplyDeleteResepi mudah cepat dimasak sedap dimakan eh! nyum! nyum!
ReplyDeletesedap sangat makan nasi goreng dgn sardin tuna
ReplyDeletefav kolin tau tuna ni
ReplyDeletemudah main campak2 je bahan.. nasi pun sedap...
ReplyDelete