Seminggu sebelum majlis resepsi kak long , mak saudara kak ana dari Ipoh maii ke rumah bersama anak dan cucunya. Mak yang Am sekeluarga tak dapat hadir majlis kerana anak-anaknya ada urusan lain, jadi tak ada siapa yang dapat bawa mak yang nanti.

Adat orang dulu-dulu begitulah memuliakan jemputan, ada yang datang awal sebelum majlis, ada yang tak dapat hadir tapi tetap kirim kan kiriman sumbangan melalui yang hadir dan ada yang dah habis majlis pun masih nak beri sumbangan kerana tidak dapat hadir.

Begitu indah peradaban orang dahulu, hingga ke hari ni pun masih ada yang berpegang pada kaedah sebegitu. Sampai semalam kak ana masih terima sumbangan dari kawan-kawan pejabat suami yang tak dapat hadir, alhamdulillah.. ada lagi baki goodies kak ana kirimkan semula buat mereka.


Gubahan hantaran halwa betik

Gubahan halwa betik 

Berbalik pada mak yang Am, waktu singgah ke rumah kami dari Ipoh, mak yang bawakan sebekas halwa betik gubahan air tangan mak yang. Cantik sangat, kagum kak ana melihatnya, kreatif sungguh mak yang berseni tangan mengukir halwa betik berwarna warni menghasilkan kuntuman bunga ros merah sejambangan.

Halwa ni kak ana letakkan di meja pengantin makan beradap, kemudian di letakkan di meja buffet teh tarik. Akhirnya mak saudara kak ana, we Midah bawa balik ke rumah anaknya. Orang tua-tua suka makan halwa ni, manis tak lah manis sangat sebab kak ana sempat juga merasa air tangan mak yang. 

Bukan mudah juga untuk menghasilkan halwa betik ni. Mula-mula kena cari betik yang belum masak tapi mengkal. Ada kaedah tertentu dalam pemilihan buah betik untuk di jadikan halwa. kemudian proses pengeringannya pun makan masa yang agak lama juga. 

Dan yang paling penting kreativiti dalam menggubah menjadikannya secantik itu amat memerlukan kreativiti yang tersendiri. Bukan semua kita mampu menggubahnya menjadi sejambangan bunga. 

Terima kasih mak yang Am sekeluarga, terima kasih atas kunjungan, sumbangan dan siap bawa hadiah lagi untuk kak long walaupun tak dapat hadir.. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas setiap kebaikan mak yang, dikurniakanNya kesihatan yang baik dan ganjaran pahala kebaikan yang berpanjangan.. aamiin. 

3 Comments

  1. Teringat dulu-dulu kalau kenduri kawin selalu jumpa halwa betik ni. Suka juga jamah sikit-sikit. Lagi satu, halwa kundur, Kak Ana tau tak?

    ReplyDelete
  2. Arwah nenek pandai buat ni. Bab nak memilih betik tu pun kena bijak

    ReplyDelete
  3. cantik gubahan halua betik teringat mak kak dulu pernah buat..kak mmg xreti

    ReplyDelete