Koleksi pokok puding di laman
Hari ni hari Rabu, kak ana nak terbitkan entri wordless Wednesday sahaja plan nya. Tapi biasa lah tak syok juga kalau tak bercerita. Dan kak ana coretkan lah sepatah dua kata di sini untuk berkongsi koleksi pokok puding di laman rumah kak ana.
Kesemua sembilan jenis pokok puding ni adalah koleksi suami kak ana. Dia yang minat sangat dengan tanaman pokok puding, kerana mengingati kenangan arwah mak mertua kak ana dahulu ada banyak menanam pokok puding di kampung, Kuala Lipis.
Jenis-jenis dan koleksi pokok puding
Kak ana ikutkan sahaja dan berikan satu ruang di laman parkir ni khas untuk koleksi pokok puding suami. Ada sembilan pasu kesemuanya. Pokok puding ni kami tanam dalam pasu sahaja jadi ia tidaklah membesar sangat.
Boleh di katakan tanaman pokok puding ni di dominasi dengan warna-warna hijau, kuning dan merah sahaja setakad ini yang pernah kak ana dan suami jumpa. Berbeza variasi dari jenis saiz daun dan corak sahaja.
Kak ana tak pasti adakah varian pokok puding hibrid di jual di nurseri-nurseri, kalau ada mungkin lebih cantik dan padanan warna yang unik , kan. In Syaa Allah ada rezeki kami tambah lagi koleksi pokok-pokok puding suami, andai kata terjumpa variasi warna dan corak lain pula nanti.
Semoga bermanfaat...
1 Comments
Kalau pandai, kawinkan pokok puding yang pelbagai jenis tu.
ReplyDeleteDulu2 masa wak minat puding, wak ada yang sampai 11 jenis dalam satu pokok. setiap dahannya ada corak puding yang berlainan.