Pilihan Tempat Penginapan Terbaik Di Johor
Pilihan
Tempat Penginapan Terbaik Di Johor
1. Hard
Rock Hotel Desaru Coast
Sekiranya anda
inginkan pengalaman menginap di hotel mewah yang unik, Hard Rock Desaru Coast adalah pilihan yang tepat.
Terutamanya buat penggemar muzik, anda pasti sukakan hotel ini.
Terdapat beberapa pilihan pakej bilik yang anda boleh tempah, antaranya ialah Studio Suite, Rock Royalty Suites dan Rock Star Suite. Setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden untuk keselesaan pengunjungnya. Rugi tau kalau tak cuba menginap di hotel ini.
Hotel ini terletak berdekatan dengan beberapa lokasi tarikan pelancong seperti Pantai Desaru dan Desaru Coast Adventure Water Park; salah satu taman air terbesar di dunia yang menempatkan salah satu kolam berombak (wave pool) terbesar di dunia!
2. Anantara
Desaru Coast Resort and Villas
Terkenal dengan kemewahan dan harganya yang agak mahal, Anantara Desaru Coast Resort and Villas tetap
menjadi pilihan ramai. Hal ini kerana, resort mewah ini menawarkan anda
pengalaman penginapan yang unik dan berbeza berbanding resort mewah yang lain.
Bayar mahal pun takpe orang kata!
Bayangkan, apabila tiba sahaja di kawasan lobi, anda akan disambut dengan pukulan gong bagi meraikan kedatangan anda. Anda juga akan diberikan ‘welcome drink’ sementara menunggu proses daftar masuk selesai.
Masuk sahaja ke dalam biliknya, anda akan terpegun sekali lagi. Dekorasi bilik yang berkonsepkan klasik dipadankan dengan elemen moden dan hiasan berasaskan kayu, cukup membuatkan anda rasa seperti sedang berada di kediaman mewah milik orang ternama bukannya di bilik sebuah resort!
Sekiranya anda mahukan privasi, anda boleh menempah pakej bilik yang mempunyai kolam renang tersendiri. Kemudahan yang terdapat di sekitar hotel ini juga tidak kurang hebatnya.
3. Legoland
Hotel Johor Bahru
Kalau pergi Johor,
tak singgah Legoland memang tak sahlah percutian anda. Nak lebih mudah lagi,
anda boleh tempah penginapan di Legoland Hotel Johor Bahru yang terletak
berhadapan pintu masuk taman tema tersebut. Jalan kaki tak sampai 5 minit, dah
sampai Legoland.
Dengan bertemakan lego, hotel ini kelihatan sangat menarik. Kelengkapan setiap bilik memang terbaik. Kemudahan kolam renang juga disediakan. Kalau bawa anak-anak datang, mesti mereka seronok!
4. Holiday
Villa Johor Bahru City Centre
Holiday Villa Johor
Bahru City Centre ini terletak berhadapan pusat beli belah KSL. Sekiranya anda
suka membeli belah, memang sesuai sangat menginap dekat hotel ni. Selain itu,
anda juga boleh pergi ke pasar malam berdekatan hotel ini yang dibuka pada
setiap hari isnin. Bolehlah merasa suasana pasar malam bersama orang tempatan
Johor.
Kemudahan di hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, begitu juga dengan kemudahan di sekitar hotel. Memang terbaik!
5. Midori
Concept Hotel
Midori Concept
Hotel adalah merupakan hotel butik yang sangat unik apabila dilihat daripada
luar. Ia dihiasi dengan tumbuhan hijau yang meliputi bahagian hadapan bangunan
hotel ini. Manakala, di dalam hotel, setiap sudutnya di dihiasi dengan tanaman
hijau yang menyegarkan mata memandang.
Manakala, setiap biliknya pula mempunyai dekorasi tersendiri dengan konsep berinspirasikan elemen Eropah atau Victoria. Memang ‘instagrammable’ sangat dan sesuai untuk anda yang mahu merasakan suasana penginapan seperti di luar negara!
Buat tempahan hotel pilihan anda melalui Traveloka untuk mendapatkan penjimatan berganda-ganda. Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi atau laman web Traveloka. Mudah sahaja!
3 Comments
Terima kasih untuk info ini. Dah lama betul tak ke Johor. Boleh masuk dlm list pilihan penginapan.
ReplyDeleteTq for sharing, ada juga rasa nak bercuti ke selatan ni ;)
ReplyDeletepernah inap di hotel merlin desaru ntah ada lagi ka hotel tu cite lama
ReplyDelete