Mc D di kawasan kediaman kak ana ni ada sekali Mc Cafe, dan tak jauh pun dari rumah. Sini laa port lepak kami malam-malam bila dah boring tak tahu nak makan apa. Selalu kak ana pii dengan suami dan Adik bila hari bekerja, lebih selesa dan tak lah ramai sangat pelanggan. 

Boleh di katakan jarang, kak ana makan menu Mc Donald bila ke sini tapi kak ana lebih suka makan kek dan coffee di Mc Cafe sahaja. Suami dan Adik memang suka lah makan burger atau ayam McD. Hasil gigih kak ana berjaya lah kumpulkan 5 pilihan kek yang ada di Mc Cafe dan try setiap satunya. Yang mana antara kek Mc Cafe antara 5 kat bawah ni yang menjadi pilihan korang?


Kek Mc Donalds Mc Cafe


Kek Mc Cafe Mc Donalds mana yang paling sedap ? 


Mc D Anggun City

Kalau tak silap kak ana, di laman web McD ada nyatakan kek di Mc Cafe adalah dari Secret Recipe. Cuba korang cari betul ke tidak kenyataan ini. Tapi tak mustahillah kan sebab kesemua kek di Mc Cafe McD memang sedap semuanya.

Kak ana dah cuba semua yang ada di outlet McD  Anggun ni, boleh di katakan semuanya pun sedap-sedap. Yang pernah kak ana makan setakad ini adalah Belgium Chocolate Cake, Red Velvet Cake , Classic Cheesecake , yang terbaharu adalah Pandan Gula Melaka Cake dan Apple Crumble Cheesecake. Ni laa hasil cake hunt kak ana dalam sebulan dua ni untuk Mc Cafe.. 


Classic Cheesecake Mc D Mc Cafe


Classic Cheesecake Mc Cafe


Pada peminat cheesecake klasik pasti akan menyukai Classic Cheesecake McD ni. Sedap, cukup lemak manis cream cheese serta crust base yang agak rangup di bahagian bawah. Kak ana tak pasti crust nya daripada apa tapi yang pasti ia adalah biskut. Kalau selalunya Digestive biscuits laa kan. Memang sedap seperti cheesecake biasa yang kita makan di SR rasa premiumnya.


McD Pandan Gula Melaka Cake


McD Pandan Gula Melaka Cake


Sesedap rasa lapisan kek pandan dan cream gula melaka di selangi di bahagian tengah. Topping cream dengan salutan parutan kelapa yang memberikan sentuhan eksotik rasa kuih onde-onde gula melaka pada seluruh kek Pandan Gula Melaka dari McD Mc Cafe ni.

Cuma untuk kak ana yang agak alah dengan rasa manis dari cream gula melaka tu kurang kena dengan selera. Tapi kek pandan tu sedap lembut dan premium kek pastinya. 


Apple Crumble Cheesecake Mc Cafe 


Apple Crumble Cheesecake Mc Cafe


Lapisan cheesecake klasik di bahagian atas tetapi base adalah potongan buah apple yang di jadikan apple crumble di bahagian bawah. Di tutupi crust manis sebagai topping yang tidak mengecewakan peminat apple crumble cake. 

Favourite Adik kerana dia memang suka makan buah apple dan apa-apa dessert dari buah epal. Kalau ke Ikea pun pun di suka makan apple crumble cake atau apple pai di sana. Kalau nak lagi rasa klassik epal tu taburkan serbuk kayu manis kan, baru ada elemen gabungan rasa klasik kek epal, gituew.. Tapi hat ni pun sedap sangat dahdi Mc Cafe..


Red Velvet Cake Mc D 


Red Velvet Cake Mc D


Red Velvet Cake walau di mana pun sajiannya tetap lah rasa dan signature nya red velvet . Pasti kesukaan dan pilihan si penggemarnya. Untuk kak ana di Mc Cafe ni pun sama sahaja red velvet seperti di mana-mana outlet cafe yang lain. 

Cuma ia juga adalah citarasa premium pada kek adunan lemak manis cream cheese di sertakan crust cake sebagai topping. Ianya klasik red velvet cake yang tidak mengecewakan. Sedap seadanya.. 

McD Belgium Chocolate Cake



McD Belgium Chocolate Cake

Save the best for last last kata mat salleh.. tadaaa!!! Inilah dia pilihan kek paling sedap pada kak ana jika makan di McD Mc Cafe. Ermm.. tak tau berapa kali repeat dah dengan McD Belgium Chocolate Cake . Mungkin lah sebab kak ana peminat no 1 kek coklat jadi selera tu lebih kepada chocolate cake pastinya. 

Rasa premium chocolate cake yang paling kak ana suka bila makan di Mc Cafe. Dari kek coklatnya, ganache chocolate dah cukup memukau selera. Cream chocolate layer nya juga pekat dan premium sangat. Jadi pada kak ana inilah pilihan kek paling sedap di Mc Cafe. Korang pula suka yang mana ?

Sangat berbaloi untuk di nikmati mana-mana kek bersama paduan pilihan Perfect Match pada harga yang berbaloi sekitar RM12.99 . Korang boleh pilih antara minuman Iced Late, Ice Americano atau minuman panas Late atau Americano. Memang berbaloi kan.. Jap! ni bukan entri iklan McD tau, hat ni kak ana review seikhlas hati.. 

5 Comments

  1. nanti akan ku cuba yg paling sedap tu

    ReplyDelete
  2. bagi saya semuanya sedap kak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Nampak sedapnya. Kena cuba kek McD nanti.

    ReplyDelete
  4. haruslah terpikat dengan classic cheesecake mcd hihi

    ReplyDelete
  5. belum pernah cuba sebab kalau datang McD mesti akan makan burger. Tapi apple crumble tu nampak menarik lah

    ReplyDelete