Sambungan dari kisah kak ana pii makan Kerang Bakar dan Sotong Goreng Tepung kat Pantai Remis dalam entri yang lepas di SINI , kali ini kak ana nak share juga dengan korang, selain dari makan-makan, tengok laut dan main layang-layang, apa yang best kat Pantai Remis ni ?
Pasar petang hujung minggu kat sini laa.. Kak ana tak pasti sama ada pasar jualan ni ada hujung minggu atau cuti umum sahaja atau pun setiap hari. Sebab kak ana maii sini pada hari-hari cuti sahaja belah petang dan memang meriah pasar jualan di sini.
Ia macam pasar malam laa kekdahnya, jualan makanan, minuman, pakaian, permainan disebelah hadapan dan belah dalam sikit ada pasar basah segar yang jual ikan, aneka jenis siput yang tak pernah tengok pun ada, udang,sotong dan pelabagai hasil laut. Kak ana tak nampak orang jual ayam atau daging di sini semua hasil laut sahaja termasuklah ikan bilis,ikan masin, belacan dan lain-lain.
Pasar penjaja Pantai Remis, Jeram, Selangor
Petang tu Kak ana belikan Adik cempedak goreng kat sini, murah sangat lah pada kak ana 5 ulas cempedak goreng harga dia RM3 sahaja, kak ana beli 10 baru RM6. Puas makan sambil jalan-jalan tepi pantai. Kalau tak kadang-kadang harga cempedak goreng laa nii bukan main mahal, kan. Pernah 3 ulas RM5 kalau tak silap suatu masa dahulu.
Pelbagai juadah ada jual antaranya bakar-bakar bontot ayam, kepak ayam , air minuman tak yah cerita la nak warna warni kehidupan semua ada kat sana, aiskrim, permainan kanak-kanak, pakaian pun ada kut kut baju basah main air laut ke kan....
Ada juga mee jawa,laksa dan aneka lah.. Macam kak ana cakap sama macam pasar-pasar jualan di mana-mana kawasan tarikan pelacongan atau ala-ala pasar malam gitu.Meriah dan menarik laa sambil-sambil lepak tepi batu tengok laut.
Beli siput ,ikan segar Pantai Remis, Jeram, Selangor
Selepas sahaja pasar jualan makanan tu korang jalan ke hadapan sikit nampak lah kawasan jualan Tapak Penjaja Pantai Remis, Jeram, Selangor ni. Kak ana kena mention Jeram, Selangor kerana Pantai Remis ni ada dua, satu di Selangor dan ada juga Pantai Remis yang lebih popular iaitu di Perak.
Pernah sekali kak ana sampai Pantai Remis, Perak .Sama juga seperti di Selangor, Pantai Remis, Perak pun adalah pusat jualan hasil laut juga. Nanti takutlah orang keliru pula kan. Jadi hat yang kak ana cerita ni adalah di Pantai Remis, Jeram, Selangor Darul Ehsan.
Petang tu kak ana lihat pelbagai hasil laut yang kelihatan segar-segar di jual disini. Harga nya pun lebih murah sedikit dari yang di jual di kedai runcit tetapi lebih kurang samadi pasaraya besar. Ini untuk harga udang dan sotong serta ikan lah.
Yang unik nya di Pasar Hasil Laut Pantai Remis ini adalah jualan aneka siput-siput yang kak ana tak pernah tengok sebelum ini pun ada. Antara yang pelik siput anak dara, kemudi kapal dan ale ale . Haa hat tu memang rare. Jangan kata makan dengar nama pun tak pernah...
Petang tu kak ana beli ikan pelaling selonggok cuma RM10 dan bila bawa balik kak ana dapat 19 ekor gemok-gemok dan segar ikannya. Sempat lah kak ana jadikan ikan lengat, simpan dua tiga hari goreng sedap weiii.. Resepinya ikan lengat korang boleh tonton kat bawah ni, senang sangat :
Kak beli juga sotong yang dah siap potong bulat-bulat, harganya sepeket cuma RM10 dan dapat banyak jugalah sempat kak ana jadikan sotong goreng tepung di rumah pula. Menjadi resepi cik nom kakana ikut. Rangup dan lembut tak kenyal isi sotongnya dan masih segar walaupun di jual di dalam pek rendaman dalam air.
Cuma petang tu kak ana nak beli telur ikan, ada juga lah di jual sepeket RM10 juga, tapi kak ana tengok telur ikan tu macam tak berapa segar mungkin sebab dah terendam dalam air kut. Kalau segar ia masih merah dan tegang lagi selaput kantungnya. Telur ikan tenggiri sahaja yang ada kak ana nampak, kalau dapat telur mayong mesti best kan masak asam pedas.
Dari sebesar-besar siput hingga lah yang halus yang mulus macam ale-ale nii, semua ada di jual kat sini. Macam mana nak masak pun kak ana tak tahu la si comel ale-ale ni, memang halus-halus mini lala gitu gayanya. Banyak mana lah isi nye kan nak di makan..
Aneka jenis udang ada jual kat sini, berbeza lah jenis mengikut harga. Kak ana beli setengah kilo udang putih tu RM10 dapat banyak sangat. Best simpan buat stok nak buat coq udang petang-petang atau buat rencah dalam menu masakan. Memang berbaloi beli hasil laut di Pantai Remis, Jeram ni.
Ni pula tiram naa..sekali tengok macam batu kat pantai jer rupanya kan. Ada orang makan tiram juga kat sini, depa kopak tiram, buh sos pedas dan perah lemon makan mentah. Kami tak makan pun.
Kak ana makan tiram kecil-kecil tu pernah laa bila pii food review di hotel-hotel. Memang sedap cuma kena hati-hati makan tiram kat luar ni, takut sakit perut kalau dapat yang tak berapa segar.
Jadi, bagi korang yang tak jauh dengan kawasan Kuala Selangor boleh lah jenjalan ke Pantai Remis, Jeram. Ada pelbagai aktiviti riadah tepi laut, makan-makan dan sebagainya untuk seisi keluarga di hari cuti. Semoga bermanfaat.. In Syaa Allah...
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
3 Comments
Sedapnya dapat makan seafood ;)
ReplyDeleteMurah banyak juga harganya berbanding pasar Sri Gombak tu Kak Ana. Sini kerang RM17/kg. Ialah, dgn kos pengangkutannya lagi kan...
ReplyDeletebermacam jenis seafood kak ana.. bestnya kalau dpt shopping kt sini
ReplyDelete