Ni adik kak ana laa nii punya plan.. Adik dan adik ipar kak ana, nak adakan majlis doa selamat sempena masuk rumah baru depa ni Lumut. Ni merupakan rumah kedua mereka , alhamdulillah.. rezeki mereka sekeluarga. 

Awal-awal lagi dah jemput dan nak kakaknya sekeluarga hadir majlis ni, suami pun dah booking cuti awal-awal. Kami cadang nak hadir dan bermalam di Teluk Intan sahaja lepas majlis, lagipun nak ambil dan hantar abah kak ana,kan.

Tup tup depa dah sewakan homestay sebelah jer dengan rumah depa ni. Bukan tak boleh tidur jer rumah depa tapi ada keluarga besan abah, mak dan ayah adik ipar . Nak bagi kami selesa dan nak juga kami bermalam di Lumut,tu yang adik sewakan homestay sebelah rumah. Kira berjiran lah kami sehari semalam :) 


Homestay 4 bilik di Lumut, Perak


Homestay 4 bilik di Lumut, Perak 


Tertarik sangat dengan dekorasi dalaman, keselesaan dan kebersihan homestay ni, kak ana nak share laa dengan korang. Manalah tau kan, ada pula yang sedang mencari homestay 4 bilik di Lumut berdekatan dengan Manjung dan Segari, boleh lah menginap di sini.

Lokasinya di Residensi PR1MA Segari , Lumut tak jauh dari bandar Lumut berdekatan dengan UniKL dan juga Aeon. Kawasan perumahan baharu yang gated dengan pegawal keselamatan. Rumah baharu jadi tak yah risau memang serba baharu , peralatan dan perabot pun baharu dan moden.

Paling kak ana berkenan kat fluted wall panel decor di dinding bersebelahan tangga rumah ni. Moden kontemporari gaya dekorasi dalaman , tapii kannnn.. boleh pula kak ana tak ambil gambar kat ruang tamu. Adoiyai.... 


Homestay 4 bilik di Lumut , Perak


Jangan korang fikir tak ada sofa dan tv pula rumah ni tau, ada je set sofa moden siap boleh adjust baring lagi dan tv berserta wall frame decor yang cantik dan elegan. Tak pe lain sudut rumah ada kak ana share kat sini untuk tatapan korang. 


homestay 4 bilik Lumut, Perak

Kata adik kak ana, kami lah penyewa pertama untuk homestay ni dan tuan rumah masih dalam proses untuk menambah peralatan dan keperluan rumah dari masa ke masa. Tapi waktu kami stay ni pun dah cukup selesa dan sangat bersih.

Ruang makan , dapur yang moden dan lengkap dengan pinggan mangkuk dan peralatan letrik, 4 bilik tidur , satu di aras bawah dan 3 di aras atas. Di tingkat bawah terdapat sebuah bilik tidur yang cukup luas dengan tandas . Dan di aras 1 pula 3 bilik tidur dan 2 buah tandas berserta family area di tengah-tengahnya. 


homestay 4 bilik di Lumut, Perak


Waktu kami stay sini, cuma bilik tidur utama berhawa dingin dan menurut owner , akan pasang kan lagi penghawa dingin di bilik-bilik lain dalam masa terdekat. Ampa boleh hubungi owner nanti naa tanya sendiri dah ada aircond atau belum kalau korang nak sewa homestay ni.


homestay 4 bilik Lumut, Perak


Foto di bawah ni adalah bilik tidur di aras bawah. Selesa sungguh aih! Abah kak ana tidur dalam bilik ni. Diberikan juga extra toto dan bantal . Bilik mandi dan tandas attached dalam bilik tidur dan boleh juga di akses dari dapur. Kena kunci pintu naa , sat gii ada yang tengah mengalamun kena buka pintu dari dapur pula huhu :) 



homestay 4 bilik Lumut, Perak


Katil kings size ni pula adalah di master bedroom. Cantik nau katil nya dan ada di berikan juga meja dan rak penyangkut baju Mulig, Ikea dalam master bedroom. Kenal lah kan, produk Ikea sebab rumah ni banyak menata rias dengan perabot Ikea. Sama macam rumah kak ana lerr.. suka nau ke Ikea beli perabot bukan apa ia sangat relevan dan mudah nak pasang yang penting berkualiti tahan lama. 



homestay 4 bilik Lumut perak


Master bedroom ni pun luas bebeno keluasannya. Bilik mandi selesa dan ada balkoni kalau nak melangut kat luar petang-petang lihat pemandangan. Tapi tak ada laa nampak laut pula, pokok-pokok ada lerr.. 

Nak tengok laut korang kena pii Lumut Waterfront, Jetty Lumut atau pantai peranginan Teluk Senangin pun tak jauh dari sini. Tak jauh pun dari sini. Kesemua bilik di sediakan tuala dan peralatan mandian. Ada extra toto juga dalam bilik utama ni bagi yang datang ramai.

Homestay 4 bilik di Lumut , Perak


Homestay 4 bilik di Lumut , Perak

Kedua-dua foto di atas ni pula adalah bilik ke 3 dan ke 4. Ada katil super single setiap bilik dan berkongsi bilik air dan tandas. Jangan risau sebab ada toto kan kalau mai ramai boleh tido bentang toto tu dah cukup selesa. 



Homestay 4 bilik di Lumut , Perak


Kak ana percaya tuan rumah akan menambah baik lagi perabot dan kelengkapan homestay ni dari masa ke masa. Maklum lah rumah baharu ye dak, ambil masa untuk di perelokkan lagi walau pun pada kak ana dah cukup selesa dan cantik serta moden.

Jadi kalau ada yang sedang mencari homestay 4 bilik di sekitar Lumut, Manjung dan Segari atas urusan apa pun sekali boleh menginap di sini. Bukan mudah nak dapatkan homestay 4 bilik dan juga landed house macam ni kan. 

Dah dapat rumah selesa , pasti kan kita jaga sama-sama kebersihannya, macam mana kita masuk kemas dan bersih waktu keluarkan kita kemas dan bersihkanlah semula. Ianya melambangkan keperibadian kita sebenarnya. Dalam Islam sendiri mendidik umatnya penting kan kebersihan di setiap aspek. Tak gituew :) 

Korang bolehlah hubungi tuan rumah En Zaki Mat Yusof di talian 013 585 4441 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan homestay ni . Kak ana pun tak tahu berapa harga untuk satu malam sebab adik kak ana yang belanja stay sini. Korang roger-roger lah En Zaki tu naa... Semoga bermanfaat.. In Syaa Allah..


3 Comments