Ikan bawal mas kukus Thai, resepi Khairul Aming
Kak ana sekeluarga suka juga makan ikan bawal mas. Cuma tu laa tak banyak yang dapat di menu kan selain kukus dan bakar . Pernah masak kari dan gulai lemak juga. Tapi rumah kak ana ni, kalau masak kari tu tak laku sangat, anak-anak tak suka.
Selalu bila ada ikan bawal mas, kak ana akan kukus atau bakar sahaja. Sedap lemak manis rasanya , paling kak ana suka part tepi bawah pipi ikan tu, banyak lelemak sana, alangkah nikmatnya.
Kalau dulu, kukus ikan ni terus masuk semua bahan dalam kukus hingga masak. Tapi sekarang, kak ana suka kukus ikut resepi Khairul Aming. Kukus ikan sahaja dengan beberapa bahan kemudian dah masak ikan baru tuangkan sos ala Thai ke atasnya. Ia akan beri kelainan rasa pada ikan yang kita kukus. Jom kak ana sharekan resepi kukus ikan Thai resepi dan style Khairul Aming.
Resepi ikan bawal mas kukus ala Thai
Bahan-bahan dan cara masak ikan kukus resepi Khairul Aming
1 ekor ikan bawal mas- bersihkan dan kelar
halia
serai
daun limau purut
garam
kalau suka sayur boleh letak carrot dan daun bawang
- hiris halia, serai dan daun limau purut, masukkan ke dalam perut ikan dan lumur garam pada ikan bawal mas kita.
- Kukus sehingga masak dalam 10-15 minit. Sementara itu boleh lah sediakan sos atau kuahnya.
Bahan-bahan sos ala Thai
daun ketumbar
bawang putih
cili merah
cili api
2 sudu besar sos ikan
perahan jus 3 biji limau nipis
gula melaka
1 cawan air
- Hiris daun ketumbar
- potong dadu bawang putih , cili merah dan cili api.
- masukkan 1 cawan air ke dalam periuk kecil.
- Masukkan gula melaka dalam secubit, bawang putih, cili api, cili merah, 2 sudu sos ikan dan air perahan jus limau nipis .
- Masak hingga mendidih seketika matikan api dan masukkan daun ketumbar. Tidak perlu garam kerana sos ikan kan dah masin.
Bila waktu menghidang, tuangkan sos Thai ke atas ikan bawal mas yang kita kukus tadi. Sedap sangat resepi Khairul Aming ni. Korang try naa.. mana tahu kena dengan selera ampa.. Selamat Mencuba..
3 Comments
kebetulan dalam peti ais ada juga ikan bawal mas duk fikir2 nak masak apa..sekali blog akak lalu boleh la tiru
ReplyDeleteBoleh cuba nanti. Selalu bawal mas ni saya buat kari.
ReplyDeletewah style baru boleh cuba ni
ReplyDelete