Lama benar dah Adik Ika ajak ibu dan ayahnya ke Pasar Senia atau Central Market , Kuala Lumpur. Memang agak trending juga warga net mengunjungi Pasar Seni kebelakangan ni. Tak tahu laa apa yang depa duk cari kat sini atau sekadar untuk ootd dan content, jer kut yer..

Tapi tak dinafikan, kak ana pun suka ke Pasar Seni ni jalan-jalan cuci mata. Nak beli barang tu tak banyak lah yang ada dalam wish list. Ini kerana Pasar Seni ni merupakan galeri pameran dan jualan seni kraf dan kreativiti anak seni. 


apa yang best di Pasar Seni , Kuala Lumpur


Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur 


Central Market atau CM ni sangat mengembalikan nostalgia silam buat kak ana sendiri. Ada sentimental value lah kiranya bila kak ana kembali mengunjungi nya beberapa minggu lepas. Pernah suatu masa dahulu , selepas habis STPM kak ana berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama wancu di Keramat.

Kerja pertama yang kak ana buat adalah sebagai cashier di Metrojaya Sinar Kota, tak jauh dari Pasar Seni ni dan turun bas mini 20 pula di Bangkok Bank. Kiranya dahulu kawasan kak ana dan sepupu kak ana, Intan lah sebab kami sama-sama kerja dan tinggal di rumah wancu.


Jalan jalan ke Pasar Seni ( Central Market ) KL


Kembali menjejak memori , tak banyak yang berubah tentang Pasar Seni ni. Bangunan lama era kolonial lagi yang mana sejarah awalnya sebuah pasar basah masih teguh berdiri . Interior nya pun masih seperti era 1990an dahulu. 

Ruang pameran yang masih sama dalam konsep kiosk dalaman yang mempamerkan hasil karya seni kreatif dan kraf tempatan. Inilah uniknya Pasar Seni di mana tumpuan pelancong luar negara untuk mendapatkan cenderamata Malaysia.


Pasar Seni Kuala Lumpur


Namun kini seiring arus permodenan waktu, pelbagai hasil kreatif dan kraf moden boleh kita beli dan lihat di sini. Banyaklah hasil seni , aksesori , kraf, pakaian dan sebagainya di pamer dan di jual di dalamnya.

Paling menjadi tumpuan ramai adalah deretan kiosk aksesories hiasan wanita, mengikut trend masa kini dan di sukai oleh anak-anak remaja untuk memakainya. 


Pasar Seni Kuala Lumpur.


Kak ana bertiga tengahari tu ke Pasar Seni dengan menggunakan LRT sahaja. Kami naik di hentian LRT Putra dan turun di stesen Masjid Jamek. Dari situ jalan kaki sekejap dan sampai lah di laman Pasar Seni. 

Mudah dan sesekali nak juga playing tourist di bandaraya KL ni kan. Ada juga kak ana lihat ruang parkir kenderaan di hadapan Central Market ni, tapi kak ana tak pasti berapa kadar bayarannya. 



Central Market Kuala Lumpur


Pasar Seni ni ada 3 ruang pameran dan jualan, yang pertama di bahagian belakang luar di mana kat sini lebih kepada hasil seni lukisan dan lakaran kanvas, beg dan sebagainya. Yang kedua ruang dalam berhawa dingin Pasar Seni itu sendiri yang terdiri daripada shop lot kekal serta deretan kiosk .

Di aras atas adalah medan selera untuk makan dan minuman serta shop lot jualan lebih kepada pakaian. Dan si bahagian tepi sebelah luar ruang terbuka Pasar Seni tu ,  di kenali sebagai Kasturi Walk lebih kepada flea market atau bazar jualan . Kat sini adalah buskers, kiosk makanan dan minuman dan sebagainya. 


Kasturi Walk , Pasar Seni KL


Meriah setiap hari kini Pasar Seni di kunjungi pelancong luar dan dalam negara dan warga kota sendiri. Bagus juga kan hidupkan semula kegemilangan Pasar Seni selepas era pendamik yang lalu. 

Kak ana kongsikan kat sini beberapa sudut yang sempat kak ana rakam kan buat mereka yang tercari info apa yang menarik di Pasar Seni atau Central Market , Kuala Lumpur.


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Lot Asli Craft ni seingat kak ana antara yang paling lama bertahan kat Central Market ni, dari tahun 1990an dulu lagi dah ada ,waktu kak ana kerja di Sinar Kota tu. 

Dulu kalau lunch hour nyempat tu makan kat Sinma atau di CM ni. Gigih menapak jalan kaki, waktu tu mana lah ada grab , yang ada bas mini, bas Srijaya dan teksi, pilihannya menapak la ke sini , tak jauh pun :) 


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Dah tak ada dah trend yang tulis nama kat kayu atau ceramic tu kan, kalau dulu maii sini wajib lah beli tulis nama kemudian jadikan keychain atau rantai atau gambar pun boleh. Laa nii ada satu kiosk sahaja kalau tak silap kak ana yang masih jual produk macam tu.


Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Seronok sangat dapat kembali ke Pasar Seni ni sambil mengimbas nostalgia, sambil melihat hasil seni kraf dan kreativiti zaman kini. Seni tidak pernah berakhir. Jangan tak beli, kak ana sempat beli 2 helai kain batik sarung di aras atas dan kami makan nasi ayam dan minuman di medan selera.



Jalan jalan di Pasar Seni ( Central Market ) Kuala Lumpur


Lepas tu kami jalan pula ke kedai bunga viral Petaling Street yang seberang jalan sahaja dari Pasar Seni, nanti kak ana tuliskan entrinya. Pas tu menapak ke Dataran Merdeka, cadang nak makan di KLSG cafe viral tu tapi waiting hours nya 1 jam 30 minit. Tak jadi terus patah balik ke stesen LRT Jamek dan balik makan di Sunway Putra. 

Di sekitar Pasar Seni ni banyak juga cafe-cafe viral cuma tu lah banyak yang tidak mempunyai pensijilan Halal, dari was-was kami ambil keputusan untuk tidak makan. Sekadar dessert atau minuman tu boleh la lagi namun bila melibatkan lauk pauk ni amatlah meragui. Hati-hati naa dalam memilih cafe viral ni.. Semoga kita semua di lindungiNya dari terlibat dengan yang haram dan meragukan, aamiin... 

5 Comments

  1. menarik jugak pasar seni ni ya. nk tgk part bunga2 kak ana

    ReplyDelete
  2. Dah lama saya tak jejak kaki ke Pasar Seni KL ni. Rindu jugak nak pergi sana. Best shopping situ

    ReplyDelete
  3. pasar seni menghimpun karya seni kreatif indah kak suka lukisan ja

    ReplyDelete
  4. Sy suka nak ke sini tiap kali pergi KL tapi susah nak cari parking.

    ReplyDelete
  5. dah berpuluh tahun tak ke sini, dulu masa student sini la tempat lepak saya

    ReplyDelete