Sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab 1444H dah laa nii.. menghampiri bulan puasa buat kita umat Islam seluruh dunia. Bila masuk Rejab bermula lah persediaan kita menambah amal ibadah bagaikan praktis nak pulun di Ramadan kelak, In Syaa Allah..

Itu bab sentuhan rohani pengisian jiwa dan selain itu kita juga nak puasa ni pasti lah dah mula fikir menu santapan keluarga untuk sahur dan iftar Ramadan. Buka puasa tak jadi masalah sangat cuma bab sahur ni agak perlu untuk cari apa yang mampu buka selera di hening subuh.


sambal bilis


Inilah nak share dengan korang, baru-baru ni kak ana beli lah sambal bilis dari adik sepupu ipar , eh macam mana ye nak sebut , isteri sepupu kak ana, alaa kira sepupu laa senang kan. Nurul ni orang Ganu, cantik sangat tau isteri sepupu kak ana nii, beruntung laa alang dikurniakan isteri yang cantik dan pandai serba serbi pula tuu. 

Selalu kak ana tengok di status Nurul duk update sambal bilis kering dan juga sambal bilis padu basah gini. Depa duk Manjung jadi senang nak dapat ikan bilis segar dan berkualiti laa kan. Dan terhasillah Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen nii.

Sambal bilis sedap, Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen 


sambal bilis Nuyu's Kitchen


Memang sedap korang. nii bukan paid review tau, kak ana beli makan sendiri dan nak share dengan ampa semua. Ni kalau buat makan sahur memang laju laa nasi goreng sepinggan, In Syaa Allah. Tak terlalu pedas, tak terlalu berminyak dan yang penting memang ada ikan bilis dalam sambal tu. 

Makan sebagai sambal dengan nasi dan ulam-ulaman pun teramat lah padu uollss... Kak ana mudah dah nak hidangkan makanan dengan adanya sambal segera macam ni. 

Nanti nak repeat buat stok sahur pula sebab macam kak ana bagitau tadi, ia tak terlalu pedas jadi sesuai untuk makan sahur. Ni kalau buh dalam bubur nasi pun paduuu laa kan. 



Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen


Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen ni boleh tahan lama, lepas makan ampa simpan dalam peti sejuk. Pas tu kalau nak makan bawa keluar awal-awal ceduk dan makan dengan nasi goreng ya amat lah sedapnya. 

Di pek dalam botol kaca dan boleh jer pos seluruh Malaysia , In Syaa Allah. Kak ana beli pun melalui pos juga selamat sampai di balut kemas. Sebotol ni cuma berharga RM15 , berbaloi dengan harga dan keenakkan rasanya.



Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen


Kak ana tak dak nak cerita panjang sangat nanti over rating pula kan huhu :) . Tapi kalau korang suka makan sambal-sambal gini, boleh lah cuba sendiri kesedapan  Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen. Sesedap rasa dan sangat kena dengan selera kak ana yang kurang makan pedas melahang. 

Faktor usia ni agaknya, gastrik teramat teruk tapi selera nak juga makan sambal-sambal gini. Jadi dapat menikmati  Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen , Alhamdulillah kena dengan tekak kami sekeluarga. Suami dan Adik Ika pun suka makan habis dah laa sebotol dalam masa seminggu ni kami duk ulang sikit-sikit, sayang nak habis kan...


Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen


Kalau korang nak try sendiri boleh lah whatsapp Nurul di nombor yang tertera kat botol tu ,  Sambal Bilis Padu Nuyu's Kitchen  - 018 8744405 . Nurul masih buat mengikut tempahan sahaja dan belum ada ready stok. Maknanya korang akan dapat sambal yang fresh tanpa pengawet laa kan.

Maklum lah Nurul buat sendiri di rumah secara kecil-kecilan. Semoga dengan izinNya satu hari nanti, Nurul akan lebih berkembang dalam perniagaan sambal bilis.. Aamiin. 

1 Comments