Dalam entri kak ana yang lepas, kisah playing tourist ke Central Market atau Pasar Seni, ada kak ana cerita Adik Ika nak sangat ke kedai bunga segar yang viral di tiktok tak jauh dari Pasar Seni ni sahaja. Memang viral sungguh kedai bunga di kawasan Petaling Street ni, ramai remaja lah khasnya gegadis yang datang sini beli bunga segar dan paling famous adalah baby breath. 


kedai bunga viral tiktok dekat Pasar Seni

Waktu di Pasar Seni lagi kak ana tengok ramai lah aweks yang usung setangkai bunga baby breath ke sana sini. Dah macam sinonim lak kalau ke Central Market wajib pii sekali kedai bunga Lee Wah Florist kat Petaling Street ni. Maklum lah trending katanya, viral-viral ni memang jadi ikutan ramai kan. Tapi okay je sebab benda baik jer pun, beli bunga kan.. 


kedai bunga viral tiktok


Kedai bunga viral Lee Wah Florist, Petaling Street 


Seperti dalam entri Pasar Seni yang lepas, kak ana agak familiar dengan kawasan Pasar Seni dan sekitarnya ni berdasarkan pengalaman pernah kerja di sekitar sini suatu masa dahulu. Struktur jalan dan bangunan di sini masih sama tak banyak pembangunan baharu kerana keluasan kawasan yang padat dan terhad.

Dari Menara Maybank, Puduraya ( laa nii tukar nama dah kan ... ), Sinar Kota, Kotaraya, Petaling Street, Klang Bus Stand hinggalah ke Pasar Seni dan Dayabumi. Masih sama seperti dahulu cuma banyak yang di permodenkan dan dilengkapi lingkaran pengangkutan awam yang baharu khasnya LRT.



kedai bunga viral Lee Wah Florist Petaling Street dekat Pasar Seni


Lokasi kedai bunga viral Lee Wah Florist, Petaling Street


Waktu kami makan di medan selera Pasar Seni, kak ana suruh Adik Ika Google Map kat mana kedudukan kedai bunga Lee Wah florist ni. Bila dapat gambaran dekat kawasan mana celah-celah Petaling Street jadi mudah nak tuju.

Rupanya amatlah dekat sangat dengan Pasar Seni. Korang cuma jalan keluar dari Kasturi Walk tu ke kiri sikit sahaja, ada lampu isyarat dan lintas di sana sampai lah ke deretan kedai lama Petaling Street atau pun alamat tepatnya No 129, Jalan Tun HS Lee, KL.


kedai bunga viral Lee Wah Florist Petaling Street dekat Pasar Seni


Masyaa Allah.. sampai je depan kedai bunga, punya lah ramai anak-anak gadis remaja kat sini. Dengan pakaian hijabista masing-masing dah ready nak ber ootd dengan bunga depa nii. Cantik-cantik sangat di mana kak ana tengok warna trending nude colour yang depa gayakan. 



kedai bunga viral tiktok Lee Wah Florist


Bunga pilihan depa kebanyakannya adalah setangkai baby breath putih macam dalam foto kat atas ni. Murah sangat satu pek setangkai tu cuma RM6. Kadang-kadang depa beli untuk trend dan posing sahaja, cukup lah dapat setangkai kan. 

Adik Ika pun beli dua pek satu baby breath putih untuknya dan satu lagi baby breath pink untuk kak long. Ingat juga dekat kakaknya ye. Cuma korang kena pilih elok-elok lah, takut dapat tangkai yang patah dalam plastik tu, maklum lah ramai sesak juga kat kawasan baby breath ni mau ada yang terlanggar dan patah, kan rugi. 


kedai bunga viral Lee Wah Florist


Untuk pengetahuan korang, bunga baby breath segar ni boleh tahan agak lama sehingga 10 hari masih segar. Tak perlu rendam dalam air pun. Dan kemudian korang boleh keringkannya sebagai bunga hiasan dan tahan bertahun juga kalau nasib baik.

Kat sini juga ada di jual dried baby breath , kak ana beli satu bouquet cuma RM30 sahaja, murah sangat berbanding beli di kedai deko Objet di jual pada jumlah yang agak sama pada harga RM49.90. Kak ana suka juga pada dried baby's breath ni sebagai dekorasi ruang gaya esthetic masa kini kan. 

Satu lagi cara korang boleh keringkan dalam buku tebal nanti akan terhasil dried baby breath yang korang boleh frame kan ia atau jadikan penanda buku. Itu pun kalau korang baca buku laa kan :) 




Ada juga di jual aneka jenis pampas di Lee Wah florist ni, untuk yang mencari pampas. Aneka jenis pelbagai pilihan dan harga pun lebih kurang sama dengan Shopee. Lagi best boleh pilih depan mata laa kan, kalau dah sampai sini. 


lee wah florist petaling street


Ada puluhan jenis bunga-bunga segar dari luar negara yang di jual disini. Ada satu ruang bilik sejuk khas untuk bunga-bunga luar negara dalam kedai ni. Cantik sangat bunga-bunga luar negara seperti pelbagai jenis bunga lily yang cantik-cantik dan warna warni, kekwa, roses jangan cakap laa dan macam-macam lah fresh flower yang ada kat sini.





Nii kalau dekat lah dengan rumah kak ana, mahu tiap minggu kak ana beli dan hias rumah dengan fresh flowers ni meja makan. Kat sini ada di jual dalam bentuk kuntuman bunga segar, ada juga dalam plastik 10 kuntum  atau pun ada juga sebagai flower arrangement hand bouquet. 


kedai bunga viral Lee Wah Florist, Pasar Seni






kedai bunga fresh flowers


Amacam.. syok tak layan foto-foto fresh flowers yang sempat kak ana rakamkan untuk korang semua. Memang heaven sangat kan khususnya peminat bunga macam kak ana nii. Dan kat bawah ni laa kedai Lee Wah Florist yang viral tu, deretan kedai lama berhadapan Pasar Seni sahaja lokasi nya di sekitar Petaling Street. Memang hipstur habis kan. 


kedai bunga viral Pasar Seni

Jadi kalau korang jenjalan Central Market, antara yang wajib korang singgah adalah kedai bunga ni laa kan.. kemudian pii pula ke Dataran Merdeka jalan sikit dari LRT Jamek tak jauh sangat. Alaa kak ana yang sakit kaki pun boleh jenjalan korang muda remaja mesti boleh punya. 

Kat sana ada satu lagi tempat viral iaitu KLSG Bakery cafe, kami sampai dah sana tapi waiting hours dia kena tunggu 1 jam 30 minit, kami tak jadi laa nak tunggu. Balik semula ke Jamek LRT dan makan dan solat Zuhur di Sunway Putra. 

Selalu kak ana nak ingat kan anak-anak remaja dalam cafe hunting cafe-cafe hipster dan viral ni pastikan sajian menu depa adalah halal naa.. Ini kerana kebanyakan cafe tidak mempunyai sijil Halal dan bukan muslim owner. Hati-hati sebelum menjadi darah daging ... Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.. In Syaa Allah... 

3 Comments

  1. wahh cantiknya bunga2...Cuya tak pernah beli fresh flower utk diri sendiri...hahaha

    ReplyDelete
  2. cantik2 laa. nak kena pergi jugak ni nnti

    ReplyDelete
  3. Wahh cantiknya.. bestnya sape yanb boleh pergi sana tu

    ReplyDelete