Bulan lepas, banyak juga kak ana hadiri undangan majlis perkahwinan kawan-kawan suami . Bila ada kesempatan, kami santuni undangan, kerana faham sangat macam mana rasa bila jadi tuan rumah. Majlis akad nikah dan resepsi kak long pun belum lagi kak ana terbit kan. Dah dekat enam bulan dah majlis berlangsung, lahaiii...

Tak pe lah, hari ni kak ana nak kongsikan majlis resepsi anak jiran dan juga rakan sepejabat suami, Marina sekeluarga. Marina sambut menantu kedua, dan di adakan di Mawar Banquet Hall atau sebelum ni dikenali sebagai Mawar Coffee House, World Trade Centre,KL ( dulu PWTC ).


Resepsi perkahwinan di WTC KL 


resepsi perkahwinan di WTC KL


Alhamdulillah meriah majlis bertema kan putih untuk keluarga depa la. Bila bercakap tentang WTC KL ni, yang paling kak ana suka pastilah hidangan juadahnya. Bertaraf 5 bintang laa katakan, WTC tak boleh challenge bab menu. 


majlis perkahwinan di WTC KL

Dari menu utama hinggalah pencuci mulut semua pun sedap-sedap. Kak ana memang selalu makan kat sini. Adalah sebab kenapa kak ana selalu makan sini.. hehehe :) Tapi memang sangat kena dengan selera kami sekeluarga termasuk lah hidangan di majlis Marina ni. 


majlis perkahwinan di WTC KL


Dewan majlis di dekorasi simple dengan table setting fine dining. Hidangan secara buffet dan ada beberapa stall untuk hidangan sampingan. Tak pusing habis pun,kak ana ambil dari buffet yang terdekat dengan meja sahaja. 



Kami pii berdua sahaja dengan suami. Majlis laa nii memang selalunya kami pii berdua. Adik dah tak nak ikut sangat. Pengantin lelaki tu pun, rakan satu sekolah dengan Adik dan dia kenal gitu-gitu jer katanya.  Selesai makan, sempat lah tengok pengantin bersanding dan ada acara persembahan keluarga. 




Jumpa Marina dan suami, salam kaut dan di berikan goodies ,kami pun balik jenjalan sat di Sunway Putra Mall sementara singgah zohor sana. Alhamdulillah.. terima kasih atas jemputan dan semoga pasangan mempelai di berikan keberkatan dan berbahagia hingga ke syurgaNya, Aamiin. 



4 Comments

  1. Gambar pertama tu, pajeri terung ke, Kak Ana? Terliur sungguh la kita melihatnya. Koci tu pun menggoda juga. Sebab tu kalau orang jemput wajib datang kan, tuan rumah risau tu.. semoga rumahtangga yg dibina kekal hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  2. Sebulan yg lepas rasanya, banyak sangat kenduri kawin di kg.. sampai dua tiga tempat satu hari...

    ReplyDelete
  3. duk tertunggu2 juga ni kak ana entry resepsi kaklong hehe

    ReplyDelete