Dalam entri kak ana yang lepas, kann ada kak ana share pasal makan satay Pak Wan yang gemoks, saiz besar dan sedap sangat tuu kan. Kak ana beli 50 cucuk sahaja, makan berlima sekeluarga pun tak habis. Kenyang masing-masing tak habis sorang 10 cucuk. 

Ada lebih 12 cucuk satay ayam, hat satay perut habis laa sebab kak ana beli 10 cucuk jer buat ghaso ghaso kata kan. 12 cucuk satay ayam tu kak ana isi dalam bekas tapau dan simpan dalam peti sejuk. 

Pagi tu kak ana masak nasi goreng, ambil satay semalam dan jadikan lauk kawan makan dengan nasi goreng kak ana. Maka terhasillah satay goreng kicap , menu recycle.. Korang boleh guna idea nii nanti waktu bulan puasa. Kan selalu buka puasa beli satay, kalau tak habis malam jadikan menu sahur. Sedap tau ! 



menu recycle satay ayam


Jom kak ana share dengan korang cara nak buat satay goreng kicap ni. Mudah ya amat.. Bahan pun semua ada kat rumah korang olah lah ikut selera masing-masing. 


Menu recycle satay goreng kicap 


Menu recycle satay goreng kicap


Bahan-bahan satay goreng kicap 

Kena ada satay laa kan - korang relaikan satay dari lidinya

Bawang besar - potong bulat 

Cili api atau cili merah - hiris halus

Kicap manis - kak ana guna kicap Mudim merah 

Daun sup atau daun bawang 

Tomoto - hiris kasar 


Cara nak buat satay goreng kicap :

1. Tumiskan satay dalam sedikit sahaja  minyak kerana satay dah berminyak cukup dah. Kena jaga gak jangan terlalu banyak minyak dalam menu masakan kita.

2. Masukkan bawang,cili api dan tomato, goreng hingga layu. Tomato tu untuk beri rasa masam-masam sikit sebab satay tu manis-manis dah kan. Kalau korang tak buh pun tak apa.

3. Masukkan kicap manis, tak perlu buh garam dah tau. Ini kerana semua rasa dah ada pada satay tadi tuu.

4. Matikan api taburkan daun sup atau daun bawang sebagai pelengkap rasa. Siap dah. 

Korang makan lah dengan nasi putih atau nasi goreng atau bubur nasi pun sodap nii. Cuba naaa... Semoga bermanfaat dan tak mau membazir makanan, Tuhan tak suka kalau kita membazir... 

4 Comments

  1. aah la kak mmg selalu sangat asal beli satay je tak habis,sebelum beli rasa tak cukup

    ReplyDelete
  2. yes..kolin mmg kaki recycle. Tiada yang dalam tong sampah wei.. syg

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sate goreng kicap kak Ana.
    Saya biasanya cuma campur dalam nasi goreng.

    ReplyDelete
  4. sedapp..Cuya pon selalu makan leftovers

    ReplyDelete