Raikan 3 pasangan pengantin adik beradik di Ummi Farsha Banquet Hall
Alhamdulillah.. tiga beradik sekali bersanding. Unik sangat pada kak ana majlis resepsi yang kak ana hadiri kali ni. Memenuhi jemputan bekas rakan sekerja suami dan kak ana sendiri, Abang Nan dan isteri yang berlangsung penghujung Januari 2023 yang lalu.
Dalam majlis ni, tiga anak-anak abang Nan berkongsi satu pelamin tersergam indah di Ummi Farsha Banquet Hall, Sungai Choh, Rawang. Atau kalau ikut map ia di Serendah.
Ummi Farsha Banquet Hall, Sungai Choh
Banquet hall ni selalu gak kami lalu lalang di hadapannya kalau dalam perjalanan dari Rawang ke Bukit Beruntung, terletak berdekatan dengan stesen minyak Caltex, Sungai Choh tu sahaja.Walaupun dari luar ia merupakan khemah besar nampak biasa sahaja,namun malam tu kami masuk tak kurang cantik juga dekorasi dalaman wedding hall ni.
Cuma kalau dapatlah di naik taraf jalan dan di bahagian hadapan hall lagi nampak kemas dan selesa untuk pengunjung. Sebab majlis tersebut berlangsung malam , ia agak gelap dan jalan berlopak air, tapi ada anggota Rela yang bertugas mengawal kereta masuk.
Waktu majlis gini lah dapat bersua kembali kawan-kawan sekerja yang pernah sama-sama berkhidmat waktu kami masih muda remaja dahulu, cewahhh! Dapat lah jumpa kawan-kawan lama dari pelbagai department bersama isteri atau suami masing-masing.
Begitu lah di setiap kesempatan waktu yang di berikanNya, di setiap ruang yang ada jalinkan silaturrahim sesama kita. Terima kasih atas jemputan dan di doakan semoga pasangan mempelai kesemuanya dikurniakan jodoh hingga ke akhir hayat dan berbahagia meniti ke syurgaNya jua, aamiin.
1 Comments
selamat pengantin baru...cantik semua mempelai
ReplyDelete