Lama dah kak ana mengidam nak memakai seutas jam tangan pintar atau smart watch. Selalu nampak kat billboard setiap kali memandu di jalanraya, macam memanggil-manggil sangat untuk kak ana menggayakannya. 

Beberapa bulan lepas, kak ana dan suami pi mall dan singgah di beberapa outlet menjual smart watch tapi kebanyakkannya untuk lelaki. Last-last birthday suami yang lepas, kak ana hadiahkannya seutas jam tangan smart watch. Dia pula yang dapat dulu dari kak ana sendiri. 

Tak boleh jadi ni. kak ana nekad nak juga ada satu untuk self rewards diri sendiri. Tapi kak ana nak cari yang feminin style laa, maklum lah gaya keanggunan wanita gitu. Dan warna kesukaan kak ana pula purple, soft purple ala-ala lilac. Payah gak nak jumpa.


Kieslect Lady Calling Watch LORA


Hinggalah terpandang di paparan rakan blogger di sosial media nya, punya lah terpikat dengan smart watch warna purple soft yang dia pakai. Try tanya dia, jenama apa smart watch tu.. Yess!! Jumpa dah idaman hati, seutas jam tangan pintar atau smart watch yang cukup elegan untuk wanita .. Taadaa!!!

Kak ana dapat juga akhirnya menggayakan seutas jam tangan pintar tetapi dengan gaya elegan dan feminin. Tak lain tak bukan Kieslect Lady Calling Watch  Lora . Wahh.. habis hati dah nii.. tak berlekang dengan cik LORA ni kemana sahaja sebagai peneman setia. Bagus Kieslect Lady Calling Watch  Lora ni, banyak membantu urusan harian kak ana berjalan dengan baik.. Ni nak share dengan korang niii...


Kieslect Lady Calling Watch Lora


Cantik tak smart watch kak ana, jam raya gituew.. Macam kak ana cakap awal tadi laa, terpikat pada warna purple jam Kieslect Lady Calling Watch  Lora . Usah risau, kalau korang tak suka purple, Kieslect Lady Calling Watch  Lora nii ada juga dalam warna pilihan gold dan pink . Ermm.. semua pun warna kesukaan wanita kan, kerana Kieslect Lady Calling Watch  Lora ni memang di reka khas buat kita wanita yang mementingkan gaya. 

Jam tangan Kieslect Lady Calling Watch  Lora yang kak ana pakai ni juga di datangkan dengan dua pilihan tali jam. Satu jenis  Quick Release Magnetic Strap gaya lebih sporty dan satu lagi untuk gaya anggun tali berwarna keemasan. 


Kieslect Lady Calling Watch LORA


Perempuan kan cepat jemu dan suka bergaya mengikut tema pakaian, lagi best Kieslect Lady Calling Watch  Lora ni, kita boleh pilih sehingga 6 paparan muka jam di bahagian setting mengikut pilihan hati dan gaya pakaian. Dan boleh juga customized kan dengan gambar sendiri di aplikasi Glory Fit untuk pelbagai tetapan pada jam tangan.



Kieslect LORA


Hanya perlu muat naik aplikasi GloriFit dari Google Play atau Apple Store ke  phone dan segala tetapan atau setting serta registration di lakukan di situ. Termasuklah menjawab panggilan telefon, mendengar lagu dari playlist music yang korang save. Inilah namanya smart watch yang boleh menggantikan smart phone kita dengan lebih bergaya. 

Cantik semua pilihan untuk paparan display atau muka jam tangan Kieslect Lady Calling Watch  Lora ni. Kak ana tak sempat lagi nak customized kan design logo Anajingga dalam tu. Sat nanti dah siap kak ana share kat Instagram naa.. follow tau.. 



Jam tangan smart watch Kieslect LORA


Selain daripada penggunaan strap atau tali Quick Release Magnetic Strap, permukaan jam adalah dari  Fadeless Aluminum Case yang tahan lasak serta permukaan muka jam yang anti-calar. Sebab tu lah ia tahan lasak dan boleh jadi peneman kita ke mana sahaja 24 jam sehari. 


Jam tangan Kieslect LORA


Paparan muka jam dengan paparan 3D yang boleh zoom out untuk memberikan pandangan yang lebih jelas dengan 3D Full View Colorful Display bagi setiap panel paparan task jam. Jadi sesuai sangat nak pakai siang atau malam, semua pun jelas di pandangan. 



Kieslect LORA smart watch


Serius memang terlalu banyak function di dalam sebuah smart watch yang elegan dan sporty dengan gayanya. Boleh di katakan ia mampu menggantikan pelbagai peranti dalam masa yang sama kak ana mampu bergaya mengikut citarasa. 


Kieslect LORA smart watch

Antaranya Kieslect Lady Calling Watch  Lora ni mempunyai paparan SOS, Quick Message Reply, Flashlight, Weather Forecast, Timer, Alarm, Stopwatch, Culculator, Find Phone dan pelbagai lagi lah. Korang kena explore sendiri, sebab kak ana pun ambil masa nak berkawan baik dengan cik LORA ni.. Sekarang dah jadi teman siang dan malam. 

Terpaling penting untuk wanita di usia kak ana ni , Kieslect Lady Calling Watch  Lora sebagai PA atau pembantu peribadi dalam urusan Female Menstrual Reminder . Huhu .. penting sangat ni , seronok bila dah ada tukang kira atau tukan peringat tarikh penting bagi wanita. Legaaa sangat... 


Kieslect LORA


Dah laa sebagai teman berfesyen, rakan baik dalam urusan harian malahan senang untuk mengawal kesihatan jasmani kak ana juga dengan adanya Kieslect Lady Calling Watch  Lora. Riadah dan senaman ringan di awal pagi penting untuk menjaga kesihatan. Laa nii dah ada trainer atau jurulatih peribadi bersama. 

Kieslect Lady Calling Watch  Lora ni hadir dengan mode 70 jenis latihan sukan seperti berlari , cycling, skipping, badminton, tenis, berjalan dan banyak lagi termasuklah penjagaan kesihatan seperti kiraan kalori dan bilangan jejak langkah atau step counts.



Malahan untuk mempastikan kita cukup sihat setiap hari, Kieslect Lady Calling Watch  Lora juga mampu membaca bacaan SPO2, Heart Rate, hinggakan mengawal tidur dengan Sleep Monitoring. Boleh juga berhibur sambil riadah tu dengan sambungan ke playlist telefon mendengar lagu secara  High Definition Music Playlist on Wrist .


Kieslect LORA


Sebab itu lah kak ana katakan Kieslect Lady Calling Watch  Lora adalah PA kak ana sepanjang hari kini. Kemana sahaja kami bersama, sebagai pengawal peribadi dan teman setia. Peneman waktu memandu kerana Kieslect Lady Calling Watch Lora mempunyai daya sambungan Bluetooth 5.2 yang cukup stabil, membolehkan menjawab panggilan dengan jelas di paparan skrin 'pick up calls'  dengan speaker & mic yang cukup jelas. Best sesangat... 


Kieslect smart watch


Kieslect Lady Calling Watch Lora mempunyai  2-in-1 Core calling chip yang merupakan cip terhebat yang berada tempat ketiga di dunia. Bermakna penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah berbanding cip dwi, baik untuk  menjimatkan terutama hayat bateri. Untung kan,  Kieslect Lady Calling Watch Lora kita boleh merasai pengalaman panggilan pantas, stabil dan cekap tenaga.


Kieslect  LORA


Yakin kan dengan jenama ni kerana ia telah  diperkenalkan pada tahun 2017 dan  memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara. Bukan itu sahaja,  jenama Kieslect Lady Calling Watch  Lora telahpun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wayarless) terkemuka bagi menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan pintar yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan. Tidak hairanlah semua produk dibawah jenama Kieslect Lady Calling Watch  Lora diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.



Rangkaian smart watch Kieslect Lady Calling Watch  Lora dapat memenuhi citarasa pengguna dengan menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya  dengan pelbagai fungsi, memberi penekanan  kualiti, utiliti serta reka bentuk  dan tidak hairanlah jenama ini telah dapat pengiktirafan antarabangsa. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. 

Antara koleksi smartwatch Kieslect selain Kieslect Lady Calling Watch  Lora adalah seperti Kieslect Calling Watch Ks, Kieslect Calling Watch Kr Pro dan  Kieslect Calling Watch Kr




Secara peribadinya, kak ana sangat seronok memiliki sebuah smart watch idaman hati yang bukan sahaja mampu menjadi gaya fesyen mengikut citarasa gaya semasa, malahan ia bagaikan kawan baik yang sentiasa menemani dan menjaga kesihatan dan kecerdasan kak ana. Beruntung sangat memiliki cik LORA ni dan akan sentiasa ada bersama kak ana setiap masa dan di mana sahaja. Terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan kak ana kepada Kieslect Calling Watch Lora yang cantik dan smart sangat ni.. 





Untuk korang yang berminat sama memiliki seutas jam tangan jenama Kieslect Lady Calling Watch  Lora jom layari mana-mana pautan yang kak ana berikan di bawah . 


Kieslect Official Platform Jualan:

Kieslect Lady Calling Watch  Lora 
 discount rm5 voucher: KIESLORA 

 Kieslect Calling Watch Ks
Bonus Discount Rm10 voucher: KIESKS 

Siapa cepat dia dapat!! 

Kieslect Official Platform Media Sosial:

*Untuk jaminan dan kepuasan pelanggan , KIESLECT menawarkan  jaminan gantian selama setahun. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan unit yang serba baharu. Walau bagaimanapun, ianya bergantung sekirang  produk tersebut rosak kerana kesilapan pengguna maka KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya


#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness









2 Comments