Air teh bunga longan resepi Khairul Aming
Musim panas lit lit sungguh laa nii kan... kak ana doakan kita semua sentiasa di dalam perlindungan Allah swt dari segala keburukan, aamiin. Cuaca kebelakangan ni agak tak menentu juga, ada kala tengahari panas terik dan belah petang pula di turunkanNya hujan lebat dan ribut petir.
Bila bercakap bab cuaca panas ni, kak ana rasa dah bergelen air sehari duk minum. Dahaga kering tekak manjang. Syukur lah kan, masih ada air untuk mandi dan minum. Ada sesetengah tempat tu langsung dah kemarau kering.
Sebenarnya resepi air teh bunga longan Khairul Aming ni dah lama dah kak ana buat, waktu bulan puasa dahulu lagi. Nii laa baru rasa nak update di blog. Sepanjang Ramadan agak terbatas sangat entri yang dapat di terbitkan.
Resepi air dak Khairul Aming ni memang semua sedap-sedap sokmo. Rugi kalau tak dapat cuba sendiri termasuklah resepi teh bunga ni pada kak ana yang paling win. Sedap sangat, minum pula time cuaca panas-panas gini kan, teramatlah menyegarkan..
Air teh bunga longan resepi Khairul Aming
Nak buat pun mudah sangat, beli sahaja bahan-bahan, curah dalam mangkuk berisi ais dah siap sebagai minuman menyegarkan diri dan minda. Meh kak ana kongsikan semula bahan-bahan Air teh bunga longan resepi Khairul Aming.
5 Comments
Air viral ni dlu kan kak ana tp sy xde try.. minum air manis biasa je ms buka puasa... tp gabungan teh bunga dan longan tu dgn masam limau lg dh tau dh sedap
ReplyDeletehhahaha mmg jd sebutan musim2 raya ni... shedapppp!!
ReplyDeletesedappp... ada jugak buat 2-3 kali masa bulan puasa baru ni
ReplyDeletebuat masa puasa hari tu. sedap betul air ni
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin utk Kak Ana sekeluarga 🌜⭐
ReplyDeleteBuat utk open house pun best ni...