Baraka Allahu lakuma.....Wa baraka 'alaykuma......Wa jama'a baynakuma fi khayr... Selamat pengantin baru buat pasangan Nazirah & Haziq. Puteri ketiga jiran kak ana Abang Chef Zam dan kakak kesayangan kak ana Kak Ani. 

Lama kami berjiran dan bersaudara dari sama-sama di Keramat hingga lah kini berjiran pula di kediaman kini. Suami pun sama tempat kerja jadi amatlah rapat bagai kan saudara sendiri. Ini majlis resepsi anak perempuan mereka puteri ketiga dari 5 orang putera puteri nya.




Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL 


Tanggal 13 Mei 2023 bersamaan 22 Syawal 1444H, di sebelah pagi telah berlangsungnya majlis akad nikah kedua mempelai di saksikan oleh saudara mara terdekat. Dan mulai jam 12 tengahari di sambung pula dengan majlis resepsi yang serba indah dan gemilang.


Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL


Di sambut mesra keluarga pengantin perempuan dalam tema serba lilac di pintu utama dewan Tun Dr Ismail, WTC KL. Di tengah dewan tersergam indah dalam pilihan warna putih bersih pelamin menanti kehadiran raja sehari naik bersanding di singgah sana.


Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL


Kak ana hadir bersama suami, Kak Long, Aiman dan Adik Ika menyantuni jemputan dari Abang Chef Zam dan Kak Ani. Kalau ke resepsi WTC ni yang paling tak boleh celen kata orang utara, pasti lah menu-menu sajian depa. Pelbagai menu di sajikan buat tetamu dalam hidangan bufet serta gerai di luar dewan buat para tetamu yang hadir.




Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL


Dari menu nasi bersama lauk pauk, deretan pencuci mulut termasuk lah cendol dan juga apam balik serta kambing panggang. Kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah... 


Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL


Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL


Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL


Sekitar jam 1230, melangkah masuk pasangan pengantin dalam busana moden menuju ke singgah sana persandingan. Di ikuti bacaan doa oleh abang ipar pengantin perempuan, Farish dan majlis sembah salam di kalangan keluarga terdekat.

Cantik sangat Nazirah tengahari tu, bagai pinang di belah dua bersama pasangan suaminya, Haziq. Orang Ipoh rupanya menantu kak Ani.. welcome to Perakian Nazirah hehe :) 


Majlis resepsi perkahwinan di Dewan Tun Dr Ismail , WTC KL

Menjelang zohor, selesai makan dan bertemu rakan-rakan lama dan jiran-jiran, kami pun meninggalkan majlis. Beri ruang pula pada tetamu yang baru sampai untuk ke meja makan. Maklum lah setting table untuk majlis hari tu 500 pax sahaja dan nampak tetamu makin ramai masuk ke dewan. 

Alhamdulillah selesai dan lega dah hati kedua ibu bapa dan pengantin. Kak ana dah lalui pengalaman begini waktu resepsi kak long hari tu, syukur semuanya berjalan dengan baik dan semoga majlis di dalam keberkatanNya, Aamiin... 






3 Comments

  1. Cendol tu menggoda betullah di hari yg panas terik ni...

    Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 💝

    ReplyDelete
  2. tahniah selamat pengantin baru mempelai

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga pengantin kekal bahagia hingga ke Jannah

    ReplyDelete