Dalam entri kak ana yang lepas, kisah kedai biskut viral di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan di SINI ,  ada kak ana ceritakan satu lagi port yang kak ana bawa anak menantu bergambar adalah di tapak stesen keretapi lama di Bandar Baru Teluk Intan.

Lokasi tepatnya adalah di kawasan sekolah memandu Gabungan. Berhadapan dengan kawasan Bandar Baru tu lah. Tak laa baru sangat bandar ni, lama juga dah di majukan yang mana asalnya dahulu , ketika kak ana masih remaja adalah kawasan padang golf.

Kemudian ia di majukan dengan deretan kedai menjadi sebuah bandar baru yang menempatkan pelbagai premis perniagaan serta stesen bas . Kalau dahulu stesen bas bersatu terletak di tengah bandar Teluk Intan, situlah kak ana ulang alik KL ke Teluk Intan menaiki bas express Transnational atau bas bandar Hup Soon. Kenangan sangat semua ni.


stesen lama KTM Teluk Intan

Lokasi tapak  stesen KTM lama Teluk Intan 


Di sekolah memandu Gabungan ini di bina sebuah papan peringatan dengan tulisan Teluk Anson Town, nama lama bagi bandar Teluk Intan. Ia mengambil kisah di mana tak jauh dari lokasi papan peringatan ini merupakan bekas atau tapak stesen KTM suatu masa dahulu di bandar Teluk Intan, ini.

Bukan lah tepat di tempat letaknya papan peringatan ini tetapi agak ke belakang sedikit di sekitar sekolah memandu ini juga. Cantik sangat esthetic untuk di jadikan lokasi photografi di sini dan di hadapan papan peringat KTM ini ada sejalur landasan keretapi sebagai simboliknya.


nostalgia keretapi Teluk Intan
kredit foto Hafez J Malim 


Selain dari papan peringatan ini, terdapat juga tinggalan pagar landasan keretapi di tepi jalan Changkat Jong di simpang empat berhampiran bangunan Toyoto Sirdi Motor. Agak susah juga nak berhenti untuk mengambil gambar kerana ia terletak di laluan utama yang sesak dengan kenderaan di simpang empat.

Dahulu masih dalam ingatan kak ana, ia adalah lokasi sebenar pagar landasan keretapi di mana, bila ada keretapi lalu dari stesen atau menuju ke stesen, pagar landasan ini akan di tutup, dan kenderaan akan berhenti memberi laluan pada keretapi.

Ia masih di gunakan sehingga penghujung tahun 1980-an kalau tak silap kak ana. Dan kawan sekolah menengah kak ana , ayah nya merupakan kakitangan KTM yang bertugas menjaga pagar keretapi ini. Rumah kuatersnya pun ada di sebelah pagar landasan . 

Selain dari tinggalan pagar landasan, satu lagi laluan landasan keretapi yang kini jadi sejarah adalah gerotak besi di Jalan Sungai Nibong yang melintasi Sungai Perak menuju ke Kampung Bahagia. Ia di panggil gerotak besi waktu dahulu.


gerotak besi Teluk Intan

Di sini pun sama, bila ada keretapi melintas, laluan akan di tutup kerana ia merupakan satu-satunya jambatan yang menghubungkan bandar Teluk Intan ke Kg Bahagia menuju ke Sungai Manik dan sebagainya. Sangat-sangat nostalgia. Sekarang ni masih di gunakan untuk motor dan basikal sahaja. 

Amatlah kak ana harapkan pihak berwajib mengambil langkah memulihara dan menjaga tinggalan sejarah KTM yang mana suatu masa dahulu, Teluk Anson juga mempunyai jaringan laluan KTM yang menjadi salah satu pengangkutan awam. 

Banyakkan pendedahan dan promosikan agar ia kekal dan di kenali di kalangan pelancong yang datang ke sini selain dari melawat Menara Condong yang mashyur itu. Teringin kalau satu hari nanti, gerotak besi ini akan jadi semahsyur Victoria Bridge di Kuala Kangsar, kan.. mudah-mudahan... In Syaa Allah... 




5 Comments

  1. Malaysia ni banyak peninggalan sejarah sebenarnya tapi tidak di promosikan pada pelancong. Cuba buat macam kat korea tu hah zaman dolu2 semuanya dia simpan dan jaga dan dibawak pelancong melihat tempat sejarah mereka. Sayang kan

    ReplyDelete
  2. pernah juga ke telok intan lama dulu

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah lalu je konon nak escape traffic jam masa raya. Kena pergi nanti, thanks kongsi 😊

    ReplyDelete