Kali ni kak ana, suami dan adik memenuhi undangan walimatul urus rakan sekerja suami , Abang Sani dan isteri Kak Aini. Meraikan majlis resepsi anakanda puteri mereka Najihah Syazni dan pasangan Muhamad Amirul.
Pertama kali kak ana ke venue perkahwinan ni yang terletak di Paya Jaras, Sungai Buloh. Astana Era Mewah. Menarik lokasi ini untuk sebuah majlis resepsi yang serba indah suasana yang tenang-tenang sahaja. Alhamdulillah..
Majlis perkahwinan di Astana Era Mewah, Paya Jaras
Kami sampai dalam jam 1:30 tengahari, ruang dalam berhawa dingin di tempatkan meja makan, pelamin dan meja beradab. Penuh dah masa tu tapi kami dapat meja di ruang luar yang cukup selesa dengan kipas secukupnya serta berbumbung dan cermin kaca, ala glasshouse gitu.
Berdekatan dengan meja bufet dan mudah nak ambil menu makanan yang di sajikan. Sedap semuanya, ada ayam masak merah, kurma daging ( lama tak makan kurma daging ) , acar buah, dalca , buah pencuci mulut tembikai dan ayaq sirap pujaan hati..
Ada juga hidangan pencuci mulut di ruang sebelah meja teh tarik dan air , kat situ kami ambil bubur kacang dan juga cendul. Nikmat sungguh di waktu cuaca panas lit lit nii pekena cendol.
Adik macam biasa time kenduri pasti nak ambil aiskrim kon lejen gini. Masa nii la nak makan aiskrim ceduk sebab laa nii tak ada dah orang mai jual aiskrim ceduk kat kawasan kediaman kami, kalau ada pun aiskrim paddle pop tu. Memang tak pernah beli pun sebab kawasan kejiranan kami tak ada budak kecil ramai. Masing-masing duk dalam rumah kan..
Masa kami sampai tu risau juga , betul ke ni majlis anak Abang Sani dan Kak Aini sebab depa berdua tak ada kelihatan di ruang menyambut pintu masuk. Kami di sambut keluarga terdekat depa laa. Rupanya mak pak pengantin sedang majlis restu dan bergambar di dalam ruang pelamin.
Pas tu suami jumpa kawan sekerjanya yang lain, ermm betul la tu dah tak salah majlis. Hehe.. Cuak gak kan..
Terima kasih Abang Sani dan Kak Aini atas jemputan, cantik dan tenang sahaja majlis berlangsung. Tak terlalu ramai tetamu waktu kami hadir mungkin ada yang belum sampai atau pun dah beransur pulang. Tahniah buat pasangan pengantin baru, Najihah Syazni dan pasangan Muhamad Amirul.
Kami doakan semoga berbahagia, berkekalan hingga ke akhir hayat dan selamat menjalani ujian dalam bahtera rumahtangga.. Aamiin..
2 Comments
Selamat pengantin baharu Najihah Syazni dan Muhamad Amirul. Moga bahagia hingga ke syurga.
ReplyDeleteSedapnya ais krim!
penuh dgn bunga.. suka tgk busana tradisional mcm tu kak
ReplyDelete