Lama dah Adik sakit gigi sejak dari sebelum Ramadan lagi. Tapi biasa lah kan bila sakit baru teringat nak pii dentist, pastu bila dah lega macam lupakan sahaja hasrat tu semula. Bukan apa, ramai di antara kita bab dentist ni adalah sesuatu yang menyeramkan lah kisahnya. Seram nak cabut gigi kan..
Tapi minggu lepas dia dah tak tahan sangat sakit mengilu sangat pada saraf giginya. Ada dia bagitau kak ana geraham bongsunya dah keluar dan sebab tu lah dia selalu kena sakit gigi sejak kebelakangan ni,
Pagi Sabtu lepas, kak ana pii la ke klinik gigi sekitar kediaman ni, satu tu Klinik Pergigian Iman di Saujana Rawang tak dapat terima walk-in patient kerana Sabtu khas untuk servis pendakap gigi sahaja kata gadis di kaunter pertanyaan.
Kami pun ke satu lagi klinik gigi di BCH dan selepas daftar, Adik masuk untuk pemeriksaan. Kemudian dentist minta untuk buat x-ray gigi Adik dan dapati ada geraham bongsu tumbuh tetapi secara condong atau senget.
Menurut doktor tu, Adik perlu jalani rawatan pembedahan gigi untuk membuang gigi geraham tersebut dan kosnya sekitar RM1000 lebih. Adoiyai.. mahal sungguh laa kan. Kak ana bagitau doktor yang kami akan dapatkan 2nd opinion dari dentist lain sebelum boleh buat temujanji untuk rawatan gigi Adik. Untuk bayaran x-ray, ubat, antibiotik dan konsultansi klinik gigi ini adalah RM205 . Kos x-ray gigi sahaja RM150.
Selepas makan tengahari, kami singgah pula bertanya kos rawatan untuk pembedahan gigi di sabuah lagi klinik gigi dan kos masih sama sekitar RM1000 hingga RM1300. Kemudian kak ana teringat yang besan kak ana ada buat rawatan pergigian di klinik gigi Hospital UiTM di Sungai Buloh.
Rawatan gigi di Hospital UiTM Sungai Buloh
Bertangguh sampai hari Rabu, sebab Adik sibuk dengan kerjanya, kami pun ke Fakulti Pergigian di kampus UiTM Sungai Buloh pada sebelah pagi sekitar jam 9 pagi. Sampai di sini kami terus ke kaunter pendaftaran, ambil nombor sebagai daftar pesakit baharu.
Sekejap je nombor dah di panggil dan Adik ke kaunter untuk urusan pendaftaran. Bayaran pendaftaran yang di kenakan adalah RM10 sahaja. Kemudian kami di arahkan ke Klinik Sapphire di sebelah kanan kaunter pendaftaran.
Tunggu sat kat ruang menunggu dan nama Adik di panggil masuk. Untuk pengetahuan semua, untuk mendapat rawatan pertama kali ke klinik gigi di UiTM Sungai Buloh ni tidak perlu ada temujanji, pesakit boleh datang secara walk-in sahaja.
Kak ana pun temani Adik ke bilik rawatan dan sekali lagi Adik kena buat x-ray gigi di sini pula untuk rekod perubatan mereka. Dan korang tahu tak kos atau bayaran x-ray gigi di UiTM Sungai Buloh ni cuma RM30 sahaja. Beza sungguh kan dengan hat klinik gigi swasta yang kami pii sebelum ni.
Kami ke unit x-ray dan sekali lagi Adik perlu buat bayaran terlebih dahulu di kaunter dengan menggunakan kad pendaftaran pesakit yang di beri kan tadi sebagai rujukan fail Adik. Lepas bayar bawa resit ke unit x-ray dan Adik buat sekali lagi x-ray.
Kemudian kami ke klinik sapphire semula dan hasil rujukan x-ray doktor beritahu, kes Adik akan di rujuk kepada pakar perubatan pergigian terlebih dahulu dan akan di hubungi untuk dapatkan tarikh temujanji.
Selepas jumpa pakar gigi nanti, baharulah boleh di berikan kata putus untuk rawatan samada perlu kepada pembedahan atau sebaliknya. Dan kos sekiranya perlu di buat pembedahan gigi adalah sekitar RM600 sahaja di klinik Uitm Sungai Buloh ini. Masyaa Allah separuh dari harga di klinik swasta lain di luar sana.
Setakad hari ini, Adik lega dah sedikit sakit giginya kerana meneruskan antibiotik dan ubat tahan sakit yang doktor swasta berikan. Bertahan lah sehingga dapat tarikh temujanji dengan doktor pakar gigi kelak untuk pastikan bila boleh cabut geraham bongsunya nanti.
Jadi pada yang tercari info, nak dapatkan rawatan pergigian di Klinik Gigi Fakulti Pergigian UiTM Sungai Buloh, korang boleh datang secara walk-in naa. Cuma kat sini masalah parkir lah susah nak dapat ruang parkir di dalam kawasan fakulti.
Memang terbaik dan ini merupakan pengalaman pertama kak ana ke Hospital UiTM Sungai Buloh kerana sebelum ni kak ana pernah ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk rawatan kecemasan Kak Long. Korang boleh baca pengalaman kak ana di
SINI Semoga setiap perkongsian kak ana ada manfaatnya, In Syaa Allah...
3 Comments
lama juga tak bt rawatan gigi kak ana.. nanti nk buat lah
ReplyDeletemujur dh xde gigi perlu dirawat
ReplyDeleteJauh beza harga dengan klinik lain. Menarik ni.
ReplyDelete