Kak ana duk kemas dapur tiba-tiba jumpalah sebekas cooking chocolate bar Beryls . Nii lebih masa beli untuk buat kek raya puasa yang lepas hari tu. Kak ana tengok masih okay lagi, Alhamdullilah.. Banyak pula tu dalam 4 potongan.

Pastu tengok serbuk koko pun ada, butter pun ada, erm.. terfikir nak buat brownies. Brownies nii laa paling mudah berbanding nak buat kek coklat. Brownies ni tak payah nak mixer bagai, campurkan sahaja 3 bahagian adunan menjadi satu dan bakar. 


resepi brownies sukatan cawan


Bila dah kumpul semua bahan, teringat laa yang kak ana belum lagi beli penimbang. Arghh sudah!! Nak sukat macam mana sebab resepi brownies yang pernah kak ana buat sebelum ni guna sukatan gram.

Kalau korang nak try resepi brownies sukatan gram boleh klik sini . Sebab hat nii kak ana nak share pula resepi brownies guna sukatan cawan sahaja yang kak ana jumpa di internet dan menjadi dengan jayanya. Syukur... 


Resepi brownies sukatan cawan


Kekdah nak buat sama sahaja dengan yang sebelum ni kak ana gunapakai, cuma bezanya kali ini resepi bahan adalah dalam sukatan cawan sahaja. Tips dia, korang kena gunakan cawan yang sama untuk semua sukatan bahan naa.. 

Tak mau cawan lain-lain saiz dan bentuk nanti pening adunan brownies ampa. Jom kita tengok bahan-bahan untuk brownies. Resepi ini kak ana bahagikan kepada 3 bahagian. 

Langkah pertama untuk cairkan coklat terlebih dahulu : 

1 cawan dark chocolate ( kak ana guna Beryls )
1/2 cawan butter ( kak ana guna Anchor Butter ) 

1. Kalau dalam bentuk coin chocolate mudah masukkan sahaja ke dalam mangku untuk teknik double boiling , tapi kalau chocolate bar, korang potong kepada kepingan kecil terlebih dahulu supaya mudah dan cepat cair. 

2. Gunakan teknik double boiling di mana letakkan mangkuk berisi coklat di atas air yang mendidih. Hati-hati jangan sampai ada percikan air didih masuk ke dalam mangkuk coklat , ini boleh rosakkan coklat kita.


resepi brownies sukatan cawan


3. Bila coklat dah cair cantik, masukkan butter dan kacau perlahan sebatikan kedua bahan. Matikan api dan biar kan ia pada suhu suam-suam. 

Langkah kedua :

1 cawan gula perang ( brown sugar )
2 biji telur gred A 

Caranya : 

1. Dengan menggunakan whisk sahaja, pukul dua bahan hingga sebati sahaja. Tak perlu adunan menjadi kembang. Ia macam pukul-pukul manja sahaja naa.. Sekitar 3 minit macam tu dah cukup. 


resepi brownies sukatan cawan


Langkah ketiga , satukan bahan tepung

1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko
secubit garam 

Kak ana gunakan tepung self rising 3/4 dan 1/4 tepung gandum, sebab kak ana tak ada baking powder kat rumah dah expired rupanya. Alhamdulillah menjadi juga. Terbaik korang ikut sahaja resepi asal ni naa...

Ayakkan semua bahan menjadi satu sebatian tepung coklat. Kemudian jom kita satukan semua bahan menjadi adunan brownies.


resepi brownies sukatan cawan


Langkah ke empat, satukan kesemua bahan dalam bekas besar.  Campurkan bahan coklat bersama bahan gula dan telur. Guna kan whisk sahaja biar adunan sebati dan ia akan menjadi pekat dan likat. 

Kemudian masukkan adunan tepung, kali ini kaup balik kan sahaja adunan dengan menggunakan senduk. Jangan sesekali pukul adunan lepas masuk tepung. Kaup balik hingga sebati. 


resepi brownies sukatan cawan


Langkah ke lima, griskan tray saiz 8x8 dengan butter dan alas dengan baking paper. Tuangkan adunan brownies ke dalam dulang pembakar. 


resepi brownies sukatan cawan


Bakar dalam oven pada suhu 160' ikut saiz oven masing-masing. Bakar selama 40 minit. Korang test dahulu dengan lidi tengok adunan brownies dah cukup masak atau tak, kerana suhu dan tempoh masa bergantung pada saiz oven masing-masing. 


Resepi brownies sukatan cawan


Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk suhu bilik sebelum terbalikkan brownies di atas redai petak. Terbalikkan semula brownies dalam pinggan.  Tekan brownies pada redai untuk nampakkan garisan grid dan potong ikut sukatan redai. 


Resepi brownies sukatan cawan

Alhamdulillah menjadi kedutan cik brownies kak ana kali ni dengan jayanya dan bahagian bawah juga masak sempurna serta kaya dengan rasa coklat yang lembab. Boleh laa korang try resepi brownies dengan menggunakan sukatan cawan.

Mudah sangat kan semua pun gaul dan whisk sahaja. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah.. 










9 Comments

  1. Saya suka makan brownies. Mengenyangkan!

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian brownies kak Ana 😋

    Pagi ni bw, ada dua blog cerita pasal brownies guna sukatan cawan - blog kak Ana dan blog Carneyz. Macam kena seru soh buat brownies pulak 😄

    ReplyDelete
  3. wah senang lah cam ni. terima kasih share resepi

    ReplyDelete
  4. Nampak senang.. tapi itulah, kerajinan pulak takde huhu...

    ReplyDelete
  5. Senang saja rupanya nya.... kejadiannya pun menarik... terima kasih kak ana share resepi ikut sukatan mcm ni. Lagi rajin nak buat.

    ReplyDelete
  6. Cantik kejadiannya Kak Ana.

    ReplyDelete
  7. elok cantik berkedut2 browniesnya.
    bila terkena air dalam coklat tu yg jadi lumpy kan kak? pernah buat dulu..coklat dia taknak mencair tapi jadi bergumpal2 gitu. sayang je

    ReplyDelete