Dalam entri yang lepas-lepas , kak ana ada share cara masak gulai tumis darat di SINI . Resepi yang kak ana masak tu adalah gulai ikan masin, ikan duri masin kak ana kawankan dengan terung bulat. Masak dengan teknik gulai tumis darat. 

Memang sedap sangat masak gulai begini dengan teknik tumis darat dari masak lemak biasa. Ia memberikan highligt pada rasa tumisan tu, kerana kita masukkan bahan tumis di akhir proses memasak. 


resepi gulai ikan masin dengan terung bulat


Jadi hari ini, kak ana nak share lah dengan korang resepi penuh, gulai ikan masin dengan terung , kak ana guna terung bulat dalam kaedah tumis darat. Korang cuba naa... 


Resepi gulai ikan masin dan terung tumis darat 


Bahan-bahan gulai ikan masin dan terung bulat


1 paket ikan masin - kak ana gunakan ikan duri masin dalam pek tu ada 3 ekor saiz sederhana
2 biji terung bulat - belah 4
1/2 paket serbuk kari ikan
2 sudu cili kisar - atau ikut kepedasan masing-masing
1 kotak kecil santan atau santan kelapa 
1 ulas bawang besar atau 3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
minyak secukupnya
garam sedikit sahaja kerana dah ada ikan masin


Cara masak gulai ikan masin dan terung tumis darat 

1. Ikan masin potong-potong , rendam dan bersihkan bilas air.

2. Terung bulat potong 4 bahagian setiap satu. Ikut lah nak banyak mana sesuai dengan kuantiti ikan masin.

3. Bawang merah, bawang putih dan halia mayang halus. Leraikan daun kari.

4. Ada dua step dalam masakan gulai tumis darat ni. Yang pertama dalam periuk masukkan serbuk kari yang di bancuh dengan air, bersama cili kisar. Masukkan sedikit air dan rebus hingga mendidih atau masak sempurna serbuk kari dan cili tu.




5. Kemudian masukkan ikan masin bersama terung. Tambah kan santan. Tak perlu terlalu pekat naa..

6. Masak hingga terung lembut dan mendidih sempurna, matikan api. 


Resepi gulai ikan masin dan terung tumis darat


7. Dalam kuali, panas kan minyak secukupnya, biar lebih sedikit minyak untuk menumis. 

8. Tumis daun kari, hirisan halia, hirisan bawang merah dan hirisan bawang putih hingga layu dan garing sedikit.


Resepi gulai ikan masin dan terung tumis darat


9. Matikan api tumisan dan dalam panas-panas tu, ampa tuangkan ke dalam periuk gulai bersama minyak nya. Syok dengar ada bunyi serrrrrrr.... bila tumisan ni masuk dalam kuah gulai ketika masih panas minyaknya, hehe :) 



cara tumis darat


10. Kacau sebati dan rasakan dengan garam jika ia tak berasa masin. Hati-hati naa, sebab ikan masin dah masin tapi sebab kita dah rendam ia jadi tak lah masin sangat. 


cara tumis darat


Memang sedap masakan gulai ikan masin dengan terung bila masak tumis darat gini. Kak ana makan dengan nasi putih dan ikan goreng sahaja, Alhamdulillah sedap bertambah nasi. Ada pula sambal belacan kan.. Selamat mencuba naa... Semoga bermanfaat, In Syaa Allah.... 


4 Comments

  1. Sedapnyaaaa... Sis guna ikan masin apa tu? Macam nak try buat jugaklah.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Kak Ana...both are my favorite; ikan masin & terung. Digandingkan sekali lagilah sedap ...
    Sy save resepi ni dulu, nak kena cari terung :)

    ReplyDelete
  3. sedap my fav. tp nak masak ni x pro lagi hehe

    ReplyDelete
  4. dah tengahari ni tengok gulai kak ana semakin lapar la huhu
    lepas tuang bahan tumisan dalam kuah gulai tutup sekejap kuah gulai dengan penutup periuk lagi la power bau dia kak ana.....sedapnya lahai

    ReplyDelete