26hb Jun yang lepas, kak ana, suami, kak long dan adik ika bercuti-cuti Malaysia. Aiman menantu kak ana tak dapat join sebab dia kerja. Adik dan suami ambil cuti hari Isnin - Selasa sebab kami memang kalau bercuti suka pi hari bekerja ni untuk lebih santai dan tak stress dengan jemmed.

Sebelum ni pun kami bercuti ke Cameron Highlands pun pada hari bekerja, nyaman sungguh laa tanpa jemmed nak jenjalan, nak makan-makan. Kali ni Adik belanja hotel di PD. Kami bergerak dari KL awal pagi sebab plan nak masuk Melaka dulu sebelum check in PD.


Mamee Jonker House, Melaka


Tempat menarik di Melaka 

Sampai Melaka dalam kul 11 lebih, terus ke Banda Hilir parking di area Stadthuys atau bangunan merah di tengah bandar. Parkir kat sini murah kalau hari bekerja RM3 sahaja masa kami nak keluar baru bayar, maknanya per entri laa kan. 

Sampai je kami cari tandas, kat depan bulatan kecil tu ada bangunan surau , bahagian bawah tu ada tandas tapi tandas premium agaknya kena bayar RM2 kalau tak silap. Kami tumpang masuk tandas surau kat atas tu, percuma je tapi kami masukkan lah dalam tabung surau. 

Adik ajak jenjalan ke Jonker Walk seberang sungai, sebab Melaka ni sama je setiap kali kami datang tarikan yang sama . Memang tak lah nak plan ke mana-mana sekadar nak masuk Jonker Street sekejap dan ootd sekitar situ je. 


Mamee Jonker House, Melaka


Mamee Jonker House, Melaka

Jalan kaki pun selesa waktu begini dan port pertama kami singgah masuk adalah di Mamee Jonker House di Jonker Street , Melaka . Asalnya nak beli snacks Mamee Monster je dan Adik nak tengok sendiri yang boleh lukis-lukis noodle doodle dalam Mamee Jonker House ni.


Mamee Jonker House Melaka

Ada bayaran tertentu di kena kan dalam puluhan ringgit juga, tak jadi lah macam membazir pula kan untuk satu cup Mamee dengan lukisan doodle kita kat situ. Kami masuk ke dalam ronda-ronda dan terus ke bahagian dalam ada Mamee Cafe dalam tu bersama Tea Live. 


Mamee Jonker House Malaka


Perut pun lapar, duduk dah kat meja nak order menu. Memandangkan kami berada di kawasan Jonker Street ni,  Adik Google dahulu cafe ni halal atau tidak. Ada rasa was was laa kan walaupun kesemua staff nya dan tukang masak adalah orang kita.

Hasil carian di FB Mamee House, di nyatakan ia Halal Jakim dan kak ana bertanya juga pada staf, dia kata Halal, kak. Kami yang masak dan beli barang. Alhamdulillah.. paling tidak kita dah bertanya dan cari sebelum nak order makan bila ada keraguan.


Mamee Jonker House Cafe , halal


Kami order char kuey teow chinese style dan kopi Melaka. Serius nak share dengan korang, char kuey teow depa sedap ya amat. Memang rasa minyak bijan , di goreng garing kering dan ada udang sahaja bersama taugeh dan kucai. Sedap sangat. 

Sama lah dengan kopi Melaka tu sedap rasa gula melaka yang lemak manis. Menu makanan lain belum siap lagi sebab kami sampai awal pagi kan. Sempat makan char kuew tiau depa sahaja. 


Mamee Jonker House

Di bahagian hadapan tu Adik beli kombo Mamee campur 4 pek produk Mamee pada harga RM16 dan dapat satu recycle bag Mamee Monster besar dengan tulisan Mamee Jonkerhouse , boleh pilih warna biru atau pink .


Mamee Jonker House , Melaka


Pelbagai merchandise Mamee ada di jual di sini selain dari produk makanan Mamee dan air minuman. Kalau korang ke Jonker Street boleh la singgah sini jalan-jalan dan makan di Mamee Cafe. Senibina dalaman cafe ni sangat oriental bangunan kedai lama. 


Mamee Jonker House, Melaka

Menarik , kak ana suka juga senibina gaya oriental nostalgia macam ni. Satu pengalaman yang menarik yang kak ana kongsikan dengan korang semua yang mencari tempat-tempat menarik di Melaka. 

Selepas singgah sini, kami ronda-ronda sekitar Jonker Walk, singgah kedai kebaya nyoya dan kemudian menikmati durian shakes di tepi jalan. In Syaa Allah nanti kak ana kongsikan di entri akan datang. 





9 Comments

  1. wah....lama nya tak ronda jonker street. kena terjah ni. Tq infonya

    ReplyDelete
  2. Sedap membaca perkongsiannya. Tak tahu pula Mamee ada buat kedai macam ni. Walaupun bukan semua produk brand Mamee tapi dari syarikat besar yang sama tu. Kalau pergi Melaka nanti boleh singgah.

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Baru tau kat Melaka ada Mamee Jonker House ni Kak Ana. Lain kali singgah melaka boleh la try pergi jugak.

    ReplyDelete
  4. Next time LZ nak cuba makan di cafe ni Kak Ana, nampak menyelerakan tambahan pula Kak Ana bgtau sedap & halal.. Kalau LZ ke Melaka asyik pergi tempat yang sama, ni ada tempat baru.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. hari tu ada lalu tapi jam nya...x singgah pun sbb x de parking

    ReplyDelete
  6. Cuya ni nama je orang Melaka, jalan2 Melaka pon tidak. HAHA
    Ikutkan Cuya nak je jalan Melaka, tapi takde siapa nak bawa. Kesian kan? hahahah

    ReplyDelete
  7. tak try ke customize megi cup kat situ?

    ok nnt nak try jugalah CKT chinese style kat situ...

    ReplyDelete
  8. Syok kak Ana pergi bercuti di Melaka, tak pernah sampai Melaka lagi hihihi nanti kalau ke sana boleh pergi kat sini hihihi

    ReplyDelete