Kak ana sangat meminati seni budaya kaum baba dan nyonya ni sejak dari zaman remaja lagi. Sangat unik peradaban mereka ni sebagai salah satu dari kaum yang menjadi sebahagian dari pada penduduk negara majmuk kita.


kebaya nyonya


Kaya dengan keindahan budaya dalam pemakaian dan sebahagian menu makanan di mana terselit ciri-ciri kaum Melayu di dalamnya. Kaum peranakan baba dan nyonya memakai kebaya sulam dan berkain sarung batik, malahan berkasut sulam manik yang sangat cantik sulaman benang dan manik yang mewah.


kebaya nyonya dan kasut manik

Cantik sangat, cuma ia tidak sesuai dengan kita kaum muslimah untuk menggayakannya, tetapi pada mereka sangat lah cantik dipandang. Kerana minat yang mendalam pada kesenian busana kaum baba dan nyonya inilah dahulu kak ana mengikuti siri drama cina di tv7 masa tu, Little Nyonya.


sewa kebaya nyonya melaka

Kebaya nyonya dan kasut manik, Jonker Street, Melaka


kebaya nyonya kasut manik Melaka


Berkesempatan ke Melaka semula baru-baru ini, dan kebetulan berada di Jonker Walk, sempatlah kak ana masuk ke salah sebuah dari deretan kedai lama di sini di mana di kedai ini, menjual dan juga khidmat sewa baju kebaya nyonya Melaka.


Di bahagian hadapan kedai menjual pelbagai kraf tangan dan perkakas ayan, tetapi di sebelah dalam ada di sediakan sewa kebaya nyonya Melaka dan turut menjual kebaya sulam, kain batik sarung dan juga kasut manik nyonya.


kebaya nyonya


Sulaman kebaya nyonya 


Cantik sungguh corak sulaman pada kain kasa rubiah yang menjadi fabrik kebaya nyonya. Pelbagai motif dengan sulaman benang dan tebuk pada bahagian hadapan kebaya. Boleh katakan semuanya cantik lah pada pandangan mata kak ana yang memang meminatinya.


kebaya nyonya kanak kanak


Harga untuk sewa kak ana tak pasti dan ia mengikut jam rasanya. Sekali set kebaya, kain sarung dan payung kecil. Nampak ramai juga pelancong yang memakainya di sekitar Banda Hilir waktu tu. 

Untuk jualan kebaya nyonya harga sekitar RM100 hingga RM200 mengikut design sulam kebaya. Dan kat kedai tu juga ada menjual kasut sulam manik nyonya. Satu lagi seni busana yang unik dan cantik yang hanya ada pada kaum baba dan nyonya.


kasut manik nyonya


Setahu kak ana lah, kalau tak silap, kaum baba dan nyonya ni masih ada di sekitar Melaka dan Pulau Pinang yang mengikut sejarah tanahair adalah di kalangan negeri selat dan ada juga di Singapura .  Ini kerana muzium baba dan nyonya ni hanya ada di dua negeri ini dan kak ana belum di rezekikan untuk melawatnya, walaupun teringin sangat. 


kasut manik nyonya


Kak ana kongsikan di sini sebagai coretan perjalanan kami ke Melaka bulan Jun yang lepas dan pada yang berminat boleh lah singgah tengok-tengok keunikan dan kecantikan baju kebaya nyonya dan kasut manik depa, naa... Jangan lupa singgah juga ke Mamee Jonker House . Semoga bermanfaat.. 







2 Comments

  1. saya pun peminat kebaya nyonya..zaman muda2 dulu boleh lagi pergi kerja pakai kebaya nyonya..sekarang dah tinggal kenangan

    ReplyDelete
  2. Cantiknya...Cuya teringin nak pakai, tapi kalau boleh versi labuh la..

    Sulaman dia yang mahal.

    ReplyDelete