Kak ana ke Melaka kali ni kejap sesangat. Sekadar singgah sekitar Banda Hilir masuk Jonker Walk kejap, kemudian cari makan asam pedas di Pantai Klebang. Kecewa asam pedas tak power lagipun kami makan di food court Pantai Klebang tu sahaja.

Kemudian kami terus ke Freeport A Farmosa , Alor Gajah sebab nak tengok kapal terbang Coach Airways kat sana. Dari situ kami terus check in ke Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Tapi kali ini memang ronda-ronda puas la sekitar Jonker Walk, selesa sebab hari bekerja jalan tak sesak dan tak ramai.


durian shake Jonker Walk, Melaka


Di Jonker Walk , kami singgah ke Mamee Jonker House dan singgah kedai Kebaya & Kasut Manik Nyonya . Dua-dua ni antara tempat menarik di Jonker Walk selain deretan gerai yang biasa nya pada hari cuti. 


Durian shake Jonker Walk, Melaka


Sebelum keluar dari Jonker Walk, suami teringin pula nak merasa durian shake yang di jual tepi laluan Jonker Walk. Gerai ni cuma menjual produk berasaskan durian sahaja. Ada durian bakar, durian shake dan sebagainya. 


durian shake Jonker Walk, Melaka


Suami dan Adik Ika order lah satu cup durian shake, nak buat rase rase gituew. Harga boleh tahan kayangan juga lah RM17 atau RM18 kalau tak silap kak ana, lupa dah. Kak ana pun tak pasti depa guna durian apa untuk jadikan shake ini.

Sedap ke durian shake ? Rasa dia macam serawa durian jer.. Bahannya pun susu cair, depa blend dengan isi durian, buh ais. Ais ni depa blend sekali la dan di jadikan minuman. Boleh lah nak merasa kan. Pas tu depa buh aiskrim vanila dalam air tu. 


durian shake Jonker Walk, Melaka


Kalau penggemar durian suka la kan. Kak ana sekadar rasa, suami dan Adik yang habiskan. Beli pun satu cup sahaja. Mahal weii !! Sekadar nak rasa jer kan. 

Kalau korang jumpa nanti boleh lah try, mana tau korang yang peminat durian suka, kan. Itu sahaja lah yang kak ana nak share dengan korang satu lagi persinggahan kami di Jonker Walk, Melaka. Semoga bermanfaat... 



4 Comments

  1. enakkah durian yang dibuat minuman itu?

    ReplyDelete
  2. Pertama kali tengok durian shake. Biasa tengok, coconut shake. :)

    ReplyDelete
  3. mesti sedap durian shake padu rasanya

    ReplyDelete
  4. sedapnya kalau dapat minum panas-panas ini..terliur yanie tengok. ok boleh cuba nanti datang ke melaka

    ReplyDelete