Menu daging korban : char kuey teow chinese style
Tahun ni Alhamdulillah, kami beraya di kampung halaman kak ana di Teluk Intan, Perak. Bila tiba bulan Zulhijjah ni, hati rasa sayu sangat kerana arwah mak meninggal dua hari sebelum raya haji tahun lalu.
Namun semua itu sudah tertulis dan kami sebagai hambaNya sentiasa redha akan perjalanan hidup ini, hanya doa sentiasa kami pohonkan dariNya buat bonda tercinta yang amat di rindui .
Tahun ni raya haji dalam serba sederhana. Sehari sebelum raya kak ana balik ke kampung bersama suami dan Adik Ika. Pertama kali juga raya tanpa Kak Long kerana Aiman kena kerja hari Jumaat selepas raya tu. Gitulah bila anak dah berumahtangga kan..
Juadah kali ni agak istimewa , adik ipar masak laksa Johor yang pes nya Jue dah buat siap awal-awal lagi, tinggal nak tambah santan , rebus spaghetti dan ulam ulamannya sahaja. Kak ana masak kari ayam dan lemang adik beli serta pemberian pak uda setiap tahun. Adik Ika buat brownies.. Alhamdulillah..
Eh jauh melalut dari tajuk pulak. Maklumlah nak cerita menu daging korban ye dak. Tahun ni kami dapat 3 kilo daging korban semasa di kampung dari qariah masjid berbeza yang dihantar oleh ajk masjid.
Abah tinggal sorang memang tak masak dah pun laa ni, abah suruh kami ambil semua daging tu bersama adik ipar. Kak ana beri 2 kilo pada Jue dan sekilo kak ana ambil bawa balik.
Bermula lah menu-menu dari daging korban. Rumah ni pula kurang makan daging. Tapi dah ada masakkan juga lah tapi kena kreatif supaya boleh habis di makan. Menu pertama daging korban kak ana masak daging lada hitam atau blackpepper.
Resepi char kuey teow chinese style
Menu kedua ni istimewa kak ana masakkan char kuey teow chinese style inspirasi waktu kami makan di Mamee Jonker House cafe , Melaka hari tu. Cafe halal naa.. Memang sedap char kuey teow chinese style ni.
Beza nya resepi asal mengguna udang tapi hat ni kak ana olah menggunakan daging korban yang kak ana hiris halus-halus sebagai perencah. Haa.. dengan cara gini baru depa kat rumah ni makan daging tu. Kalau kata nak masak kari ke, kurma ke, sup ke alamat kak ana makan sendiri laa jawabnya. Tak laku kata orang..
Sedap menu char kuey teow chinese style ni walaupun kak ana gantikan udang dengan daging. Mudah sangat cara , meh laa kak ana kongsikan dengan korang semua.
Resepi char kuey teow chinese style
Bahan-bahan :
1 paket kuey teow halus
3 ulas bawang putih - ketuk sahaja
isi daging ( yang asli gunakan udang )
minyak bijan
1 biji telur ayam
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
taugeh dan daun kucai ikut kuantiti masing-masing kerana ada yang tak minat sangat makan taugeh banyak , kan
garam secukup rasa jika perlu
Cara masak char kuey teow chinese style
1. Tumiskan bawang putih dan masukkan daging yang di hiris nipis dan halus supaya cepat empuk masa goreng. Sama la kekdahnya jika menggunakan udang atau fish cake.
2. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan kuey teow dan goreng sebati.
4. Kosongkan bahagian tengah kuali dan pecahkan sebiji telur , kacau dadar hingga garing.
5. Kemudian bolehlah adunkan dengan kuey teow, rasakan dengan garam jika perlu sahaja kerana kita dah menggunakan sos tiram dan kicap manis. Hati-hati naa..
6. Dah sebati masukkan taugeh dan kucai yang di hiris, Gaul sebati.
7. Akhir sekali tuang kan minyak bijan secukupnya dah gaul sebati sekali lagi , Matikan api dan sedap di hidangkan panas bersama cili api kicap.
Selamat mencuba naa.. char kuey teow chinese style yang kak ana masak ni memang semerbak aroma minyak bijan tu yang memberikan rasa Chinese Style nya. char kuey teow chinese style ni juga kering dan garing serta tidak berkuah.
Semoga bermanfaat, In Syaa Allah..
7 Comments
Kat rumah Cuya tak pernah sekali pon masak kuey teaw...tak laku la kot klo masak hahaha
ReplyDeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteNampak macam sedap tu kak Ana boleh cuba ni rumah ni pun ada daging korban orang bagi
ReplyDeleteJom la kita bertukar juadah Kak Ana...sy masak Mee Goreng Daging Korban hehe...
ReplyDeletedaging korban kat rumah belum masak lagi...
ReplyDeleteAdoh sedapnya kak... terliur tgk CKT kak ana
ReplyDeletekalau gi kedai CKT melayu jarang dapat yg kering gini kan..semua yang basah meleleh2
ReplyDelete