Hat ni menu ketiga daging korban dalam simpanan kak ana. Mula-mula masak daging blackpepper , pastu buh dalam Char Kuey Teow Chinese Style pas tu hatt nii laa, kak ana masak lemak atau belah utara ni kami panggil gulai lemak daging dengan rebung. 

Kak ana suka rebung madu dari rebung putih biasa. Beza rebung madu dengan rebung biasa ni senang sangat laa.. Rebung biasa dia putih hiris nipis-nipis tapi rebung madu ni masih dalam bentuk rebung tunas, warna kuning keemasan. 

Rebung madu ni kena pilih hat lembut baru sedap. Bila beli tu pilih hat masih lembut di sebahagian besar batang nya. Dibahagian bawah batang tu biasa dah keras dan tak boleh nak ambil jadikan masakan, rugi laa kan. 


masak lemak daging rebung madu

Cara masak lemak  daging rebung madu


Mudah je nak masak gulai lemak daging , sama sahaja masak lemak ayam atau udang, cuma daging kena masuk awal dan lama sedikit untuk biar ia empuk. Kalau dapat salai sekejap daging ni lagi laa sedap kan. 

Jiran kak ana, Zura dan Abang Yaya suami nya, depa orang negori,kat belakang dapur memang ada tempat salai. Senang bila nak masak depa akan salai kejap ikan atau daging. Rumah kak ana tak ada tempat nak menyalai, jadi masak terus daging segar.

Untuk bahan tumbuk, kak ana cuma gunakan cili api dan kunyit hidup atau kunyit serbuk pun boleh. Tumbuk kasar masukkan ke dalam kuali bersama daging dan serai. Daging tu hiris halus dan kecil , cepatlah empuk.

Masukkan santan cair atau kalau guna santan kotak campur air lebih sikit untuk dapatkan santan cair dan simpan sedikit hat pekat. Nyalakan api dan masak hingga mendidih dan kacau selalu. Ada petua yang sering kak ana gunakan bila nak masak daging jadi cepat empuk.

Caranya masukkan sudu ke dalam masakan. Sudu besi tu la bukan sudu plastik lak huhu :) Pada pandangan kak ana, petua ni di ambil pada teori sudu besi tu kan serap haba panas, jadi gulai kita tambah cepat panas dan melembutkan daging, tak gitu:) 

Cepat tak cepat juga lah, nak tunggu daging empuk. Dah didih sekali dua tu masukkan hirisan rebung madu, biar sampai kedua bahan ni empuk dan lembut. Masukkan santan pekat bagi gulai kita benar-benar pekat lemak.  Masukkan garam secukupnya. Kalau ada daun kunyit buh la bagi aroma. 

Siap lah masak lemak daging dengan rebung madu cara kak ana yang simple dimple nii. Kak ana ni malas duk dapur lama-lama. Sakit belakang kalau berdiri lama. Faktor usia ujian dariNya semata. 

Hidangkan lah bersama nasi dan ikan goreng. Nih kak ana makan dengan ikan pekasam yang mak saudara bagi dari kampung hari tu. Masyaa Allah sedap dan nikmat yang di syukuri selalu.. Alhamdulillah... 

9 Comments

  1. teringinnya nak masak rebung..tapi tak ada geng makan

    ReplyDelete
  2. Menu rare ni bagi saya la, sebab jarang buat...hihihi. Jumpa rebung nanti nak try lah. Terima kasih berkongsi cara nak masak.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tu. tq share resepi

    ReplyDelete
  4. beli kat mana rebung tu? sedapnyaaaa lahaiii

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap menu ni terliur Ekin tengok tapi Ekin xleh makan hihihi. Kalau lemak rebung febret suami tapi Ekin xpernah masak lagi setakat ni. Kalau suami nak makan rebung lemak macam ni beli dah siap dekat kedai dia seorang Jah makan kak ana hihihi kedai selalu buat dgn perut.

    ReplyDelete
  6. Hmm, lezat ni ...
    Enak echo ... 🤩

    ReplyDelete
  7. DAGING MASAK LEMAK REBUNG MADU BANGKIT SELERA

    ReplyDelete
  8. Pergh masak lemak rebung antara favourite kinah. Selalu kalau teringin rebung madu, beli kat kedai acheh rumah mak. Tapi kena cepat la, lambat habis 😅

    ReplyDelete
  9. Kita pun plan hari ni nak masak daging korban. Tapi belum tahu lagi nak masak apa, hahaha. Macam menarik resepi daging kak ana ni.

    ReplyDelete