Lama dah kak ana tak bercerita kisah kebun belakang rumah , kan. Sejak kesihatan belakang tak berapa mengizinkan ni, tak banyak aktiviti kebun yang mampu kak ana buat. Sepanjang Ramadan lagi lah tak turun ke kebun, sudahnya rumput naik dengan jayanya.

Sebelum raya haji nii laa baru kak ana gagahkan juga bersihkan rumput. Cabut pokok mana yang tak perlu kewujudannya di sana. Sambil tu kutip lah hasil kebun yang ada. 

Alhamdulillah.. dapat satu hidangan menu untuk makan tengahari kami sekeluarga. Jom tengok apa yang kak ana masak dari hasil kebun belakang rumah sekangkang kera ni.. apa pun syukur sesangat..rezeki dari Allah swt..


menu dari kebun


Menu dari kebun belakang rumah


kebun belakang rumah


Yang sempat kak ana petik pagi tu pucuk daun chaya atau daun ajinomoto. Pokok ni pemberian arwah mak dah makin subur meninggi dan banyak cabang dahan baharu mengeluarkan pucuk muda. Kak ana petik dan cantas dahan supaya tak terus meninggi . 

Kemudian kak ana ambil bunga kantan. Musim agaknya banyak sungguh, separuh dah ambil awal-awal sebelum ni dan simpan beku kan nak bawa balik kampung untuk menu laksa Johor adik ipar nak masak. 

Pastu kak ana petik buah limau nipis dan daun limau purut serta serai. Itu sahaja lah hasil dari kebun untuk menu makan tengahari kami. Ikan tu beli kat kedai acheh yer bukan dari kebun huhu :) 


Kerabu bunga kantan 


kerabu bunga kantan


Mudah sangat nak buat kerabu bunga kantan ni kerana kak ana campurkan dengan serunding ikan dan daging yang adik Ika beli dari Terengganu. Hiris nipis bunga kantan, buanglah bahagian yang keras, kemudian campurkan dengan serunding. 

Kalau tak ada korang boleh tumbuk ikan bilis dan cili api. Tumbuk kering. Gaulkan dengan bunga kantan. Rasakan dengan garam dan perahkan air asam limau nipis dari kebun kak ana tadi tu. Siap dah satu menu, kerabu bunga kantan. 


Gulai lemak pucuk chaya atau pucuk ajinomoto


Gulai lemak pucuk chaya atau pucuk ajinomoto


Pucuk chaya yang kak ana petik, kak ana cuci bersih sebab batangnya bergetah bila kita patahkan pucuk. Kak ana celur seketika untuk hilang kan rasa maung daun atau klorofil nya laa kan. Toskan dan hiris nipis-nipis.

Dalam periuk masukkan bawang merah , cili api , ikan bilis dan kunyit hidup yang dah di tumbuk kasar. Satukan dengan pucuk chaya dan masukkan santan. Masak atas api perlahan dan kacau selalu. Bila dah menggelegak, rasakan dengan garam secukupnya. Matikan api siap menu kedua kak ana berkuah gulai lemak pucuk chaya. 


Sambal ikan cencaru limau purut 


Sambal ikan cencaru limau purut


Ikan cencaru ni dari kedai laa kan, tak kan dari kebun gak. Daun limau purut tu laa kak ana ambil dari kebun dengan serai. Ikan cencaru tu goreng dengan sirip tebalnya sekali. Kemudian buatkan sambal nya macam biasa, cuma masa dah pecah minyak sambal kak ana masukkan serai dan daun limau purut. 

Memang sedap ada aroma yang tersendiri. Kak ana masak sambal ikan suka agak basah sedikit, kak ana gunakan air asam jawa. Alhamdulillah siap dah 3 menu untuk juadah tengahari kami. Petik-petik dari kebun belakang rumah sahaja. Airnya air limau ais dari pokok limau nipis . Syukur atas segala nikmat yang Allah swt berikan pada kita semua... 


12 Comments

  1. Alhamdulillah, hasil dari kebun...daun chaya/ajinomoto tu baru pertama kali tengok..

    ReplyDelete
  2. daun ajinomoto br pertama kali sy tau kak..saya ingatkan daun betik

    ReplyDelete
  3. Pertama kali kita tau ada pokok chaya ni, kalau pokok ajinomoto tau. Ianya pokok yg sama ke, Kak Ana? Nampak sedap pulak bila dimasak lemak kuning macam tu.

    ReplyDelete
  4. tuah berbudi pada tanah..ada hasilnya kan

    ReplyDelete
  5. dana dah lama cari pokok ajinomoto tu kak, mudah tak nak tanamnya kak ek

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..jimat duit..menu mcm ni pun dah boleh menambah nasi..hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki dari Allah, hasil berbudi kepada tanah.
    Mula tu sy ingat pucuk betik , rupanya pucuk chaya. Sy belum pernah jumpa pokok chaya ni...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, seronoknya dapat menuai hasil kebun.

    Walaupun simple tapi menyelerakan semuanya. Lepas ni boleh la cuba resipi kerabu bunga kantan kak ana sebab simple je bahan2nya.

    ReplyDelete
  10. menu dari kebun sendiri terbaik menyelerakan

    ReplyDelete
  11. Seronoknya main petik-petik hasil tanaman sendiri. Rasa lebih nikmat makan.

    Baru saya tau pasal pucuk chaya atau ajinomoto tu.

    ReplyDelete
  12. sedapnya kak ana oiiii...kolin teringin nak wat kebun juga nanti

    ReplyDelete