Dua minggu lepas kalau tak silap, kak ana, suami dan Adik Ika duk jenjalan ke Aeon Mall, Shah Alam. Sebenarnya dah tak tahu nak pii mana dah, nak jalan jauh macam malas , last-last kami pii Shah Alam jer.

Lama juga tak masuk bandar Shah Alam, sebab sekarang nii banyak kali kami ke Setia Alam dan sekitar nya sahaja. Tak pun ke KL jalan-jalan cari makan. Sebab tu kali ni saja pilih nak ke Aeon Mall Shah Alam, kebetulan Adik nak cari seluar kerja dia. 


Segamat Rel Aeon Shah Alam


Macam kelaziman kami selalunya kalau hujung minggu , lewat sarapan dan makan makanan berat juga. Selalunya keluar jenjalan lepas Zohor. Dah tu sampai Aeon Shah Alam kelaparan dah mula terasa. 

Banyak restoran penuh, biasa la kan hujung minggu dan ada yang tengah queue lagi. Bab tu memang kak ana malas sangat, tak kira lah berapa viral pun kedai atau menu tu, kalau nak baris memang tak lah kan. 


Segamat Rel Aeon Shah Alam

Pusing-pusing nampak lah restoran Segamat Rel di satu sudut hadapan. Pelanggan pun tak ramai sangat dan kami selak menu nampak macam okay je. Suami kata jom lah cuba. Sebelum tu dah search di internet restoran ni Halal. 

Masuk je terus ada meja kosong untuk kami bertiga. Staff maii bawa menu dan tinggalkan . Kami pun belek-belek dan dah decided nak makan apa, kami panggil staff depa mai ambil order. Jom laa kak ana sharekan 3 menu yang kami makan tengahari tu. 



Kak ana makan set kampung ikan bawal goreng. Harga kak ana tak ingat dan cari semula di internet tak ada lah pula menu. Tapi set nasi ni memang banyak jenis makanan dalam pinggan. Tapi kan ikan goreng tu bukan ikan bawal hitam , tu kalau tak silap kak ana ikan bawal cermin yang di goreng garing. Tak pe janji bawal . 

Diberikan 2 pilihan kuah , kuah kari dan sup dalam mangkuk kecil. Ada sambal belacan, keropok moni , ulam salad , tempe , kentang dan tauhu goreng, ada paru sambal dan budu. Menarik sangat pada kak ana set kampung bawal ni. Tapi tu lah kak ana tak ingat langsung harga dan cari tak jumpa pula nak share dengan korang. 


Segamat Rel Aeon Shah Alam


Hat ni pilihan Adik, set keli kampung. Harga set ni kak ana jumpa di food panda RM19.40 . Harga set bawal tu lebih kurang juga lah rasanya. Hidangan sampingan dalam pinggan pun sama sahaja macam hat kak ana makan set bawal tu. 

Ada tempe, kentang dan tauhu goreng, dua jenis kuah sup dan kari, ulam timun dan tomato, budu dan juga keropok moni. Ikan keli di goreng garing dan panas-panas lagi memang paduu. 


Segamat Rel Aeon Shah Alam


Suami kak ana pilih menu set nasi dengan sup ayam. Semangkuk sup ayam bersama kentang dan lobak di hidangkan set nasi ulam timun, keropok moni , tempe goreng , telur masin dan sambal belacan. Menarik juga kan. 

Hat ni pun tak jumpa harga nya, adoiyai. Sup ayam nya berempah dan sedap cukup rasa dan agak pekat. Alhamdulillah. Harga total untuk kami bertiga makan tengahari tu dalam RM60 lebih sahaja. Dengan air minuman kopi o ais dan kopi panas, Adik Ika minum air kosong sahaja.


Segamat Rel Aoen Shah Alam


Serius nak habaq kat korang semua, kopi o ais kat sini memang sedap. Padu weii rasa kopi kaw walau dah buh ais batu. Memang sedap sangat rasa bancuhan kopi o pada selera kak ana. Pendek kata boleh repeat laa .. untuk pencinta kopi o macam kak ana nih.


Segamat Rel Aeon Shah Alam


Ambience restoran ni just nice , ada unsur-unsur klasik kopitiam dan sepanjang kami makan tu tv depa duk siarkan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Filem apa tak pasti sebab tak de laa kak ana tonton sangat. 

Macam-macam menu makanan Johor dan Melayu lain juga ada kat sini. Dan memang menu makanan Melayu macam nasi daging, nasi beriyani, lontong darat, lempeng dan sebagainya. Boleh lah repeat nanti lain kali, In Syaa Allah... 


2 Comments

  1. Baguslah tu...ada kedai cuma nasi, bawal goreng, kuah Kari & ulam je. Yg Kak Ana makan ni macam² ada dlm set tu 👍

    ReplyDelete
  2. wah cantik hidangan nasi lengkap semua

    ReplyDelete