Dah lama kak ana nak share kisah sedih anak-anak Si Lentik nih, tapi macam tak nak mengingatkannya kembali. Sedih sangat bila di kenangkan semula. Namun inilah kehidupan siapa pun kita selagi bernama makhluk Allah swt, tidak akan ada yang kekal dan abadi di dunia ni selain Dia.

Lentik anak kucing terakhir betina yang melahirkan anak di kalangan kucing-kucing di rumah kak ana ni kerana peringkat atasnya semua dah kak ana mandulkan. Rumah ni pernah mencecah 17 ekor anak kucing beberapa peringkat generasi dalam satu waktu.

Namun satu persatu di ambilNya semula hingga lah akhirnya tinggal 6 ekor waktu entri ini diterbitkan. Generasi terakhir yang beranak adalah Lentik melahirkan 3 ekor anak comel, 2 betina dan seekor jantan. 


susu anak kucing


Lentik lahirkan pun kat rumah jiran Zura, waktu kami cuti raya. Balik raya Zura bagitau ada anak kucing 3 ekor dalam bilik tidur anaknya sebab tingkap lupa nak tutup. Mujur lah Zura ni pun penyayang kucing, dia kata rezeki anak kucing beranak rumahnya.. Masyaa Allah..

Kak ana ambil dan bela sampai lah dalam usia beberapa minggu. Tiba-tiba Lentik jatuh sakit dan akhirnya mati ketika menyusukan anak-anak . Allah.. masa tu kak ana tak tau laa sedih sangat Tuhan yang tahu. Apapun kak ana redha ketentuan Allah swt..


susu untuk kucing


Lepas Lentik tiada, kak ana ambil alih lah jaga anak-anaknya yang bertiga ni kak ana namakan Camat, Kakak dan Dedek. Buh dalam sangkar kecil waktu malam pun buh dalam rumah. Mula beli susu anak kucing di kedai pet chop dan botol susu untuk menyusukan depa bertiga.


Susu anak kucing 


Inilah susu jenama CatSome yang kak ana beri pada depa dan nampak serasi. Susu kambing rupanya, harga di pet shop yang kak ana beli RM19.90 sahaja. Mula-mula kak ana gunakan botol susu untuk beri depa susu tapi 3 ketui nii bukan main gelojoh bila menyusu berebut-rebut, jadi lambat sampai calar balar laa depa duk berebut .


susu anak kucing


Penyudahnya kak ana gunakan syringe kecil sahaja laju dan cepat sikit masuk mulut sekor-sekor hehe :) . Suntikkan sahaja ke dalam mulut depa ni kenyang cepat. Alhamdulillah. Sempat la menjaga depa dalam 2 bulan sahaja kemudian satu persatu tewas dan meninggalkan kak ana. 

Sekali lagi sebagai hambaNya kita akur dan redha. Camat pergi terlebih dahulu mati dalam sangkar waktu malam sebelum ni cuma sakit mata sahaja. Kak ana dah beli ubat mata di pet shop tapi tak berjaya. 

Kemudian Kakak pula mati waktu kak ana balik kampung . Mungkin ia berjaya menyelinap keluar pagar walau kak ana dah tutup bawah laluan. Malam tu kak ana balik dan jumpa bangkainya di luar pagar belakang rumah dah kaku.

Akhirnya Dedek pun pergi sakit tiba-tiba. Mungkin kemurungan tinggal seekor.. Waallahu a'lam.. Dan hingga hari entri ini di terbitkan 30.9.2023 berbaki 6 ekor di rumah kami iaitu Icip , Cantek Nor Isabella , Mama Meyah , Melur Sari , Mustopa Al Bakery dan Mayonesse . Kesemuanya dah di mandulkan dan In Syaa Allah kak ana akan menjaga depa hingga ahkir hayat depa atau kak ana sendiri. 

Paling sedih bila Snowek kesayangan kami semua juga mati dalam masa terdekat dengan yang lain kerana di langgar kereta waktu kami balik kampung juga. Redha dengan setiap yang Allah swt dan tentukan untuk kita semua...   








3 Comments

  1. Sedihnyaaaaa Kak Ana.. rasa nak pecah dada bila kucing pergi meninggalkan kita.

    ReplyDelete
  2. Memang sedih bila kucing yang kita bela mati atau hilang

    ReplyDelete
  3. Allahu... memang dah tersurat ajal dieorg sampai cepat. Lagipun anak2 kucing yang masih belum putus susu memang tak susah nak survive kalau ibu kucing takde. Takziah buat Kak Ana.

    ReplyDelete