Sambung dari kisah kak ana makan ikan patin tempoyak di Restoran Termeloh Katering hari tu, lepas makan kat depan restoran tu adalah kiosk comel jual aiskrim Pal Litt . Kak ana macam pernah nampak aiskrim ni kat socmed. 

Singgah sat tengok harga , alahai sangat murah untuk di cuba. Nak nak lagi lepas makan ikan patin tempoyak kan, nak la ada pencuci mulut sesedap rasa. Kak ana pun order lah 2 cup satu kecil dan satu lagi medium. Hat kecil untuk Adik, medium tu kak ana share dengan suami. 


review aiskrim Pal Litt

Aiskrim Pal Litt 


Sambil adik manis tu sediakan airkrim, kak ana brorak-borak juga dengan nya. Tanya lah aiskrim ni buat sendiri ke, homemade laa maksud kak ana . Haah katanya, aiskrim Pal Litt ni berasal dari Langkawi dan terkenal di sana. Owh gitu !!

Dah siap kak ana pun rasa lah aiskrim Pal Litt nih, boleh tahan sedap, tak terlalu manis dan rasa dia ada rasa aiskrim tembak dulu-dulu masa kak ana kanak-kanak.  Lebih kurang rasa aiskrim kampung dedulu. 




aiskrim Pal Litt


Istimewa nya atau kelainan aiskrim Pal Litt ni dia ada free topping walaupun untuk saiz kecil sama jer topping depa bagi. Alhamdulillah... Mula-mula di letakkan pulut di bahagian bawah, kemudian depa scoop aikrim ada beberapa perisa. 

Lepas tu untuk topping di letakkan jagung krim dan juga kacang tanah kisar. Sedap lah kan. Berbaloi pada harga serendah RM3.50 sahaja untuk cup paling kecil. 


harga aiskrim Pal Litt


Macam biasa dalam setiap entri kak ana akan cuba lah cari beberapa info mengenai satu-satu produk ni kan. Dari carian internet kak ana dapatlah kongsikan dengan korang . Pal litt adalah jenama ais krim klasik dari Langkawi yang berasal dari perkataan  ‘palit’ belah utara, kalau sini maksud dia  ‘calit’. Di Langkawi dulu hingga sekarang memang famous lah ais krim palit ni.

Ianya 100% homemade dengan resepi turun temurun yang sentiasa menjadi kenangan dengan keunikan tersendiri. Antara topping wajib untuk ais krim pal litt ni adalah pulut, kacang tanah, jagung dan susu cair. Flavour pula boleh dipilih dari vanilla, strawberry, keladi, pandan dan banyak lagi. Di asaskan oleh Azhari Bin Hashim pada tahun  1991. Lama dah kan.. Alhamdulillah perusahaan orang kita. 

Kalau korang jumpa kat mana-mana nanti boleh lah try naa.. Yang baik kita kongsikan semoga ada manfaat sesama insan, Aamiin... 


5 Comments

  1. Tak pernah jumpa lagi aiskrim ni ... mujur Kak Ana terangkan maksud palit tu ... sy confused gak awalnya pal lit tu apa sebenarnya. Ingatkan perkataan Siam dsbnya.

    ReplyDelete
  2. belum pernah jumpa lagi ni...tapi ok la akak dah bagi info ni kan kot la bebila pergi terjumpa kan xdela pelik sgt hehehe

    ReplyDelete
  3. wah ana di langkawi ya aiskrim palit mmg sedp

    ReplyDelete
  4. Nama Pal Litt agak kelakar tetapi sangat senang untuk diingat

    ReplyDelete