Lama sungguh rasa mengidam nak makan patin tempoyak yang sedap citarasa patin Temerloh. Rasa sejak lepas raya puasa lagi duk cari. Kalau kat kediaman kak ana, paling dekat boleh makan patin tempoyak yang sedap ala-ala Temerloh kat gerai Mee Kuoh Udey, tapi setiap kali pii depa tak jual dah.
Semalam hari Ahad, suami ajak pi Temerloh nak makan patin tempoyak katanya. Kak long dan baby H pun dah balik Bangi, tinggal kami bertiga semula. Tapi kak ana macam tak nak pula nak tempoh Karak hari-hari Ahad ni, mesti jemmed time nak balik nanti kan.
Last-last kami repeat sekali lagi ke Restoran Temerloh Catering Ikan Patin, Wangsa Maju . Ini kiranya kali kedua kami makan patin tempoyak kat sini sebab masakan dan ikan patin depa memang segar dan sangat sedap pada selera kak ana.
Restoran Temerloh Catering Ikan Patin, Wangsa Maju
Awal tahun ni kami dah pernah makan sini , entrinya kak ana terbitkan di
SINI . Memang sedap sangat masakan patin tempoyak depa nih, secukup rasa, masam-masam tempoyak memang rasa, tak terlalu pedas dan cukup pekat.
Konsep makan kat sini adalah restoran nasi campur. Kita maii pilih lauk dan nasi serta aneka sayur dan ulaman. Kemudian kalau nak makan patin, ada kaunter dapur belah belakang, korang boleh pilih jenis patin apa yang korang nak makan. Usah risau, depa dah pamerkan harga siap-siap mengikut jenis ikan patin.
Malahan harga setiap menu hidangan buffet tu pun di pamerkan di ruang lauk pauk. Mudahkan untuk pelanggan menentukan bajet makan masing-masing. Lauk pauk banyak pilihan dan ikan patin sendiri ada juga di jual patin pais dan patin goreng.
Tengahari tu kami ambil semangkuk bahagian kepala masak tempoyak patin sangkar berharga RM18 sahaja. Besar kepala nya dan boleh makan bertiga, cuma Adik bukan penggemar patin sangat, dia cubit sikit jer buat rasa.
Adik pilih makan ikan talapia goreng rangup ni. Besar saiz ikan talapia depa dan harganya RM15 seekor. Kami makan dengan air asam kicap. Memang padu tapi ikan goreng ni dah tak berapa panas sebab dah siap hidang kan, tapi okay je garing di goreng.
Selain dua lauk di atas, kami juga ambil sambal tempoyak pucuk kayu nih. Masyaa Allah sedap sangat, pekat , agak pedas tapi rasa tempoyak menguasai citarasa kak ana. Memang paduu laa ..
Macam biasa kalau nak makan patin tempoyak ni tak perlu dah ambil lauk lain kan. Kak ana dan suami ambil nasi, sayur dan telur masin. Makan lah bersama semangkuk patin dan ikan talapia goreng. Tak percaya sungguh makan bertiga semalam cuma RM48 sahaja, termasuk air. Murah sangat pada kak ana.
Ada juga tapai pulut dalam daun getah kat sini, kak ana tak ambil gambar sebab ada kat meja makan orang hehe :) . Ada juga puding raja Pahang dan aneka sambal serta sambal hitam jual di kaunter. Kira menu Pahang lah restoran ni.
Jadi sekiranya korang mengidam nak makan patin Temerloh yang duk area KL ni laa kan, boleh lah try singgah makan di Restoran Temerloh Catering Ikan Patin, Wangsa Maju .
Kak ana kalau maii sini akan parkir kereta di Wangsa Walk Mall tu jer, jalan kaki sikit dah sampai sebab area luar tu susah juga nak dapatkan parkir . Semoga bermanfaat, In Syaa Allah..
0 Comments