Lama dah kisah ni berlaku, sekitar bulan Ogos lepas, masa ni kak long belum bersalin lagi. Si Cantek Nor Isabela, anak kucing kak ana punya hal. Boleh pula dia naik atas bumbung paling tinggi rumah kami. 

Rumah kak ana ni kediaman teres dua tingkat, ada dua aras bumbung. Satu tu masih rendah juga untuk aras satu tingkat bawah dan satu lagi sayup tinggi di tingkat dua nun. Duk panggil dia pagi suruh makan, terdengar sayup-sayup suara menyahut .

Kak ana dongak. Allahu Akhbar nampak la dari luar dapur dia duk ngiau minta tolong dari atas bumbung. Mula-mula kak ana biarkan juga, manalah tahu kut dia boleh turun sendiri kan. Sebab kucing selalu pandai naik, pandai la turun. 


bomba selamat kucing atas bumbung


Leka la buat kerja rumah macam biasa, sampailah malam dia duk bunyi lagi dengar dari tingkap bilik Adik. Mula laa malam tu Adik dah stress risau kan dia. Kak ana kata tunggu esok pagi macam mana. 

Pagi tu senyap je , kemudian dah petang dia bunyi lagi dan kak ana dah cuba duk panggil dia bawa ke arah rumah jiran hujung. Dia ikut jer suara kak ana sampai hujung tu, tapi tak nak juga turun. Berlarutan la sampai 4 hari duk ngiau kat atas bumbung, tak sampai hati sangat, kak ana cuba hubungi talian 999.


bomba selamatkan kucing atas bumbung


Kak ana bukan apa, tak nak sangat nak susah kan anggota Bomba sekadar nak selamatkan anak kucing sebab memang ingat dia boleh turun sendiri sebab hujung rumah jiran tu ada laluan bumbung untuk dia lompat ke bawah yang agak rendah.

Tapi dah masuk hari ke 4, risau juga kalau dia kekeringan kat atas sana. Adoi susah hati juga di buatnya. Kak ana hubungi lah juga 999. Mula-mula operator sambungkan kak ana kepada JPAM tapi JPAM maklumkan yang pejabat operasi depa paling hampir dengan kediaman kak ana adalah di Kuala Selangor. Jauh sangat.

JPAM suruh kak ana hubungi semula 999 dan minta sambung ke BOMBA . Sekali lagi kak ana hubungi 999 dan kali ni depa sambung kan ke BOMBA Rawang. Bercakap dengan pegawai bertugas dan cerita lah serba sedikit depa kata akan maii.




Balai BOMBA Rawang ni tak jauh sangat dari kediaman kak ana. Tak sampai 15 minit sampailah truck BOMBA besar tu dengan siap bunyi siren bagai bersama beberapa anggota. Depa pun tengok kawasan dan naik ke atas bumbung dari belakang. 

Ada depa jumpa si Cantek dekat area tangki air jiran. Tapi bila anggota BOMBA datang dekat nak ambil dia, lari lintang pukang nyorok entah ke mana kat atas bumbung . Puas juga anggota duk cari dia masuk ke bawah lubang bumbung rumah mana tak tahu laa. 

Dah cuba beberapa ketika, pegawai tu pun bagitau, terpaksa hentikan operasi dan depa balik. Depa bagitau juga kalau ada bunyi lagi esok suruh call semula. 




Keeseokkannya ada dia keluar dan berbunyi. Berat sangat hati nak hubungi semula 999 rasa tak nak menyusahkan tapi tu la, Adik dah mula stress nak juga selamatkan kucingnya. Kak ana call sekali lagi dan kali ni BOMBA sampai kali kedua.

Lagi ramai depa maii. Dan naik semula ke atas. Sabar jer pegawai dan anggota yang bertugas ni, gelak-gelak je depa dengan kak ana dan jiran-jiran pun ada di bawah ni. Dapat gak nampak Cantek dan sekali lagi terlepas lari masuk dalam ruang bumbung rumah jiran.

Bomba tak boleh nak buka atap sebab risiko pula kan rumah jiran pun tak ada tuan rumahnya bekerja. Sekali lagi operasi menyelamat gagal. 



Esoknya hari cuti, kak ana ajak suami pegang tangga dan kak ana cuba naik ke atas bumbung pertama jiran hujung. Ketaq laa kaki duk naik atas bumbung, mujur ada jiran Abang Yaya naik dulu, kemudian kak ana ikt dia naik. Suami kak ana dan Zura isteri Abang Yaya duk bawah pegang tangga. 

Sampai atas kami tinjau memang tak nampak la sampai hujung atas. Kak ana letakkan makanan wet food dalam bekas dan tinggalkan kat bahagian bumbung bawah, dengan harapan dia keluar bila hidu bau wet food. Mesti lapar kan dah 6 hari atas tu.

Alhamdulillah... dia keluar dan pergi ke bekas wet food atas awning . Kak ana panjat tangga dan capai dia masa dia pelahap makan dan berjaya bawa dia turun ke bawah. Itulah kisah si Cantek. Kucing ni takut dengan orang yang depa tak kenal. Nak kita juga selamatkan depa .

Apapun kak ana nak merakam kan ucapan jutaan terima kasih kepada pasukan Balai BOMBA Rawang, datang ke rumah kami 2 kali untuk cuba selamatkan kucing. Tidak depa perlekehkan walaupun operasi selamat kucing dan pagawai tu bagitau dah memang tugas depa. 

Semoga seluruh anggota Bomba sentiasa di lindungi Allah swt dan mendapat keberkatanNya juga dalam setiap tugasan yang di laksanakan. Aamiin... Terima kasih Abang BOMBA cuba selamatkan Cantek Nor Isabela.. 

4 Comments

  1. COMEYNYA CANTIK DIA NAK TUANNYA JUGA RESCUE.JIRAN SEBELAH RUMAH KAK PANGGIL BOMBA TURUNKAN KUCINGNYA ..MULIA KHIDMAT BOMBA

    ReplyDelete
  2. alalalala...comel nya dia...awat tinggi sangat awak naik tu...
    Alhamdulillah semua da selamat...

    ReplyDelete
  3. alololo sian Nor Isabela.. bab kucing ni saya memang tak sampai hati.. dengar suara memanggil pun rasa kesian.. Mujur ada penyelamat..

    ReplyDelete
  4. Nakal betul dak Nor Isabela tu, reti panjat tapi tak reti turun! Nasib baik comel so boleh la dimaafkan haha

    ReplyDelete