Sambung lagi kisah pengalaman kak ana sebagai ibu moden menjaga anak dalam pantang. Selepas selamat bersalin di Hospital Cyberjaya dan balik ke rumah kak ana , mulalah episod berpantang kak long. 

Kak ana memang tak ada pengalaman langsung dalam nak menjaga orang berpantang ni sebab masa kak ana bersalin pun arwah opah dan arwah mak yang uruskan sepenuhnya. Bab penjagaan badan, baby dan makanan. 

Kali ni di takdirkanNya untuk menjaga anak sulung kak ana, berbekalkan pengalaman sendiri dan rujukan dengan sepupu di group Geng Piknik dan kawan-kawan Muslimah MGS banyak membantu kak ana dan kak long. Alhamdulillah..

Bab menu makan dalam pantang ada kak ana terbitkannya di SINI dan kisah bertungku pula kak ana share kan juga di SINI . Yang baik datangnya dari Allah swt dan yang khilaf itu datang dari kekerdilan kak ana sebagai hambaNya.


Tuam perut bayi 


Tuam bayi baru lahir



Kak ana tak pasti istilah apa yang betul untuk tuam bayi ni. Tuam ni panggilan orang Perak dulu zaman kak ana lah. Tuam ni macam tungku juga cuma untuk bayi ni, idaklah menggunakan bahan berat seperti batu tungku atau besi. 

Kalau sekitar tahun 1980-1990 dulu, waktu kak ana bersalin, arwah mak tuam perut , kaki dan belakang bayi dengan kain. Selepas tanggal tali pusat, orang dulu-dulu, akan bungkus lebihan tali pusat dalam kain , jahit jadikan bentuk bantal dan gunakan sebagai penuam pada bayi. Itu dulu laa kan.

Sekarang ni kak ana tak buat dah begitu. Tali pusat yang tanggal, kak ana tanam sahaja di tanah dan untuk tuam bayi, kak long beli di Shopee sahaja.

Hat atas tu lah punjut comel di isi dengan rempah dan herba dalamnya. Kak ana layurkan pada lilin atau bawah seterika panas, rasa dahulu pada pipi atau tapak tangan sebelum tuam pada perut, tapak kaki dan bahagian belakang dan kemaluan bayi.

Kak ana di fahamkan ini untuk menggelakkan bayi dari kembung perut dan buang angin. Tapi memang betul , selalu lepas tuam bayi akan kentut dan tidur nyenyak tak meragam, In Syaa Allah. Besan kak ana pula tuam bayi dengan sapu tangan yang di dalamnya di punjut biji lada hitam. Sama la kekdahnya dengan tuam moden beli kat Shopee tu. 

Amalan berbengkung dalam pantang 




Amalan berbengkung dalam pantang


Selain dari bertungku, bertangas dan berurut, kak ana juga merasakan kak long pengalaman berbengkung. Walau pun tak lama mana dia dapat pakai bengkung kerana sering ke Klinik Kesihatan untuk rawatan kuning bayi dan pemeriksaan kak long.

Bila ke KK memang tak dapat dah pakai bengkung sebab jururawat nak periksa peranakan. Jadi dapatlah dia pakai pada waktu petang selepas mandi dan malam sekejap sebelum tidur. Jadi lah kan selebihnya kak ana sapukan minyak panas dan krim Mustajab sahaja untuk panaskan perutnya.

Kalau dahulu, arwah opah kak ana, pakaikan bengkung tradisional lilit punya lah panjang dan ketat. Tapi memang sedap sangat bila dapat berbengkuk, hilang sakit pinggan dan perut kempis cepat. 

Nak kecutkan peranakan kata arwah opah. Kak ana ingat lagi kata-katanya, masa mengandung rahim kita sebesar pinggan dan perlu kecutkan semula jadi segenggam penumbuk. Waallahu a'lam kata orang dulu-dulu. Asal tak mudarat kak ana ikut kan sahaja.

Untuk kak long ni, kak ana belikan bengkung lilit kain belacu sama jenis kain bengkung dahulu cuma ia lebih moden dan perlu diikat ketat tarikan pada perut. Mudah la nak pakai. 

Dan untuk krim pemanasnya, kak ana sapukan krim Mustajab hijau ni, agak panas dan selesa di pakai. Beza zaman dahulu kak ana di sapukan kapur sireh bersama perahan asam limau nipis. Memang lecur rasa perut dan parut jadi hitam pada kulit perut. Itu dulu...

Alhamdulillah .. dah masuk 3 bulan usia cucu kak ana saat entri ini di terbitkan. Kak long pun sihat dah sepenuhnya menjadi seorang ibu . Semoga semuanya selamat di dalam perlindungan Allah swt sepanjang masa. 

Sekadar perkongsian pengalaman naa.. ada yang baik dan bermanfaat ambillah dan tidak tinggalkan sahaja. Kita ni lain orang lain caranya... 


2 Comments

  1. terus teringat masa berpntang anak2..linda mmg guna bengkung lilit mak punya...melilit lah kita...tp betul, sedap pkainya

    ReplyDelete
  2. Syukur juga...zaman begiini sudah berlalu untuk isteri saya sekarang ini

    ReplyDelete