Beberapa hari lepas, kak ana beli lauk kat kedai acheh, nampak lah seikat petai. Tanya kat budak acheh tu berapa ringgit seikat, adalah dalam 4 papan , mata besar-besar juga lah. DIa jawab RM6.50 . Tak jadi pun kak ana beli sebab tak lah teringin sangat nak makan petai waktu tu. 

Semalam kisahnya, 3hb Oktober 2023, kak ana dan suami hantar abah balik kampung, dah seminggu juga kat rumah kak ana . Hantar balik sebab 4hb tu , esoknya , abah ada appoitment di Hospital Teluk Intan, rutin check up.

Balik, kami berdua sahaja lah , balik hari jer pun sebabnya Adik Ika kerja. Kami ikut jalan lama, Ladang Bikam melalui Sungkai. Selalunya kami masuk atau keluar lebuhraya sama ada dari Behrang atau Tanjung Malim.


petai Sungkai


Lalu sahaja simpang keluar dari Ladang Bikam tu nampak lah sederet kedai biasa jual petai bersebelahan stesen minyak Petronas, Sungkai. Bergayut petai bergantung dan di bawahnya pula petai yang di ikat serumpun atau se bundle gitu.

Suami bagi signal terus belok ke kanan masuk stesen Petronas dan singgah kedai jual petai tepi jalan tu. Memang nampak murah sangat la pada kak ana, hat yang gantung-gantung tu RM10 sepuluh papan petai. Mata besar-besar pulak tu, jatuh harga RM1 sepapan. Murah lah kan..


petai Sungkai


Kak ana pilih hat mata yang besar-besar tu, ambil dua ikat. Satu ikat kak ana nak buat petai jeruk, boleh simpan lama bila nak makan. Satu lagi teringat nak belikan besan, Ida dan jiran kak ana Zura. Berbaloi sungguh dapat beli petai pada harga RM10 untuk sepuluh papan. 

Kat kediaman kak ana ni, payah nak dapat harga macam ni. Kadang-kadang dapatlah RM10 enam papan. Ikut lah kan, kadang tu mahal juga. Seronok tengok ramai orang singgah dan beli, maklum lah dalam kegawatan umat manusia di tanahair kita ni dalam keperitan harga makanan yang melambung, ada juga jumpa hat murah.. Alhamdulillah.. 


jering

Kedai tepi jalan ni bukan sahaja menjual petai, ada juga kak ana nampak jering, buah bachang, keladi, sayur-sayur kampung dan sebagainya. Meriah juga sini. Asam keping pun banyak di jual. Tapi kak ana singgah dan beli petai sahaja dua ikat.

Tak tahu lah kan, laa nih musim petai ke apa. tapi memang banyak juga di sepanjang jalan kak ana tengok gerai jual petai, cuma tak tahu lah harga berapa seikat. Itu jer nak cerita dengan korang hari ni. Saja-saja je buat entri hehe :) Kisah musim petai di Sungaki. Terima kasih naa sudi membaca.. 

3 Comments

  1. Murah sungguh petai dan jering.
    Minggu lepas beli petai sekilogram RM30.00. Teringin punya pasal, beli sajalah.

    ReplyDelete
  2. Murah tu Kak Ana...sini 3 kpg RM7 kadang tu... yang sebundle tu pun murah, RM45 tu. Sy jumpa di Changkat Jering hari tu RM60...

    ReplyDelete
  3. sungkai ni nieyl pernah pergi sekali je, mmg tepi2 jalan tu byk jual petai

    ReplyDelete