Lama sungguh kak ana tak makan steak rasanya. Bukan apa,pada kak ana lah kan.. kalau nak makan steak ni suka pilih yang premium . Ada jer di jual di mana-mana cafe atau restoran malahan sekarang nii, kat gerai-gerai pun kita boleh menikmati aneka sajian western. 

Ikut lah pada bajet masing-masing nak makan kat mana kan.. Cuma bab steak ni, kak ana lebih suka kalau dapat makan dari resepi yang original dan ada kelainan pada citarasa daging steak itu sendiri. Dalam erti kata lain, steak yang premium dan ada kelainan pada rasanya dalam setiap hirisan daging yang kita makan.

Sebab tu la tak boleh nak makan selalu, bila betul-betul jumpa yang sedap dan kena pada selera kak ana baru lah berbaloi nak makan steak. Kalau di KL ni kak ana biasanya akan ke restoran atau cafe yang dah pernah makan, jadi kita dah tahu rasa dan kualiti steak tu macam mana. 

Tapi baru-baru ni kak ana adalah terpandang di Instagram , sebuah restoran di pantai timur yang menyajikan hidangan barat, khasnya steak yang nampak sangat premium dan terliur sungguh. Bezanya antara steak di KBBSteak ni adalah penyediaan daging steak yang dipanggang menggunakan oven tetapi gunakan bahan bakarnya arang.


KBB Steak & Burger


Haa.. pelik bunyinya kan. kak ana pun teruja sangat lah duk cari beberapa info menarik di internet mengenai KKBSteak ni dan kak ana kongsikan pula dengan korang. Manalah tahu kan, rezeki korang sampai pantai timur nanti tahu dah kat mana nak cari makanan barat yang premium khasnya steak. 

Kalau bercakap mengenai jenama KBBSteak ni, kak ana rasa ramai dah tahu bagaimana premium nya sajian depa dalam hidangan barat. Anak kak ana sendiri pernah makan di cawangan KKBSteak di Terengganu bersama boss dan rakan sekerja waktu depa out station di sana. Memang sedap bu, kata Adik bila kak ana tanya dia sebelum kak ana menulis artikel ini. 

Dari info di laman sosial KKBSteak, rupanya yang menjadikan hidangan mereka unik dan lebih aroma adalah menggunakan Josper oven dengan bahan bakar arang. Lojik sangat lah kan, menggunakan oven supaya steak masak dengan sempurna , juicy dan lembut daging mengikut pilihan citarasa masing-masing.


KBB Steak & Burger


Takkan nak panggang direct atas arang pula kan, nanti suhu kepanasan yang melampau dan direct pasti akan menghasilkan steak yang keras dan overcooked. Tetapi penggunaan arang sebagai bahan bakar ini adalah untuk menikmati aroma smokey atau bau asap lah kata orang kita. 

Kalau korang penggemar steak, dan peminat steak asli ni, pasti korang tahu apa maksud aroma smokey pada hidangan. Ia akan memberikan citarasa menu yang rustic pada hirisan daging dan ala-ala cowboy gitu, kan. Barulah ada keunikan aroma dan rasa. Tak sama dengan steak yang dipanggang menggunakan dapur gas. 

Jadi untuk kelainan citarasa dan aroma,. Hasilnya memberikan rasa juicy, cair dalam mulut dan di uliti aroma asap atau smokey yang membangkitkan selera dalam setiap hirisan . Terliur dah weiii...

Lagipun di KKBSteak ni menawarkan pilihan menu dengan jenis baka yang berbeza dalam sajian daging steak mereka. Tak premium lah kalau menyajikan potongan steak Wagyu, Angus, Ribeye, Tenderloin steak untuk pelanggannya. 



KBB Steak & Burger


Korang juga boleh memilih untuk sajian steak rare, medium rare, medium, medium well atau well done. Kalau kak ana suka sangat medium well atau medium steak. Ia ada warna pink-pink sikit di bahagian tengah dan rasa daging pula lembut dan lembab tidak terlalu kering. Korang suka yang mana?

Antara menu yang kak ana baca di laman web depa kbbburgerandsteak.com antaranya Angus/Wagyu Sirloin steak, Backribs, Herb Crusted Salmon Steak , Smokey BBQ Lambrack dan pelbagai lagi lah . Klik sahaja link yang kak ana beri kat atas tu, korang tengok sendiri . Pasti terliur sangat dah kan. Ramai yang review kata Tomahawk butter aged tu paling surr .. erm kena try sendiri baru tahu.. 

Pada yang kurang gemar dengan steak, korang tak yah risau boleh jer join geng kaki steak kat sini, Korang boleh pilih aneka burger premium yang ada kat KKBSteak and Burger ni. Best Seller depa adalah Wild Ribs Burger dan Wagyu Burger . Ada juga pilihan burger seperti Double Meat Extreme, Ultimate Wet, Burger Kambing Bakar , Crispy Chicken dan sebagainya. 


KBB Steak & Burger


Haa... orang pantai timur atau korang yang bercadang nak bercuti atau ada urusan kerja di Kelantan dan Terengganu, jangan lupa singgah sendiri di outlet KKB Steak & Burger di alamat yang kak ana berikan di bawah ni. Paling senang korang waze je , era digital ni kan, takkan nak salin alamat lagi kut huhu :) 

KBB Steak & Burger ada 2 outlet di Kota Bharu, Kelantan dan satu di Kuala Terengganu. Hat Kelantan tu baru siap renovate katanya, mesti lagi fresh dan berwajah baru yang memberikan keselesaan pada pelanggan. Orang pantai timur ni ramah mesra , kan, tentu lah staff depa pun mesra pelanggan nih..


KBB Burger & Steak Kota Bharu, 

No 2713 Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu,

Kelantan.

Waktu operasi:

12.00PM – 11.00PM (setiap hari)


KBB Burger & Steak Terengganu, 

Lot 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin, 

Kampung Tanjung, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi:

12.00PM – 11.00PM (setiap hari)


2 Comments

  1. Aduhai...terliur SA tengok..dah la SA ni pencinta steak

    ReplyDelete
  2. tempat bakar dia pun bukan kaleng-kaleng ye...terliur tgk

    ReplyDelete