Ikea Damansara ni sekarang dah bagai rumah kedua kak ana, sejak Adik Ika kerja di kawasan sekitar Mutiara Damansara nih. Kadang-kadang lepas hantar atau sementara tunggu dia balik kerja kalau ayahnya ambil atau hantar, kami singgah sini lepak, jalan-jalan cuci mata dan terbeli juga lah selalunya satu dua barang dekor.

Paling best kalau pi hari bekerja, lengang dan nak makan di restoran Ikea pun selesa sangat, queue tak panjang. Jarang dah kami pi hujung minggu atau hari cuti umum. Ada jer kesempatan singgah sini pada hari bekerja sahaja.

Selain dari cari idea dan produk dekor rumah, kak ana sekeluarga memang peminat makan di restoran Ikea. Meatball , kepak ayam dan aneka menu yang ada memang sedap dan premium. Ikea menyakinkan pelanggannya mereka menggunakan bahan-bahan halal dalam menu mereka dan ada dessert yang terdapatnya logo halal di sini.


cream brulee Ikea


Antaran nya cream brulee kesukaan kak ana nih lah. Tapi bukan hari-hari ada, menu di Ikea ada kala nya mengikut hari tertentu. Tapi selalunya kalau ada di rak cafe cream brulee, wajib lah kak ana beli. Bukan sahaja sedap tapi bekas kaca isiannya tu kita boleh bawa balik.

Tak percaya bacalah di label ada tertulis di situ " Bring home the glass " . Haa laa kan. Sebenarnya harga yang kita bayar tu dah included sekali dah bekas kaca tu, bukan lah free-free ye dak hehe. Cream brulee ni harga dia RM9 lebih kalau tak silap kak ana. Rasa memang sedap lah .. 



dessert di Ikea


Selesai bayar di kaunter beberapa barang yang kak ana sempat beli baru-baru ni di Ikea, nyempat lah juga singgah di Ikea Bistro , beli sepotong kek Lingonberry cheese depa. Menu kek baharu ni. Satu slice cuma RM10.90 dan bawa balik makan, memang cukup sedap. 



cheesecake Ikea


Dan satu lagi yang wajib beli kalau mai Ikea, kesukaan suami kak ana aiskrim soya depa. Kak ana pun suka sangat sebab tak manis dan lemak sangat rasa aiskrim soya Ikea ni. RM1 lebih kalau tak silap harga nya sekarang, lupa dah. 


aiskrim soya Ikea

Aiskrim soya Ikea ni kena beli token di kaunter kemudian pii ke mesin dan beli sendiri. Syok main kan, masuk token , buh kon nanti dia keluar sendiri. Tu yang best. Sekali sekala memang best singgah jenjalan dan makan-makan di Ikea . 

Boleh lah singgah nanti kalau di KL ni sama ada di Ikea Mutiara Damansara atau Ikea Mytown, Cheras. Sambail ronda-ronda dapatkan idea dekorasi ruang, boleh juga makan dessert dan menu di sini. 

3 Comments

  1. Haaaa.. kannnn.

    Tapi tadi, kita makan kat kedai tu, gelas dia macam gelas creme brulee ikea 😆

    ReplyDelete
  2. AISKRIM PUN PAKAI TOKEN KEK NMPAK SEDAP

    ReplyDelete
  3. hahaha...
    nieyl x bawa balik pun akak...
    sbb dah lapar sgt kot aritu , hahaha..3 biji tinggalkan haha..rugi2

    ReplyDelete